Asalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati Allah ( insyaAllah )

Hari ini 31 oktober.. berakhir oktober dengan hari ini , tiba-tiba sahaja pagi tadi saya termimpikan adik kesayangan saya yang kini berada di UIA, entahlah mengapa tiba-tiba dia datang dalam mimpi saya, mungkin kerana telah lama tidak berbual dengannya atau mungkin kerana saya belum pernah menalifon dia semenjak saya sampai di bumi mesir ini…, kerana mimpi itu akan datang dalam 3 faktor :

mimpi-x1) mimpi yang diilhamkan oleh Allah ( ini adalah mimpi orang alim )

2) mimpi yang diilhamkan oleh syaitan

3 ) mimpi yang berasal dari diri sendiri

Mungkin saya tidak berpeluang buat masa ini untuk menjelaskan mimpi yang pertama dan kedua namun mimpi yang ketiga itu akan datang apabila sesorang manusia itu  terlalu menginginkan sesuatu untuk dicapainya ataupun mimpi yang berdasarkan pengalaman dalam kehidupannya.

Begitu jugalah  mimpi yang saya alami sebagai seorang manusia biasa . mungkin Allah mahu berikan masej peringatan kepada saya supaya mengingati adik saya tersebut.. sememangnya, dia seorang sahajalah adik perempuan yang saya pernah miliki di dunia ini selain kawan rapat saya yasmin yang saya anggap sebagai adik sendiri.

Selepas sahaja solat subuh tadi, saya terus “menopup” kredit LE10 kedalam hand phone saya dan mula mencari-cari no talifon adik saya, Alhamdulillah… dapat juga saya bersembang selama 2 minit… 2 minit dengan harga LE10 cukup berbaloi untuk kerinduan kepada seorang adik.

sebenarnya, saya sempat diberitahu oleh adik saya bahawa sekarang ini dia sedang sibuk menduduki peperiksaan di UIA, dia minta supaya saya dapat mendoakannya..- adikku sayang, ketahuilah bahawa abang mu ini tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan mu selalu- , oleh sebab dia adalah adik saya yang paling saya sayang, dan anda adalah pembaca blog saya yang setia maka, anda juga wajib berdoa untuk kejayaan adik saya , hehehehe gurau saja, tapi kalau nak doa juga dialu-alukan….

Saya masih ingat lagi, waktu disekolah menengah dulu di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor  UIA( SMAKJ ) kluang , saya paling suka menyakat dia, kadang-kadang tu sampai nampak kemerah-merahan dimukanya sehiggakan dia cuba menjauhkan diri daripada saya, tapi, siapa yang mampu melarikan diri dari orang yang manis seperti saya – Astaghfirullah .. tertakburlah pula- selepas beberapa lama pasti dia akan baik semula dengan saya…

Sesungguhnya, saya amat risau pada mulanya apabila mengetahui dia sudah mendaftar di UIA , bukanlah kerana jauhnya UIA dari rumah atau desakan perbelanjaan yang tinggi tapi kerana sejak mutaakhir ini UIA menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam pergaulan, akademik dan sebagainya namun setelah berfikir panjang, saya mendapat keyakinan bahawa adik saya mampu menjaga dirinya dan maruahnya sebagai seorang wanita muslimah.. bagi saya, dia adalah adik yang paling istimewa sekali..

Mungkin setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini, sebenarnya dalam mengikat sebuah ikatan persaudaraan, kita haruslah mempunyai keutuhan keimanan yang tinggi kepada Allah Azza Wa jalla, kerana ikatan ukhuwwah yang didasari keimanan akan membuahkan kasih sayang yang tidak terperi dan kemuncak mardhatillah yang didambakan , kita haruslah berusaha untuk menggukuhkan kekuatan itu, kita pegang dengan seeratnya sehingga tiada siapa pun yang mampu memutuskan hubungan itu…

Sejarah Rasulullah dan sahabat sahabat Baginda telah membuktikan bahawa ukhuwah yang didasi dengan keiman yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya menjadi punca kehebatan mereka di zaman mereka dan seterusnya.

sebagai sebuah renungan atas sebuah nama ikatan keimanan , saya bawakan sebuah cerita untuk para pembaca sekalian :

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air ukhuwah1dx7itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya.  Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

RUMUSAN UKHUWAH

Iman------------------ ukhuwwah --------------------------kasih sayang ============ ikatan yang sempurna