Header Ads

test

HANYA TIGA KALI


Bismillah,,,

Hari ini, Allah S.W.T memberikanku sedikit peluang lagi untuk aku terus hidup dalam meniti titian rapuh kehidupan, titian yang penuh cabaran, titian yang bisa roboh pabila jam randik disisi tuhan telah berdetik..

Malam ni, Allah S.W.T memberiku kesmpatan untuk aku terus berhubung dengan seorang insan yang satu ketika dulu adalah seorang yang terlalu dekat bagiku, malam dan siang, banyakku habisi masaku dengannya,, kata-katanya terlalu indah ditelingaku, tapi, yang menjadi perkara aneh dalam kehidupanku adalah , aku Cuma mengenalinya dan bersua dengannya hanya 3 kali…. Selepas itu.. tiada lagi perjumpaan, tiada lagi pertemuan .. Namun, dengan 3 kali.. dia menggubah kehidupanku sehingga aku menjadi seperti sekarang..

Kesempatan bermesej dengan nya hari ni, aku gunakan sebaiknya.. hingga aku terpaksa berhenti pada jam 11:45 malam atas sebab kredit aku habis, biarlah kredit itu habis.. tapi.. senyuman ini masih tetap dihati dan terukir diwajahku sehingga kini..

Masihku ingat, kisah-kisah lucu yang berlaku antara kami,

Aku menganali dia melalui seorang sahabat karibku, sekampung, sama-sama sekolah rendah dulu, slalu berkongsi maklumat dan sebagainya..

Kawanku memperkenalkan dia kepadaku semasa cuti setengah tahun pada tahun 2006, masa tu.. kawanku mengajak aku untuk belajar bersama-sama dengannya di sebuah perpustakaan di kampungku… aku turuti permintaannya dengan perasaan penuh gembira kerana aku akan berjumpa dengan kawan yang telah lama ku tinggalkan.

Pada hari yang dijanjikan, aku meminjam motor kapcai ayahku untuk pergi ke perpustakaan tersebut. Dengan memakai serban dikepala dan baju t-shirt bersahaja.. sesampai sahaja aku disana, kawan yang ku nantikan belum juga kelihatan, sebab aku kenal kereta proton ayahnya yang berwarna biru itu belum lagi kelihatan.

Setelah beberapa lama menunggu.. akhirnya, sampai juga kawanku.. tersenyum aku.. TAPI…aku lihat ada seseorang yang datang bersamanya, pelik,,, sebab aku ingat dia datang berseorangan, tapi berteman pula.. “ takpalah..” bisik hatiku.

Kami bertiga bersama-sama menuju ke perpustakaan dan kami naik dibahagian atas dan disitu kelihatan, tempat lelaki dan perempuan diasingkan, tapi aku dengan selambanya, duduk dimeja perempuan dengan kawan-kawanku, aku perasan, dan kawanku juga perasan, ada orang tengok semacam aja… bak kata orang,,,, “ usha baik punya! ”.. tapi kami tak hiraukan orang sekeliling….
Bila sudah berada disatu meja, mulalah kami berbincang dalam subjek yang diambil, tak silap aku, kami buat discusstion kimia masa tu, sempat aku bertanya, sapa nama ?.... dia bagi tahu nama penuh siap dengan nama ayah sekali… tapi….. aku kurang dengar.. sebab nama tu terlalu jarang digunakan ramai orang.. apa yang aku dengar hanyalah ….YADI…itulah yang aku bawak balik sampai ke rumah..

Sesampainya aku dirumah, kawanku masej, dia bagi no Yadi, aku pon, mulalah berkenalan dengannya.. rupa-rupanya nama dia bukan yadi, tapi Izzat, yadi adalah ayahnya.hehe..sembang sampai ke malam… habis malam, kami sambung pulak esoknya… perkara apa yang dibincangkan dari siang ke malam tu biarlah RAHSIA…. Hehehehe

Esoknya, kami berjumpa lagi ,dan teruskan study di library seperti semalam,, tapi.. hari ini adalah hari terakhir buat Izzat di Kuala Perlis,, dia terpaksa balik ke kampung halamannya di sungai buloh pada hari tersebut juga…… hatiku sebenarnya.. sudah tertarik dengan perwatakan soleh yang dibawanya, tutur katanya yang lembut membuat hati panasku menjadi cair….tapi, apakan daya, Allah berkehendak segalanya……

Pertemuan itu adalah pertemuan pertama dan kedua kami… pertemuan yang akan ku ku ingat sampai bila-bila.. pertemuan dua hati yang tidak pernah dirancang,tapi, mengukir sejuta nostalgia dalam kehidupanku..

Tak pernah ku ceritakan cerita ini kepada sesiapa pun, kerana… aku tak mampu untuk berkongsi tentang dia kepada orang lain, dia terlalu istimewa..

