Pada satu ketika yang terlalu memedihkan, di sebuah kota yang penuh dengan kesyirikan, anak dibunuh, wanita menjadi hamba tidak terbela, lelaki tidak punya kejantanan, manusia hilang arah tuju, pemuda tidak terjaga dan hati langsung tidak punya hubungan dengan Pencinta, maka dibangkitkan seorang pemuda dikalangan manusia yang penuh mulia, mencari penolong-penolong dalam medan yang serba payah dan sukar, mencetak para rijal yang berkualiti dalam menempuh medan tarbiyyah imaniyyah yang penuh mehnah dan tribulasi diperkasakan usaha walaupun diri dicerca dihina, mungkin badannya binasa namun hakikatnya, jiwanya bahagia.printis 2009

Mungkin pernah satu ketika da hulu kita mengenali dengan seorang insan yang bernama Muhammad. Dia adalah seorang pemuda yatim yang kehilangan ibubapa ketika berumur 6 tahun, menjadi pengembala kambing bagi orang makkah, berniaga barang dagangan sehingga ke basrah(iraq), seorang pemuda yang tidak pernah merasai keseronokan seperti seronoknya pemuda-pemuda lain pada ketika itu….

Mungkin ada yang lebih banyak bacaannya mengetahui kisah Batu Hitam ( Hajar Al-Aswad ). Beliau diamanahkan untuk membuat keputusan bagi meletakkan batu tersebut ditempat asalnya,sehingga beliau berjaya menyatukan kabilah-kabilah arab yang kuat bertelagah, dia diberi kepercayaan tanpa sebarang bantahan kerana seluruh bangsa arab tahu bahawa Muhammad Al-Amin, dia yang amanah……

namun.. masa silih berganti… ramai yang tidak sedar malahan ramai juga yang tidak mahu menyedari akan hakikat kehidupan sebenar Rasulullah SAW. 

Rasulullah SAW yang dipanggil Muhammad itu adalah seorang Nabi yang mengorbankan sepenuh kehidupannya bukan untuk dirinya bahkan untuk orang lain, mengumpulakan para pemuda yang mempunyai potensi dalam Risalah Rabbnya untuk dicetak dengan cetakan Rabbani, mendidik jiwa-jiwa untuk segera taat dan patuh dengan kepatuhan yang total kepada Allah Azza Wa Jalla. sehingga muncullah pemuda bernama Abu Bakr As-Siddiq , Umar Al-Khattab , Uthman Affan, Ali Abi Thalib, Abu Hurairah, Bilal, Yasir , Amar dan lain-lain.

Mereka dididik dan diasuh dengan asuhan yang begitu terancang, Ketaatan kepada kepimpinan yang begitu setia sehingga Saidina Umar yang keras menentang Rasulullah ketika jahiliyyah itu, selepas keislamannya beliau mengatakan :

 Tiada Islam tanpa Jemaah dan Tiada jemaah Tanpa kepimpinan dan Tiada Kepimpinan tanpa ketaatan.

Malahan Saidina Ali juga berkata :

Kebenaran tanpa tanzim (penyusunan terancang/sistematik) akan dikalahkan oleh kebathilan yang mempunyai perancangan penuh sistematik

wahai sahabat-sahabat ku sakalian!!

tidak sedarkah kalian?? kalam-kalam itu adalah kalam-kalam pendekar! kalam pahlawan yang berani! kalam pahlawan yang setia dan sanggup meletakkan sepenuh jiwanya kepada perjuangan agama Allah?!kenapa dan mengapakah mereka boleh sehebat itu sehinggakan Syed Qutb sendiri melebelkan mereka sebagai Generasi Al-Quran yang Unik.

Tidak ada suatu tahunpun yang dilalui oleh umat Islam kini kecuali ia membawa luka baru pada tubuh umat, ini ditambah dengan luka-lukanya yang terdahulu. Luka-luka ini sering menimpa tubuh umat ini, namun hampir tidak seorangpun merasakannya.

adakah perjuangan yang ditempuhi penuh Mehnah oleh Rasulullah dan para sahabatnya harus disiakan? tiadakah lagi yang mahu menyambung perjuangan itu? dimana kata-kata “ulama` pewaris nabi?” dimana kata-kata “pemuda tiang pembangunan islam?” dimana mahu kita lemparkan tanggungjawab perjuangan ini jika tidak kita yang menyahut perjuangan itu?MILSIM TEAM

kitalah para pemuda yang masih kuat akalnya, masih cerdas fikirannya, masih bergolak semangatnya. sampai bila kita hanya mahu melihat? bila kita mahu menjadi para rijal ( pendekar ) pembela Agama Allah yang dilukai saban hari.

Rasulullah telah menyelesaikan tanggungjawab baginda, Sahabat dan para ulama` terdahulu juga sudah.. persoalannya

MENGAPAKAH KITA TIDAK MAHU MEMULAKANNYA SEKARANG?!