Beberapa hari yang lepas, seorang ibu dari junior saya ketika menuntut di Sekolah Menengah Agama KerajaanJohor (SMAKJ) Kluang ,memohon saya untuk mengambil gambar-gambar orang mesir solat tarawikh. Dia adalah seorang ibu yang baik dan besar cita-citanya. Dahulu.. , beliau menyimpan keinginan untuk melanjutkan pelajaran di Mesir, namun Allah mengkehendaki yang lebih baik baginya, kemudian, beliau mengharapkan anak-anaknya pula mewarisi keinginan beliau, namun impiannya itu masih lagi samar-samar apabila satu-satu anaknya tidak mewarisi keinginanya..akan tetapi, beliau bukanlah seorang ibu yang cepat putus asa.. beliau masih menyimpan impian itu pada anak bongsunya yang masih kecil dan lincah cenderung kepada keilmuan islam.

Disini, saya akan memaparkan gambar-gambar solat tarawikh di Masjid Ar-Rahman, Mesir.sebagai perkongsian kecil untuk ibu dan sahabat-sahabat di Malaysia, semoga.. kehangatan tarawikh disini juga terasa disana:)

 

tarawikh 2

doa qunut nazilah dibaca setiap hari sepanjang 30 hari solat tarawikh… sungguh, bacaan qunut nazilah, biasanya akan membuatkan hati-hati muslim akan meruntun dan air mata takkan mudah menahan lelehan jernih-jernih keinsafan dan semangat Ramadhan yang baru..

tarawikh

inilah keadaan masjid, dimalapkan lampu agar hati-hati lebih tenang menghayati bacaan lunak Imam tarawikh.

tarawikh3

biasanya masjid Rahman ini, imam membaca ayat-ayat yang pendek, tetapi kebanyakkan masjid di Mesir ini akan membaca ayat Al-Quran yang amat panjang beserta hukum tajwid yang baik disamping suara para imam yang teramat merdu.

tarawikh 4

ini adalah salah seorang dari makmum yang berasal dari negara thailand .. beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang sungguh comel (macam keluar tajuk jerk :) hehehe)

tarawikh 5

sudut pandang belakang

tarawikh 6

inilah kemudahan yang ada di Mesir, dan tidak ada di Malaysia.. orang yang tiada kemampuan untuk berdiri diberikan tempat khas dibahagian belakang masjid untuk bersolat secara duduk. bahkan, jika anda penat kerana imam membaca ayat Al-Quran yang terlalu panjang maka, anda juga boleh duduk disini.. (untuk solat sunat sahaja).

itulah sebahagian dari gambar-gambar yang saya mampu untuk upload dan kongsikan bersama ibu dan sahabat-sahabat di Malaysia..saya memohon maaf jika gambar tidak jelas kerana gambar-gambar ini diambil melalui kamera hp saya yang amat dhaif lagi kurang berkualiti .

semoga Tarawikh kita diterima oleh Allah SWT sepertimana yang disebut oleh Nabi SAW:

“Barangsiapa mendirikan shalat malam di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. ”

(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

sekian, selamat hari raya.. :)