Segala puji-pujian hanya layak dititipkan kepada Allah SWT yang kaya dengan rahmat dan maghfirah.

Sebenarnya tatkala artikel ini sedang ditulis, saya sedang bersedia untuk peperiksaan yang dijangkakan akan diadakan pada esok hari. namun, sebagaimana menjadi tabiat dalam diri saya sebagai blogger yang suka membaca tulisan orang lain sebagai sebuah penilaian kepada fenomena yang berlaku kepada masyarakat, terdetik dihati saya untuk membaca artikel-artikel dan perbincangan-perbincangan yang ada di ILuvIslam.com .iluvislam banner

Setelah beberapa ketika saya melihat artikel-artikel tersebut, saya tertarik untuk membaca artikel berkenaan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, apabila saya membaca artikel tersebut, saya dapati ramai dikalangan pembaca dan ahli forum yang menyokong fahaman Ibn Taimiyyah dan tak kurang juga ramai yang mengkritik Imam Ibn Taimiyyah secara habis-habisan.

Disini bukan tugas saya untuk me ntarjihkan mana-mana pihak namun apa yang dapat lihat ialah ilmu yang dipelajari walau setinggi mana sekali pun, tidak mampu menjadikan seorang ilmuan itu beramanah dalam ilmunya.

Ilmuan boleh ditakrifkan dengan seseorang yang mengguasai sesuatu bidang ilmu dan mampu memanfaatkan ilmu tersebut kepada masyarakat. manakala Amanah keilmuan pula dapat difahami sebagai sebuah tanggungjawab yang ditaklifkan kepada seorang ilmuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat secara jujur, telus dan mempunyai fakta yang tepat.

guru lelaki smik 09guru perempuan smik 09

Sekiranya kita mengamati kedua-dua takrifan ini kita pastinya dapat membezakan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu dan orang yang betul-betul berilmu dengan orang yang berilmu tiruan. sesungguhnya, orang yang berilmu tidaklah sama seperti masyarakat yang tidak mendalami ilmu . Ini sangat jelas apabila kita perhatikan bahawa orang yang berilmu akan sanggup meredah lautan samudera semata-mata ingin mendalami ilmu dan memanfaatkannya. oleh itu, sekiranya orang yang berilmu pulang dari pderantauannya yang jauh masih bercakap dan berkelakuan seperti masyarakat yang tidak meredah samudera untuk mendalami ilmu maka, ilmunya tidak lagi bermanfaat.

Mari sama-sama kita bayangkan. seorang islam mampu mengetahui dan menyampaikan kepada orang lain bahwa berzina itu haram tanpa dia menyebutkan landasan-landasan hukum yang menetapkan haramnya perbuatan tersebut . bagi dirinya, sekiranya seorang itu islam, selagi itulah dia dilarang dari melakuakn zina…… pulang seorang Graduan dari sebuah Universiti di timur tengah pula, dia pun berkata kepada masyyarakat bahawa zina itu haram tanpa dia menyebutkan landasan-landasan hukum yang mengharamkannya… bukankah sama Graduan tadi dengan orang awam yang saya ceritakan pada awal-awal tadi?dimanakah kajian dan penilitian ilmiah beliau?

Dan kes kedua pula , seorang lelaki telah menetap dikampung halamannya selama lebih 20 tahun kemudian Allah mengizinkannya untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, setelah 4-5 tahun di timur tengah , setelah sarat dengan ilmu dan fikrah, dia pulang ke kampung halamannya yang ditinggalkan sekian lama, setelah berada di kampung halaman, dia melihat dikampungnya berlaku penyelewengan ilmu disebabkan kejahilan orang kampung dari mengetahui kebenaran, alangkah baik bagi dirinya untuk membetulkan penyelewengan tersebut akan tetapi yang berlaku adalah sebaiknya, dia mencari hujah untuk membetulkan juga penyelewengan tersebut atas nama MERAIKAN… apakah fungsinya sebagai orang ilmuan? bukankah dia mendengar dan menghafal Ayat al-Quran yang bermaksud :

Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? al-Baqarah : 75

inilah yang mahu saya maksudkan dengan amanah keilmuan, sebagai seorang yang berilmu dan masih menuntut ilmu kita haruslah memanfaatkan ilmu kita dalam membawa arus perubahan dalam masyarakat yang rosak akibat kejahilan dan penyelewengan ilmu yang berlaku. Kita perlu membawa sesuatu ilmu itu dengan kefahaman yang tinggi disertakan ikhlas yang tiada tolak bandingan hanya sanya untuk Allah AzzawaJalla…HAQ VS BATIL

mungkin ada lagi dikalangan masyarakat kita yang beranggapan bahawa ilmuan islam itu suka menghukum, ini kaafir, itu bidaah, sana khurafat dan sebagainya, namun…. masyarakat yang sebegini telah semakin pupus dalam masyarakat islam terutama di Malaysia, Umat Islam di Malaysia kini mempunyai pendidikan yang tinggi , mahu kepada fakta dan suka menolak auta. masyarakat Islam di Malaysia kini sudah matang dalam perbandingan agama dan adat, oleh itu, telah menjadi kewajipan kepada para ilmuan untuk terus menyampaikan amanah mereka kepada masyarakat. usahlah dibawa-bawa fitnah tanpa fakta yang kukuh terhadap para ulama`.. mereka telah mnyempaikan amanah mereka, dan kita, bila lagi? hayatilah ungkapan kata-kata berikut :

Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka” (Ulum Hadith , m.s. 390, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut) –imam Ibn As-Salah

Sebagai penutup untuk artikel saya pada kali ini, saya menyeru seluruh para ilmuan untuk bersama-sama kita beriltizam dengan sesungguhnya untuk meneliti, dan mengkaji setiap madah ilmu untuk kita bersama-sama mengangkat agama Allah seterusnya mengangkat darjat masyarakat kita disisi Allah SWT. kita mempelajari ilmu bukanlah untuk menghukum seseorang tetapi kita mempelajari ilmu adalah untuk menunjuki masyarakat keArah Mardhatillah atas paltform kasih dan cinta kita kepada mereka dan diri kita sendiri…..

WaAllahu Alam…