31 May 2010 merupakan detik berdarah bagi umat islam dan dunia, Kumpulan konvoi  Dunia yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Palastin di halang malahan 19 orang diantara mereka dibunuh dengan sengaja oleh pihak Israel Laknatullah..

Berita berdarah itu bermula pada hari pertama peperiksaan bertulis kuliah syariah tahun satu Al-Azhar Asyarif..

Pada pagi sebelum bergerak ke kuliah saya membuka facebook bagi melihat situasi yang berlaku diatas kapal, tapi berita yang amat menyedihkan adalah, 2 orang yang berada diatas kapal telah terbunuh…

Cuba anda bayangkan, betapa sebak hati saya membaca berita tersebut..

Saya melangkah ke dewan peperiksaan dengan hati yang penuh benci terhadap tindakan Israel tersebut, bahkan saya berazam ingin menjatuhkan Israel dengan tangan saya sendiri..

Permulaan masuk didalam dewan peperiksaan , fikiran saya buntu selama setengah jam, kemudian saya kumpulkan semangat dan kekuatan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, Alhamdulillah.. Allah membantu saya menjawab segala soalan dengan tenang selepas itu..

Peperiksaan berikutnya juga begitu, saya akan melihat dan membaca berita Mavi Malmara sebelum ke Dewan Peperiksaan..telah menjadi kebiasaan cecair dimata akan jatuh berguguran..

Saya bukanlah seorang mahasiswa yang hanya tahu mendengar dan bersedih..

Saya sisipkan sedikit usaha menyeru masyarakat untuk memboikot dan mengutuk perbuatan Israel tersebut…

Namun saya diARAHkan oleh pihak tertentu untuk menghentikan usaha tersebut, kerana dibimbangi saya akan ditangkap dan dipenjarakan…

Apabila saya mendengar ARAHAN tersebut, saya terkesima… saya tidak menyangka kerja yang sungguh sedikit dan terlalu rendah nilainya itu boleh ditentang…

Namun segalanya saya ambil enteng, kerana perjuangan itu pasti akan ada tentangan dan liku-liku perjuangan…

Saya pelajar syariah, belajar hukum, belajar bagaimana keadaan dan situasi umat Islam…

Saya kenal siapa Imam Syafie yang diikat tangannya selama 2 bulan dan diheret bertemu khalifah kerana dituduh berpegang dengan aqidah syiah,

Saya kenal siapa Imam Bukhori yang dihalau dari kampung halamannya kerana difitnah mengikut ajaran sesat,

Saya kenal Imam Ahmad yang dipenjarakan kerana berpegang teguh dengan Aqidah ahlus-sunnah Wal jamaah..

Saya juga kenal Imam Ibn Taimiyyah yang dituduh sesat sejak kegemilingannya sehingga kini..

Saya kenal mereka,

Kerena mereka sanjungan saya, mereka ditentang.. mereka dihina, mereka dipulau…walaupun mereka membawa kebenaran dengan hujjah-hujjah yang dipakai sehingga kini..

Apalah sangat tentangan dan ARAHAN yang diberikan kepada saya…