akad nikah ‘Wahai para pemuda!, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya.

( Hadis riwayat Bukhori dan Muslim )

Ustaz Zainuddin : hadis ini menunjukkan kepada kita, betapa pentingnya kita untuk berkahwin , kerana dengan berkahwin, syahwat , nafsu kita akan diarahkan kearah keredhaan Allah SWT. Jika tak mampu untuk melansungkan perkahwinan, maka jinakkanlah diri dengan berpuasa, insyaAllah nafsu akan tertahan.

Syihab : Ustaz, macam mana pulak kalau kita ni dah tahap wajib untuk kawin, sebab tengok pompuan pon tak tahan dah , tapi tak ada kemampuan kewangan, bukan takat tu saja, dah amalkan puasa, tapi masih tetap tak dapat tahan …

Ustaz Zainuddin : mudah sahaja, mula menabung dari sekarang .

***************************

Itulah sekilas pandang perbualan aku dengan Ustaz Zainuddin Zakaria ketika di tahun kedua Khassah Matri dahulu. Aku masih ingat, ketika itu, Ustaz Zainudin mengajar subjek hadis, ianya merupakan subjek yang amat aku minati.

Perkahwinan amatlah digalakkan didalam islam, bahkan ianya menjadi wajib jika seorang pemuda itu tidak mampu lagi menahan nafsu syahwatnya, jika tidak berkahwin maka beliau akan memasuki medan penzinaan.

Persoalannya kini, ramai pemuda dan pemudi memilih untuk menghabiskan pelajaran dahulu, kemudian baru merancang perkahwinan, adakah perkara ini benar?

Menurut pandanganku, kaedah begini amatlah menyimpang dari situasi "nafsu bergelora" sekarang. Cuba lihat saja, berapa ramai yangbermati-matian nak belajar sampai habis tapi telah melakukan hubungan zina? Mereka lebih sanggup memilih zina berbanding pernikahan, sedangkan zina itu haram dan pernikahan itu amat digalakkan.

bahkan, jika dilihat situasi yang berlaku di Mesir, golongan yang bernikah merupakan antara golongan yang mendapat kecemerlangan didalam akademik.

Adapula masalah dikalangan yang mahu menikah namun dipeningkan dengan bayaran mahar yang tinggi, hantaran yang melampau dan kos yang tak masuk akal untuk sebuah pernikahan.

Sedarlah … pernikahan bukan untuk dibanggakan.. tapi pernikahan adalah permulaan pembinaan generasi..

berkahwinlah dengan penuh kesederhanaan, buang saja amalan-amalan tiada dalam Islam, terlalu banyak adat dikalangan orang melayu yang menghalang perkahwinan.

Seks?

Ramai sahabat aku dari kalanga wanita memberi komentar :”kahwin itu kerana kasih dan cinta, bukan kerana seks”

silap kenyataan tersebut, kerana tujuan pernikahan juga adalah untuk menyelesaikan masalah seks, Islam haramkan persetubuhan tanpa ikatan, namun islam halalkan persetubuhan setelah menikah..owh! indahnya islam..

tapi perlu diingat, bahawa seksa bukanlah matlamat utama dalam pernikahan. pernikahan adalah sebuah mukaddimah pembinaan generasi !

Pandanglah pernikahan itu dengan lebih jauh, maka anda akan tidak sabar menghadapinya dan akan berusaha ke-arahnya..

akhir bicara..

aku juga seorang bujang yang terlalu ingin bernikah.. namun amat miskin kewangan, apa yang patut aku lakukan?

Aku telah mula menyimpan duit sedikit demi sedikit dan aku telah juga menyediakan matlamat perkahwinan 201*… walaupun jodoh aku belum pasti.. namun aku percaya Allah SWT akan menguarniakanku seorang bidadari dari kalangan manusia untuk menjadi pasangan hidupku…

Aku menyeru kepada semua pemuda yang tak mampu untuk berkahwin , marilah kita sama-sama menyimpan kewangan dari sekarang!

“jika anda tidak mampu melansungkan perkahwinan, ingat dan sedarlah! anda mampu merancang untuk berkahwin!”

Mari kita melihat perkahwinan itu dengan penuh kesungguhan..

Maka kita akan bersungguh dalam berusaha..

“dunia ini perhiasan, dan seindah hiasan adalah wanita solehah”

-riwayat imam Muslim

p/s; Boleh juga lihat tips bagaimana merancang masa depan yang cemerlang ; klik