LENGKAPKAN Daripada Muawiyah bin Abi Sufian RA berkata : Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya, diakan akan difahamkan tentang urusan agama.

Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim

Mungkin sejak dari kecil lagi ramai dilingkungan kita yang telah sinonim dengan perkataan " fekah " sehinggakan ada yang lebih bertuah dapat memasuki kelas fekah di sekolah rendah dan menengah.. tetapi, persoalannya, adakah kita dapat memahami maksud “ fekah” dengan tepat sejak kita bergelar islam berpuluh-puluh tahun?,

Dialog

Mansur : Usop, hang tau dak, Fekah tu apa?

Yusof : la… fekah ni bab hukum la… kalau Tanya ustad, pastu ustad kata buat ni haram, buat tu halal, kira fekah lah tu…

Mansor : yaka?? Herm… baguih2!!terima kasih.

Didalam perbualan singkat diatas, kita dapat memahami bahawa, si Usop tidaklah begitu memahami perkataan fekah, namun itulah sebenarnya sebuah kebuntuan yang dihadapi oleh masyarakat sekarang.. justeru , sukacita saya memaklumkan bahawa, Artikel kali ini adalah untuk melengkapkan pemahaman yang masih begitu tidak sempurna dalam pemikiran kita..

Fekah

Fekah terdiri daripada sebuah definasi yang amat lengkap melengkapi antara satu sama lain :

"ilmu yang membicarakan hukum-hukum syarak dari segi amalan yang diambil dengan hujjah-hujjah yang terperinci"

Mari kita lihat satu persatu:

Ilmu : pengetahuan tentang sesuatu hukum

Hukum : had-had yang diberikan oleh syarak, ianya terbahagi kepada 2: taklifi dan wadh`i, mungkin pada permulaan ini, kita bicarakan dahulu apa itu hukum taklifi…

Hukum taklifi terbahagi kepada 5:

1) Wajib : Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang tegas

Jika melakukan perkara wajib akan mendapat pahala manakala musibah dosa akan dikenakan kepada siapa sahaja yang meninggalkannya dengan sengaja.

2) Sunat : Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang tidak tegas

Barangsiapa yang melakukan perkara sunat, maka ia telah bersiap sedia dengan pahala dan ganjaran dari Allah SWT, namun tidaklah beliau mendapat murka Allah SWT jika beliau meninggalkan perkara sunnah.

3) Haram : Tuntutan meninggalkan sesuatu perkara dengan tuntutan yang tegas

Perkara murka yang perlu dijauhi, jika meninggalkan perkara haram kerana tuntutan agama, maka beliau akan memperoleh ganjaran pahala yang dihitung oleh Allah SWT, akan tetapi jika terlanjur melakukan dengan sengaja, malangnya.. beliau telah melakukan dosa yang memerlukan taubat yang sebenarnya kepada Allah SWT.

4) Makruh : tuntutan meninggalkan sesuatu perkara dengan tuntuan yang tidak tegas

Tidaklah menjadi kesalahan besar kepada siapa yang melakukan perkara makruh, oleh itu, tiada dosa kepada pelakunya, namun perkara ini perlulah dijauhkan..sebagai tanda ketaqwaan dan kerendahan diri kita kepada Allah SWT, selain dapat bantu menghalang diri kita dari malakukan perkara haram.

5) Harus : sesuatu yang diberikan kelapangan oleh syarak untuk melakukannya atau meninggalkannya, tanpa ada sebarang tuntutan dan paksaan.

Hukum muamalah / pergaulan sesama manusia pada asalnya adalah harus.. kecuali apabila datang padanya dalil yang melarang dari melakukan perkara tersebut..

Syarak : apa yang dikenali dalam syariat islam

Amalan : setiap amalan perbuatan, perkataan, komunikasi dan penyaksian berkaitan keseluruhan permasalahan orang islam.

Hujjah terperinci : bukti-bukti yang didatangkan untuk menerangkan atau menyokong sesuatu ketetapan hukum terhadap sesuatu masalah.

4 hujjah yang menjadi tunjang sesuatu penyelesaian hukum fekah adalah ;

1) Al-Quran

2) Hadis

3) Ijmak (sepakat sahabat atau ulamak)

4) Kias

Kesimpulan

Konklusinya , apabila kita mengetahui dan berjaya memahami fekah dengan jelas, maka kita tidak lagi hanya bertanya tentang hukum sesuatu perkara, tetapi kita akan bertanya juga, dimanakah buktinya dan apakah hujjah yang menguatkan sesuatu hukum.

Demikian juga, kita perlulah memahami fekah dengan rangka sebenar sehinggakan kita betul-betul membawa ajaran fekah… kerana ajaran fekah itu mestilah melalui definasi

"ilmu yang membicarakan hukum-hukum syarak dari segi amalan yang diambil dengan hujjah-hujjah yang terperinci"

Jika tidak, kita akan mengurangi maksud yang dihajati oleh syarak.

Sekian dahulu penjelasan tentang Fekah secara ringkas, semoga ianya bermanfaat.