Masihku ingat, satu hari, aku pernah bertanya padanya melalui masej.. “Izzat.. apa sebab kau suka berhubung denganku?”.. dia menjawab.. “aku suka berhubung dengan kau kerana agama kau.. , kau kuat agama dan aku harap.. bila kita sentiasa berhubung, maka, kau dapat bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah..”.. cuba anda bayangkan?! Betapa hebatnya kata-kata itu?! Betapa kata-kata itu menjadi pemanis dalam kehidupanku.. menjadikan sinar suria yang tidak pernah malap hanya kerana kata-kata yang ikhlas itu……

Namun..tidak semua yang kita inginkan akan kita capai,masih aku ingat Allah S.W.T pernah berfirman dalam surah baqah ayat 216 :

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Maka kami diuji keimanan dan ketaqwaan kami, kami diuji dengan penuh penyeksaan batin, diuji dengan rengangan perhubungan, retaknya kasih sayang dalam sebuah perhubungan yang mulia.. sehingga aku tidak kenal lagi siapa SHAHABUDIN? Aku menjadi orang lain, orang yang tak pernahku impikan.. satu watak yang aku tentang! Watak yang aku keji dalam setiap ceramah agama yang aku sampaikan…bukan setakat aku kehilang identitiku.. malah, aku juga menghilangkan indentiti izzat.. aku tahu, izzat bukan sedemikian rupa , izzat adalah orang yang soleh, namun , aku kecewakan dia, aku hancurkan hatinya walaupun dia berusaha mempertahankan ikatan ukhuwah antara kami.. namun,,, akhirnya, dia pun menjadi lemah… kerana Aku….kerana Aku menjadikan dia lemah.. Aku terlupa, izzat juga seorang insan yang mempunyai jalan kehidupan yang masih jauh…..

Kubiarkan dia pergi membawa diri
Biarkan dia keseorangan tanpa seseorang disisi
Ku Biarkan si teman itu tidur keseorangan,
Tanpa Temannya yang dirindui….


Aku membawa diri ke Johor selama 1 bulan, ku bawa diri kesepian, ku tahu…. Aku sayang kan dia, dan dia pon sayangkan aku…sehingga dia sanggup tunggu hari jadi ku untuk mengucapkan selamat hari jadi.. tiada orang tahu bahawa… itulah kali pertama , seorang manusia mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada ku… hati ini gembira.. ingin aku kembali padanya… tapi…. Dia sudah mempunyai teman yang lain,,,, yang pasti lebih layak membimbingnya , -fikirku-….Hidayat, Radhi….. mereka inilah yang mendampingi Izzat semasa aku tiada.. mereka adalah kawan-kawanku.. mereka adalah teman seperjuangan ku di SMAKJ dahulu….

Tapi mengapa mereka mengambil izzat pergi?! Mengapa mereka tidak mengajak aku untuk berbaik dengan Izzat?.. wahai sahabat… hati kecil ini masih parah dengan kalian namun, hati kecil ini tidak pernah menyalahkan kalian sepertimana kalian menyalahi hati kecil ini..

Hatiku menangis lagi,
Terus menerus menangis lagi,
Cinta kasih seorang sahabat yang dibawa lari,
Menikam jiwa, menusuk hati.

Tanggal satu syawwal…..cerita kami terlerai……Izzat tekad untuk meninggalkanku 100% dan berharap agar aku tidak mencarinya lagi… sungguh…. Semakin jauh, Izzat membawa diri, semakin dalam rindu ini padanya...
Aku buntu, aku buka lembaran-lembaran surat yang pernah dikirimnya dulu,- masihku simpan sehingga kini - … airmata ini tak tertahan lagi, ku biarkan ia mengalir dengan redha.. aku tahu.. aku tidak mampu untuk membawa izzat ke syurga Firdausi….
Tapi ....

mengapa sehingga kini aku masih berharap dia kembali kepadaku?! Adakah aku tidak sedar aku tidak mampu membawanya! aku mampu merosakkannya! Tidakkah aku ingat kata-katanya sebelum kami berpisah?!

“Aku tak sangka kau yang aku ingat dapat membimbing aku.. akhirnya.. kau bawa aku kejalan kesesatan .. aku benci kau!aku percayakan kau tapi kau hilangkan kepercayaan aku, aku menyesal kenal dengan kau!!!”



***********************************************************************

Malam bersilih ganti, peredaran waktu menyaksikan segala-galanya … kawanku yang memperkenalkanku kepada Izzat mengajak aku dan izzat untuk menghadiri kenduri kawin kakaknya, aku hadir!! Walaupun aku terpaksa bergegas dari Johor menaiki bas selama 12jam, semata-mata.. aku tahu Izzat akan hadir,…

Aku harap.. hubungan kami akan dipulihkan.. ini adalah pertemuan ketiga kami dan ini merupakan pertemuan terakhir kami…..

aku sampai dirumahku pada jam 6.00 petang , tak sempat aku berehat lama, kawanku meminta aku menjemput kawannya Yusof yang datang dari Arau Perlis, maka, aku penuhi permintaannya.

