Istilah kasih, sayang dan cinta itu sering bermain difikiran kita, namun adakah ianya berjaya sampai ke puncak hati kita? Nabi SAW pernah bersabda:

"Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu: Imam  (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

 

 

ssABDUL RAFI' FIKRI BIN ABD RASHID

AHMAD ASYRAF ILMAN BIN ZULBAHRI 

NUR MUHD MUKHTAR BIN MAHMUD

3 nama yang cukup gah dan mantap. Ketiga-tiga mereka adalah sahabat yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun (SMIK), bahkan, Nur Muhd Muhtar masih lagi menuntut disana sebagai seorang pelajar tahun akhir, semoga beliau mendapat keputusan cemerlang dalam SPM nanti.

Ketiganya juga merupakan antara individu yang memberi kesan didalam hidup saya selepas UKHRA di Matri-Perlis. Ketika mengajar di SMIK, saya mencari-cari individu mahupun kelompok yang mempunyai ransangan tarbiah yang luar biasa.. namun, ianya ternyata amat sukar dan merunsingkan… tiba-tiba..

[ Rafi` ]

Laptop Compaq Presario v3000 milik saya rosak buat kali ketiga, tapi duit yang ada untuk diformatkan semula laptop ini tidak mencukupi lantaran keterdesakan yang amat sangat pada perbelanjaan lanjutan ke Mesir.. lalu seorang sahabat saya, Abdul Rahim, memberi cadangan yang bernas…;

"apa kata kalau anta tanya Rafi`, dia pandai bab-bab nie…"

Tanpa membuang masa, saya mencari rafi`, "xjumpa…." Rupanya, dia bukanlah pelajar yang tinggal di Asrama, saya menenangkan diri selama sehari dan berazam untuk meminta pertolongan rafi` pada keesokan harinya disekolah..

"Rafi`, anta boleh tolong ana formatkan laptop ana tak? Penting ni.."

"insyaAllah ustad, ana bawak balik laptop ustad sehari , pastu ana install software mantap2, okey?"

Saya pon memberi sedikit kepercayaan kepada beliau, sedangkan hati senantiasa ragu-ragu dan kurang percaya, yelah.. biasanya saya akan hantar ke kedai computer untuk diperbaiki, orang yang bekerja dikedai tersebut pun mempunyai kelulusan perkomputeran, tapi…… ini budak sekolah menengah! SPM pown tak lepas lagi!...

Runsing..

"ustad!, laptop ustad dah siap, ada kat surau.."

Subhanallah.. bayangkan, laptop ana telah kembali berfungsi bersama Windows7, wallpaper bertukar-tukar setiap 10 saat, dan yang paling menggembirakan saya, ada wallpaper yang cukup2 menawan!(hahahaha wallpaper gambar sendiri)..aljazary

[ Asyraf Ilman ]

Cikgu ismail: saya mencadangkan, ketua umana` untuk sesi ini kita serahkan jawatan itu kepada Asyraf Ilman, setuju?

Sekalian guru: Setuju! Setuju!

Saya dan Ustaz Ali Noor Atif yang merupakan guru baru di sekolah tersebut hanya diam membisu… kami berdua lansung tidak mengenali siapakah yang dinamakan Asyraf Ilman yang boleh menarik kepercayaan guru-guru untuk melantik beliau sebagai ketua pelajar. Dengan sepakat!.

"Ustaz.. ana lihat di SMIK ini, kita mengalami masalah tarbiah yang amat kritikal,, pengisian tarbiah di SMIK belum mencapai tahap memuaskan.."

Sedikit demi sedikit saya mengenali peribadi beliau, suka membaca dan menilai, tekad dalam perjuangan, bijak dalam pelajaran, tidak angkuh, tidak bongkak,pemimpin unggul,  sentiasa menangisi perit jerih luka ummah, mencari penyelesaian dalam kekusutan jahiliah…..

Saya masih ingat, kenyataan beliau yang cukup menusuk..:

"ustaz.. ana nie masih ada karat-karat jahiliah yang masih belum dapat ana kikis seluruhnya.."

Bayangkan, orang yang menerima aduan itu juga masih mempunyai masalah yang sama..

[ Mukhtar ]

 "Mukhtar mungkin seorang yang kurang bijak dalam bercakap didepan umum, namun beliau seorang yang genius dalam menulis dan menyusun kata-kata .."

Itulah ucapan saya ketika bersama-sama pelajar SMIK dalam program "Generasi Al-Quran yang Unik (UNIQ'09)"

Mungkin Mukhtar adalah orang yang paling rapat dengan saya, beliaulah yang selalu saya ajak ke bandar Shah Alam mencari perkakasan computer , beliau juga orang pertama yang saya ajak ke kolam renang ketika terlalu gian untuk berenang, beliau jugalah orang yang selalu saya tunggu ketika makan waktu rehat pertama, kata-kata nukilan beliau amat mantap dan bernas, bahkan saya belajar menguruskan blog dari beliau..

Sungguh.. ketiga-tiga insan ini amat berbekas dihati saya..masih ingat kenangan bagaimana saya menubuhkan Aljazary Fasilitator Club, ketiga-tiga orang inilah yang banyak membantu dalam menjayakan setiap program yang dijalankan..

Mereka adalah tiga individu yang mempunyai kemahiran yang berbeza-beza, namun matlamat mereka sama, perjalanan dakwah juga sama.. walaupun medium masing-masing berbeza…

Rafi` hebat dalam dunia grafik dan animasi fikrah islamik…

Asyraf hebat dalam mengutarakan idea dan pandangan beliau, bahkan merupakan tokoh muda yang amat disenangi,

Mukhtar, hebat dalam penulisan dan kata-kata berbentuk perubahan,, bisa menusuk kedalam jiwa …

Maaf…Mungkin artikel kali ini lebih banyak menceritakan tentang diri sahabat-sahabat saya, namun ianya adalah sebuah kemanisan ukhuwah yang ingin saya kongsikan..bahkan, mereka adalah antara 3 individu yang mendapat ransangan tarbiah luar biasa di SMIK.. sungguh.. saya amat mengagumi mereka…

Ukhuwah itu cantik bila dipandang, manis bila dirasa, rindu bila dikenang.. indah pula bila mula memahami..

p/s: Sebenarnya, diri ini amat cemburu dengan kelebihan yang mereka ada, kerana saya tidak mempunyai secebis serpihan pun kelebihan mereka…