Berkemeja hijau, seluar slack hitam, kasut juga hitam , berkopiah putih , sambil menjinjing beg besar berwarna merah..

Aku berjalan penuh berani ke-Arah sekolah yang  tak pernah ku datangi sebelum ini, namun kini aku mahu menerima Tarbiah disitu.

Picture 128 Hari pertama aku di MATRI amat berbeza dari sekolah lain yang pernah aku masuki, aku dibawa oleh Ustaz Wan Nahar dari kampungku terus ke MATRI untuk menjemput seseorang yang istimewa ke  tapak perkemahan Wang Mu yang kukira tidak sesuai dengan penampilanku ketika itu. Namun dengan penuh debaran , aku ikuti juga setiap arahan yang diberikan Ustaz Nahar bagai orang buta yang dipandu jalannya.

Setelah tiba di MATRI, kami terus menjemput Ustaz Dahlan yang sememangnya telah bersiap siaga untuk menaiki kereta bersama kami.

Aku capai tangannya, dan ku tarik untuk memudahkanku mencium tangannya sebagai tanda hormat kepada seorang bergelar Pengetua bahkan juga telah mendapat gelaran "Dato` Kaya Bakti" setahun selepas itu , namun tanganku disentap tanda beliau tidak mahu dihormati sedemikian, baginya , cukup sahaja salam telah menunjukkkan kehormatan.

IMG_1124

Dalam perjalanan ke Wang Mu, aku disoal oleh Ustaz Wan dan Ustaz Dahlan tentang sekolahku yang dulu…

Ustaz Dahlan : Anta min Ayyu Madrasah? Hukumiah am syaik?

Aku tidak sangat pandai menangkap apa yang dipersoalkan ketika itu, namun ku cuba meneka dan menjawap : Hukumiah .

Kemudian aku ditanya lagi pada waktu yang lain : anta tahu dak, apa dia yang dimaksudkan dengan Munkar Al-Akbar dan Makruf Al-Akbar?

Terkesima aku seketika!

waAllah! Ini adalah kali pertama aku mendengar istilah-istilah itu….. lidah lansung tak berkata-kata saat itu…

Perjalanan kami diteruskan dengan mereka berdua bersembang-sembang dan aku hanya berdiam diri sahaja…

Sampai sahaja di tapak perkemahan yang dimaksudkan, aku melangkah agak berani bersama-sama dua orang Ustaz yang berkaliber itu, heheheh ramai menyangka aku pula ingin berceramah.

Ustaz  Dahlan mengambil tempatnya dihadapan umum yang hadir dalam Tamrin Khassah '07 ketika itu . Seterusnya, Ustaz memberi sedikit penyampaian yang amat-amat singkat dan pendek. Setelah beberapa minit,  dengan penuh kelemahan pada ketika itu, beliau memasang kaset ceramah yang pernah diberikannya pada satu ketika dahulu….

 

udmzSungguh!  Aku amat teruja dengan sifat dakwah beliau, walaupun dalam keadaan penuh kedhaifan, beliau masih sanggup lagi berdiri dan berjalan meneruskan tugas dakwah dengan kemampuan yang masih ada….

Usai pengisian pada pagi itu, aku mula berkenalan sedikit demi sedikit sahabat-sahabat baru, namun aku amat terkejut! Bahkan cukup terkejut ! apabila aku melihat tingkah laku mereka menggambarkan mereka seolah-olah  Al-Quran yang berjalan!

Bertutur dengan penuh lunak , ditambah lunak lagi dengan lontaran Al-Quran disetiap kata dan ucapan, Al-Kitab kecil dibawa kemana-mana, mulut sentiasa basah dengan al-quran.

Sumpah! Aku tak pernah jumpa golongan sebaik ini!

…………………….

Itulah culture shock aku yang pertama, jika orang ramai mendapat culture shock disebabkan budaya yang tak elok dikalangan masyarakat, tapi aku mendapat kejutan kerana melalui gologan yang terlalu baik!!

MATRI menyimpan penuh kejutan padaku, bukan setakat di tapak perkemahan, bahkan, di Sekolah, Masjid, Asrama, Rumah… mereka mentarbiah diriku…

Sungguh! Tiada yang menjadi kebanggaanku selain mendapat Tarbiah di MATRI

Maahad At-Tarbiah Al-Islamiah, bukan hanya pada nama, namun mereka ada kualiti yang semakin hilang pada rijal kini…matri

Rijal yang dibentuk disana akan disebarkan ke muka-muka ummah yang semakin parah dan berdarah… kini, aku telah menjadi salah satu daripada mereka..

Kamu Adalah sebaik-baik ummah yang bawakan kepada manusia, kamu menyuruh kebaikan, kamu melarang kerosakan dan kamu beriman kepada Allah SWT , - Ali Imran 110