buku2 Hari, tahun, musim makin meninggalkan kita . ada diantara kita yang semakin bertambah amalannya dek kerana ilmu yang melimpah ruah, namun kesal..

Masih ada dikalangan kita yang belum mengetahui bagaimana ingin menempuh kehidupannya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam golongan kedua ini, mereka mengejar dunia siang dan malam, bergembira dengan kehidupan yang singkat dan melalaikan ganjaran Syurga serta siksaan Neraka Jahannam diseluruh kehidupan mereka.

Oleh itu, saya bangkit menulis dan menyusun sebuah buku yang saya harapkan ianya memberi manfaat kepada seluruh umat islam dalam melayari kehidupan Mukmin Soleh dan Musleh , sedari bagun tidur sehinggalah tidur semula berpandukan dalil Al-Quran dan Al-Hadis.

Tajuk : Program Harian, mingguan, bulanan dan tahunan Mukmin

Jangka siap : sebelum Syawal 1431H

Genre : Tarbiah

Sumber rujukan : Al-Quran & Sunnah menurut pandangan Ulamak muktabar