incrediblemuslimzk

Ramadhan Terakhir..

detik demi detik Ramadhan kali ini memberi sebegitu banyak amakna, terasa terelalu pendek Ramadha kali ini, begitulah yang ana rasai dan sahabat-sahabat lain rasai., hari ini adalah hari terakhir buat kita menghirup udara ramadhan , bulan mentarbiyyah diri kearah pendidikan jiwa yang terancang. Ramadhan adalah bulan kita mencari dan mengutip ketaqwaan, kasih sayang Illahi, pengampunan dosa dan seterusnya tejauh dari siksaan api neraka di akhirat kelak. semoga Ramadhan kali ini memberi kesan kepada kita di bulan-bulan yang lain. sayonara romadhan..

izinkan hati-hati ini sentiasa merinduimu..

Permulaan Syawal,

Syawal datang beerti berakhirnya ramadhan di mana-mana kalender, namun ia tidak mapu mengakhiri1431931904_720e5e44ba Ramadhan di hati-hati GENERASI AL-QURAN YANG PERTAMA dan Generasi Al-Quran kini, generasi yang menjadikan 364 hari sebagai Bulan Ramadhan, sentiasa menjaga diri dari melakukan dosa-dosa besar dan kecil, mempertingkatkan amalan yang membolehkan diri ke syura dan mempertingkatkan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah. Syawal, hari kemenangan dan kebahgiaan, syawal adalah hari umat islam beramai-ramai menunjukkan bukti kepada Dunia bahawa orang-orang islam telah melakukan tanggungjawab yang telah i wajibkan kepada mereka.

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

semoga syawal memberi sinar penerus bagi ramadhan yang mulia

Hari Lahir,

Al-Hamdulillah ,hari lahir 18 september 1989 telah berulang sebanyak 20 kali, namun, bagi seorang yang telah mengikat hatinya dengan 5 perkara :

الله غايتنا

الرسول قدوتنا

القرءان دستورنا

الجهاد سبيلنا

الموت في سبيل الله اسمى أمانينا

maka, segala fikiran ditumpukan kearahnya, perbuatan dilakukan untuk mendapatkannya dan pengharapan hanya padanya. Ulang tahun ke-20 kali ini ana amat mengharap semoga Allah mengizinkan ana untuk memperolehi 5 perkara ini.

Mesir

apabila ana menjejakkan kaki di bumi Tarbiyyah ,ana di jelaskan akan sebuah matlamat islam yang jelas, keutamaan menumpukan segala urusan untuk menyelesaikan permasalahan Ummah , ini memberikan motivasi yang tinggi kepada ana untuk menjejakkan kaki di bumi Mesir , ana selesaikan pengurusan250x186-12 al azhar dengan kementerian pengajian tinggi pada bulan jun, memperoleh pengalaman indah di BTN ( kursus biro tata negara ) , menguruskan kewangan –terharu dengan bantuan ustaz adni, ustaz ali noor atif, gurur-guru matri, ustaz abdul hadi, cikgu azmi bahari, cikgu norizan, anak-anak murid di Smik , pengurusan smik , pak ngah man , akhyar , mak ayah dan kawan-kawan - mendapatkan tiket dan lain-lain sungguh merupakan sebuah usaha yang payah dan penuh dugaan namun, ana tekadkan hati untuk ke mesir kerana, disitulah pusat keilmuan islam, sehinggalah ana bercita-cita untuk faqeh disana… membawa pulang PhD . insyaAllah..

nafasku hanya untuknya maka telah ku pertaruhkan darahku jua untuknya

LaptopPresario3611AU

dalam kehidupan yang panjang ini ana ada 2 benda berharga yang terlalu ana sayan, handphone sony ericsson P1i dan laptop compaq presario v3000, 2 benda yang teramat ana sayang..namun.. Allah berhak dalam ujiannya.. P1i telah hilang ketika ana dalam pengurusan membuat passport ke Mesir , Laptop pula… ana telah jual berberapa hari lepas untuk perbelanjaan pengajian di mesir. ana amat berharap agar ana ada duit lebih untuk dapat membeli laptop baru, kerana bagi ana, medan dakwah internet ini amat sinonim dengan ana.

Moga Allah memberi yang lebih baik dalam meneruskan tugasan dakwah ini

WallahuAlam.