Header Ads

test

Nasihat untuk Badan Kepimpinan SMAKJ 09/10

smakj Sebentar tadi, seorang junior saya dari Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor ( SMAKJ ), Kluang meminta beberapa nasihat untuk beberapa aktiviti yang ingin mereka jalankan sepanjang bulan Ramadhan kali ini, bahkan ianya mungkin merupakan bulan terakhir pelajar Tingkatan 5 memegang tampuk pimpinan sebelum beralih tangan kepada pelajar Tingkatan 4 pula.

Nasihat yang dapat saya berikan tidaklah banyak kerana pengalaman yang saya lalui juga amat singkat dan amat terhad ,ditambah pula kejumudan ilmu pengetahuan didada.

Namun , ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh tampuk pimpinan sekarang sebelum menyerahkannya kepada pimpinan yang akan datang.

1) Membuat sesi muhasabah bagi sepanjang memegang watikah

Sesi muhasabah yang saya maksudkan adalah sebuah perjumpaan yang dibuat oleh badan pimpinan yang diketuai oleh seorang ketua ( pada masa saya dahulu, ketua tertinggi adalah Kapten, tapi rasanya sekarang sudah berubah ) . mereka membincangkan beberapa perkara pokok :

1. Apa yang telah dilakukan ?

2. Apa yang belum dilakukan?

3. Sudah sampaikah hajat sekolah dalam mempercayai perlantikan badan kepimpinan?

4. Masalah apakah yang paling besar yang masih belum dibanteras?

Saya kira, 4 persoalan asas ini boleh menjadi topic hangat dalam perjumpaan tersebut , dengan tanpa memanjangkan perbincangan kepada topic-topik yang dikira tidak perlu

2) Melakukan sebuah aktiviti @ Program gerak gempur!

Setelah sesi muhasabah dijalankan kepada semua badan pimpinan, mereka seharusnya memikirkan sebuah program yang dikira akan menjadi titik tolak kepada penyelesaian permasalahan ke-4 diatas.

Ya! Anda mungkin tidak mampu merubah sebuah keadaan yang kritikal berikutan masa yang terhad, namun anda masih berpeluang cerah membuka minda mereka untuk cenderung menyelesaikan masalah ke-4 itu. Mungkin anda tidak dapat menyelesaikannya pada masa anda memegang jawatan, tapi mungkin saja junior anda satu hari nanti mendapat jalan penyelesaiannya, bahkan mereka akan menjadi lebih mudah kerana para pelajar telah cenderung untuk menyelesaikan masalah ke-4 itu.

Contoh mudah yang saya dapat berikan adalah Program "7 Hari Bersama Al-Quran" yang dianjurkan oleh Biro Surau dan Kerohanian sesi 2005/2006. Progam itu adalah program kelolaan saya yang terakhir di SMAKJ. Program itu dianjurkan lantaran biro kerohanian telah bermesyuarat dan mengenal pasti masalah terbesar pelajar SMAKJ pada ketika itu adalah " lemah dalam membaca Al-Quran".. maka program itu dianjurkan dan dijalankan dengan penuh tanggungkawab dari seluruh badan pimpinan, tanpa mengira biro dan jawatan… walaupun ada banyak kelemahan dalam program tersebut, pihak penganjur berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak…, bahkan yang lebih menarik lagi.. program tersebut bukan bermatlamatkan semua peserta berakhir dengan kejayaan membaca Al-Quran, tapi ianya bermatlamat agar semua pelajar merasai peri pentingnya Al-Quran.

3) Rancanglah dengan penuh bersistem dan teratur

Saidina Ali RA pernah berkata :

"Kekafiran yang tersusun akan mengalahkan Islam yang tidak tersusun"

Maka, selaku muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dan beretika, kita semua perlu membuat segala perancangan dengan teliti dan tersusun.. agar ianya mudah difahami dan dicontohi oleh kepimpinan lain kelak.

Sediakan sebuah kertas kerja yang lengkap dengan perancangan yang teliti supaya pihak guru dapat meyakini program tersebut bahkan lebih baik lagi jika mereka dapat bersama-sama menyertai badan kepimpinan sebagai aegen pemudah cara.

Mungkin banyak lagi nasihat yang ingin saya sampaikan, namun saya fikirkan , inilah 3 perkara penting yang perlu dibuat oleh pimpinan sekarang..

Tuntasnya, semua kita bertanggungjawab menyelesaikan maslahah ummah, kerana Tarbiah itu ditangan kita, maka kitalah penggeraknya.gunalah masa yang ada sebaiknya, sebelum lidah berkata : "kalau aku masih memegang tampuk pimpinan, aku dah lakukan……… ini dan itu "

4 comments:

  1. salam..setuju dengan kamu, mudah2an adik2 kita dapat menjalankan tanggungjwab mereka..Allhul Musta'an

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, itulah yang kita inginkan....
    bahkan kita mengharapkan setiap generasi SMAKJ akan semakin hebat dan hebat..

    ReplyDelete
  3. syukran jazilan.kepimpinan exco kerohanian 09/10 saya yg pegang.doakan kelancaran aktiviti dlm mntarbiah plajar smakj bulan ramadan ini.sgala nasihat akan diingati.mabruk alaik.

    ReplyDelete
  4. bismillah..

    semoga apa yg kita jalankan ini diberkati.

    "SMAKJ produces brain with soul"

    *wink.wink* (=

    Ramadhan Kareem. Allahu Akram!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.