alamSulaiman memohon: "Wahai Tuhanku, Ampunilah kesilapanku, kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tiada taranya dan tiada siapapun yang akan melibihiku dikemudian hari, sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpahkan kurniaan.."

Shaad; 35

Nabi Sulaiman bin Nabi Daud Alaihimasalam..

Sebuah nama agung dipersada sejarah, bibir-bibir mulia sentiasa berbicara tentangnya, Al-Quran pula menutur nama itu berulang-ulang kali… baginda merupakan seorang nabi, juga seorang raja yang agung dan mempunyai banyak kelebihan yang tiada taranya, bahkan sehingga kini, tiada siapapun yang bisa melampaui kerajaan yang pernah diperintah olehnya, jika nabi Daud AS bapanya merupakan raja yang bisa bertasbih bersama-sama pohonan dan juga haiwan yang berkongsi hirup cinta ilahi, baginda Sulaiman AS pula mendapat kurniaan kelebihan yang lebih banyak…

Aingin bertiup mengikut arah yang dikehendakinya,Tenteranya melimpah ruah, Jin dan syaitan tunduk dan takut dibawah lembayungnya,Khazanah alam , melimpah dari perut lautan dengan telunjuknya , Bahkan, baginda dapat bertutur dan memahami bahasa haiwan dan unggas..

Bukankah ianya mukjizat yang agung?semuanya tunduk tanpa berpaling…

P ersoalannya, mengapa dan kenapa kelebihan yang hebat ini tidak diberikan kepada Nabi SAW?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin ramai yang mula menjawab dan memberikan pandangan difikiran masing-masing, tetapi , saya ada jawapan yang mungkin sama, atau jauh berbeza dengan kalian..

Setiap nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT, adalah khusus untuk satu kaum sahaja dan tidak pada kaum yang lain, namun, perkara ini berbeza dengan keadaan Nabi Muhammad SAW yang menanggung tanggungjawab dakwah umum untuk seluruh alam.. samada baginda masih hidup, ataupun sesudah kewafatannya..

Dengan demikian, kita akan mendapat satu gambaran yang jelas.. gambarannya begini..

JIKA.. Rasulullah SAW mendapat kelebihan seperti nabi Sulaiman AS, maka, baginda hanya mampu meyakinkan manusia yang hidup dizaman baginda tentang kebenaran dakwah yang dibawa oleh baginda , tetapi tidak kepada yang hidup sesudahnya, contoh yang amat dekat adalah nabi Isa AS, Baginda dapat menyembuhkan orang sakit, menghidupkan orang yang telah mati (dengan izin Allah ) dan sebagainya.. itulah yang menjadi kebanggaan kepada 'pengikut' agama baginda (kristien), namun amat menyedihkan apabila para pengikut ini tidak dapat berbuat sepertimana yang dilakukan oleh nabi Isa AS , Mereka tidak mampu memperteguhkan dakwah Nabi isa as tanpa mendapat apa-apa kelebihan mukjizat mahupun karamah…bukankah ini menjadi keraguan kepada ajaran mereka?

Allah SWT telah mengurniakan mukjizat Al-Quran kepada nabi Muhammad saw dan umatnya, kitab itu telah ada dizaman Rasulullah saw, dan ada juga dizaman ini bahkan, ianya digunakan, tanpa dimansuhkan , maka tidak mustahil untuk para pengikut nabi Muhammad SAW menunjukkan bukti kebenaran agama islam..

JIKA Nabi saw diberi kelebihan seperti nabi Sulaiman AS, pastinya para pendakwah selepas kewafatan baginda akan mengalami berbagai masalah.. mereka bukanlah nabi yang mampu menerima mukjizat, mereka bukan juga wali yang sentiasa menerima karamah.. mereka hanya insan biasa yang kadangkala tersilap dan tersalah…

JIKA dahulu, kebenaran seorang nabi diketahui melalui mukjizat fizikal yang ada pada diri mereka, Tidak kepada nabi Muhammad saw, beliau diberi mukjizat ilmiah yang boleh dipakai sepanjang zaman.. tersangat fleksibel dan logikal.. hanya yang bijak sahaja yang akan menerima, malahan yang jahil terus menolak dengan memejamkan mata…

Tuntasnya, setiap para nabi dan rasul, diberikan kelebihan melalui perantaraan kebijaksanaan Allah SWT.. semuanya adalah untuk memartabatkan agama Allah SWT, oleh itu.. sebagai mukmin yang sentiasa menerima didikan dari Allah SWT, kita perlu melihat hikmah yang mendalam dari setiap kebijaksanaan tersebut dan menjadikan ia batu loncatan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pejuang..