matri  "Anta tak rasa masuliah ker?!"

Panas.

Baru saja beberapa bulan mendapat tarbiah, aku telah ditegur demikian .. fuh, sungguh keras teguran tersebut jika diukur dengan tempoh aku menyelam didalam lubuk tarbiah ini..

Sebelum ini, aku lansung tidak dibenarkan menghirup nikmat tarbiah yang hakiki.. hidup diselubungi dosa noda yang semakin hari bertambah, namun Allah kasih dan cintakan aku… Dia jemput aku ke lubuk tarbiah untuk dibersihkan dan digilap menjadi Rijalnya…

Darah panas baran yang aku miliki sedari sekolah menengah lagi akan terluah sedikit masa lagi , namun perkara baik berlaku apabila seorang sahabatku yang datang menenangkan keadaan…

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Itu cerita dulu yang masih aku simpan dalam hati, ..

Sebenarnya, aku tidak mahu mengingati lagi peristiwa tersebut, namun ianya begitu melekat dan kejap dihati…. Betul-betul terasa ..

Pernah satu ketika sahabatku yang kini berada di Mesir berkata " Sudah-sudahlah tu Din, benda dah lama.. takkan nak amik hati lagi kot?"

……………………….

Kadang-kadang aku pun tak pasti tentang diriku,

Aku amat kecik hati dengan sahabat tersebut, tapi , aku baca artikelnya, aku puji tulisannya, aku sebarkan blognya….

Mungkinkah ianya sebahgian dari peristiwa-peristiwa permulaanku didalam tarbiah, oleh itu aku tak dapat melupakannya?

Hanya Allah yang tahu…

aku selalu ingat nasihat Cikgu Azmi Bahari ketika menulis artikel bertajuk "Tarbiah Dzatiah"…

"kita sebagai Daie jangan cepat terasa dan kecil hati dengan sahabat kita yang lain"

Ya, aku sentiasa mahu berubah, dan akan sentiasa ber ubah..