Sesudah maghrib, aku keluar dari rumah ku ke Masjid Rahmaniyyah Kuala Perlis untuk menjemput Yusof , aku telah siap dengan pakaian aku yang terbaik pada malam itu, kerana aku tahu, Izzat akan datang… lama jugak aku tunggu.. akhirnya yusof sampai selepas insyak.. sesudah menunaikan fardhu insyak berjemaah.. kami bertolak kerumah kawanku…

Sesampai kami dirumah kawanku.. aku terpandang izzat di satu arah..cuba anda bayangkan? Apakah perasaanku bila aku melihat Izzat yang berada disatu arah ? Setelah sekian lama kami berpisah dengan hubungan yang penuh retakan, aku lihat Izzat sedang bergurau senda, berjenaka sakan.hati ini berbunga.. wahai dunia!!! Dengarlah dengan teliti…sewaktu Izzat mahu masuk kerumah pengantin, sempat dia melemparkan senyuman manisnya kepadaku… Allah.. terasa indah dunia ketika itu, tanpa ku sadari… malam itu, aku berusaha untuk menyatukan semula hati kami…

Kami makan satu tempat, kami makan satu piring,, sempat aku menyuapkan dia makanan.. bertapa indahnya malam itu… senyumannya ku bawa sehingga pulang….

Malam itu, bulan dan bintang menyaksikan perhubungan kami yang kembali erat semula… aku gembira,…terlalu gembira!

Aku pulang dengan hati gembira.. sempat aku menghantar masej pada Izzat, bersembang sekejap.. namun, tidak beberapa lama selepas itu…. Hubungan kami renggang semula…. Kerana aku tidak Berjaya mengambil hatinya semula…….mungkin kerana,,, dia telah Berjaya melemparkan aku sejauh yang dikehendakinya..

Sesungguhnya, Izzat telah menginsyaratkan siapa aku sebenarnya, Izzat mendorong aku untuk tidak kembali kezaman silam yang penuh kegelapan, Izzat jualah pendorong aku menghafal ayat-Al-Quran, Izzat sungguh istimewa, sungguh, bagiku, tiada orang yang lebih hebat dikalangan kawanku selain Izzat.. dia menjadi buah mulutku, aku tidak pernah menyesal mengenalinya.. kerana dia aku menjadi seperti sekarang.. dia adalah pencetus kesedaran diriku, betapa aku ini lemah dengan dugaan dunia..

Izzat…. Jika kau melihat dan membaca bait-bait ini, kau akan mengetahui bahawa kasih sayangku padamu terlalu mengunung tinggi..aku tidak kisah , dengan siapa lagi kau berdamping sekarang.. kerana aku percaya padamu setelah kau menuturkan….kata-kata perpisahan padaku… aku percaya padamu Izzat,,, kau mampu menempuh jalan dalam kehidupan ini bersama sahabat mu yang baru…aku percaya kau mampu memilih sahabat, jujur… aku sentiasa sayang padamu….. sememangnya, kasih dan cinta ini padamu bukanlah kasih dan cinta Hawa dan Adam,,

Namun… kasih ini kerana aku sayang pada DIRI mu….aku sayang akan cita-citamu yang mahu mendapat redha Illahi.. aku sayang padamu kerana aku tak mampu membawa kau kejalan yang engkau inginkan… semoga Allah pertemukan diriku dengan seseorang yang sepertimu……..agarku dapat kuat,,, seperti mana kau menguatkan ku dulu.. kau menasihatiku tatkala aku berduka, kau mendampingiku tatkala aku kekurangan…… Izzat…. Tempuhlah hidup ini dengan jalan yang Allah bina, jangan kau hanyut sepertimana aku menghanyutkan kau….

Izzat…
Ini hasratku.. sekiranya aku dibenarkan terus hidup,,,,

Hidup ini ingin ku penuhi namanu….
Biar hidupku Izzah,
Membawa jalan yang penuh Izzah,
Membawa pemuda dengan ke Izzahan
Keluar dari belenggu yang tak punya Izzah
Akan ku namai puteraku Mohd Syahmi Izzat,
Akan ku coretkan nama puteriku Nur Syamimi Izzati,
Kerana Izzahnya diri ini dengan dirimu…

Izzat..kaulah keIzzahanku…..
Sehingga kini..Walaupun Hanya 3 kali..



4 comments:

  1. Anonymous10/12/2010

    budin..sesungguhnye Allah tu maha Agung,Maha Mengetahui kn.....:)stlh b'kali2 diuji,shga satu thp ku mysali tndkn b'knln dgn lelaki lain slps kamu....tp ku th Tuhan th pe t'baik tuk kte...trma kasih budin:)ko buat ak mngis,mglir sgt2 air mata nie....memori lm yg pnuh dgn suka duka....Kau sudah b'jy m'buktikn dirimu yg t'baik...doakn spya daku jg b'jy mnjd solehah spt dulu n insyaallah akn lbh baik ea.....

    ReplyDelete
  2. keyakinanku padamu tidak pernah berubah, hingga saat ini.. aku masih yakin dn pasti

    ReplyDelete
  3. Anonymous10/15/2010

    sgguh indah..mengapa dr awal x tulis y name nye izzati

    ReplyDelete
  4. kerana kasih itu bukan antara adam dan hawa, maka, takut disalah fahami ... biarlah siapa yang mengenalinya sahaja mengetahui..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.