muhasabah Akal digunakan untuk menerima nasihat, terimalah sebaik mungkin..

Kadangkala, kita banyak melihat kesalahan milik pihak lain, tetapi kita buta dengan kesalahan milik kita, kita mungkin seorang yang pandai berkata-kata, namun seringkali kita alpa dengan kesan pada kata-kata kita…bagaikan seorang pemuda yang memakai kaca mata, beliau melihat rumah, pokok dan gunung ..tetapi, beliau tidak melihat cermin yang ada didepannya..

Setelah pulang dari kedai buku berdekatan, saya membelek-belek buku yang baru dibeli bertajuk " فن التعامل مع الناس " - Seni Pergaulan Dengan Manusia- salah satu karya Dr Muhammad bin Abdur Rahmad al-Arifi.

Niat membelek pada asalnya berubah minat dan membaca penuh teliti..sehelai demi sehelai saya amati, tulisan beliau berjaya menambat hati saya…

Tiba-tiba,,, saya terkesima apabila membaca di halaman 27,,, Dr Muhammad menceritakan kisah seorang lelaki yang diseru untuk bersolat oleh dua jenis orang pendakwah pada dua situasi..

……………………………

Situasi pertama ( Azan zohor telah dikumandangkan dan sebentar lagi solat akan didirikan)

Kelihatan seorang lelaki yang berada disebelah masjid sedang sibuk mengaut keuntungan buah kurma yang telah lebat dan masak.

Pendakwah 1 : Auzubillah.. wahai fulan, sampai tahap ini kamu menyamakan agama Allah dengan buah-buahan kurma kamu!.. kamu ni sudah berada dekat dengan masjid, dan imam akan mendirikan solat sebentar lagi..

Lelaki itu marah dan tidak menghiraukan kata-kata pendakwah 1, lalu pendakwah 1 bercakap lagi;

Pendakwah 1 : adakah kamu tidak mendengar azan?!

Fulan; ya! Aku dengar!

setelah mendengar penjelasan ringkas dan tidak sopan dari lelaki itu, pendakwah 1 naik berang..

Pendakwah 1 : turun kamu dari atas pokok itu, wahai keldai!!

Fulan; kamu kata aku keldai yer? Maka aku akan tunjukkan, macammana perangai keldai..

Lalu dia mengambil sarang lebah dan mengacukan kepada pendakwah 1 dan lintang pukanglah pendakwah 1 berlari…setelah itu, si fulan pun balik kerumahnya dan tidur selama sejam atau sejam setengah.

 

Situasi kedua, (setelah merasakan kemarahannya reda, si fulan pergi semula ke kebun kurmanya untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang dilakukannya tadi, ketika sibuk mengaut keuntungan kurma, azan asar pun berkumandang sehingga selesai..)

Pendakwah 2 : Asalamualaikum …

Fulan : waalaikumussalam (dia terus sibuk dengan kurmanya)

Pendakwah 2: nampaknya, bulan ini anda mendapatkan hasil yang baik ya..

Fulan : Alhamdulillah..

Pendakwah 2: Allah sedang memberkatimu, memberi ganjaran dan rezeki padamu .. semoga Allah memberkati juga keturunanmu, keluargamu, dan melimpahkan sebanyak-banyak pahala untukmu!

Fulan; semoga Allah memberikan ianya lebih baik padamu Amin! Amin!

Pendakwah 2: semoga Allah lebih melimpahkan kejayaan perniagaan padamu.. err… dalam kepanasan dan kepenatan yang anda rasai pada petang ini, mungkin anda tidak perasan bahawa sebentar tadi azan telah dikumandangkan, dan sebentar lagi pula, solat asar akan didirikan..

Fulan ; semoga Allah melimpahkan pahala untukmu! Sungguh! Aku baru merasai mahu bersolat setelah kehadiranmu, sesungguhnya, kamu amat berbeza dengan orang yang datang kepadaku pada waktu zohor tadi,, dia memanggiku keldai dan aku membalasnya dengan lebah..

Lalu mereka berdua berjalan bersama menuju ke masjid..

……………………………….

 

Kisah ini menginsafkan diri saya apabila mengenangkan diri ini selalu menegur tingkah laku manusia, namun , saya tidak dapat menilik, saya didalam kategori yang mana satu.. adakah saya jenis yang tergesa-gesa didalam dakwah, ataupun jenis yang bijak dan bersabar.

Didalam Drama Ketika Cinta Bertasbih episode ke 50, Ana althafunnisa` menasihati suaminya Khairul Azzam ketika Azzam dalam keadaan lemah semangatnya menghadapi ujian yang sedang menimpa mereka sekeluarga;

" mas Azzam, kita ini bukan anak kecil yang masih mencuba, ketika kita yakin,apa yang dilakukan adalah benar , mas ingat, bahkan Nabi Ibrahim AS saja tidak ragu untuk memecahkan berhala, tidak ragu meletakkan anak dan isterinya ditengah sahara, mengapa mas azzam tiba-tiba ragu? Bukankah kita mengetahui,bahawa secara syariat dan akal sihat, apa yang kita lakukan itu adalah baik mas, kita tidak menyakiti hati siapapun,ingat kata-kata imam syafie mas,,;

Redhannas, Ghayatun la tudrak… kerelaan seluruh umat manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah tercapai.."

Hati mula berzikir , mulut menutur istighfar …

Saya cukup merasa bertuah apabila ada sahabat yang sudi menegur kesilapan diri ini, sungguh.. saya merasa bahang ukhuwah dan kasih sayang itu kian mekar apabila teguran itu disampaikan pula kepada saya….hembusan cinta yang mendalam sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang lain , membuatkan saya bangun dari lena, dan menilai penuh erti…

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam  (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

Bahawa sesungguhnya, setiap nasihat dan teguran yang saya sampaikan, bukanlah berniat menjatuhkan maruah kalian, atau sesiapa, bahkan tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berbuat demikian, saya punya prinsip yang kekal sehingga kini….

Membenci perbuatan keji, mencintai jiwa-jiwa ummah…jika anda membuat salah, akan saya tegur, tapi ia tidak bermakna, hembusan cinta saya pada anda hambar atau tidak bermaya, bahkan.. ia adalah lebih hebat dari hembusan sepoi yang bisa menenangkan jiwa, meluruskan amal dan mentarbiah lubuk hati..

Saya tidaklah lebih baik dari kalian, bukan cuba mendabik dada, bukan juga menilai diri hebat!, saya juga manusia yang tidak lepas dari kesalahan dan kesilapan… bukankah Nabi SAW pernah bersabda; Kullubni Adam, Khattaun, wa Khairul Khatain, AT-TAWABUN… semua anak Adam, melakukan kesilapan, tetapi yang terbaik dikalangan mereka adalah yang berTAUBAT… semoga saya dibukakan hati, dicerahkan akal serta mendapat hidayah yang benar-benar dari Allah SWT…

melihat ke langit dan berbisik….. “rupanya,,, aku juga manusia..”