whyKosong.

Bosan.

Ketika orang ramai sedang sibuk bergelak tawa bersama sanak saudara dirumah masing-masing, seorang gadis sunti melemparkan pandangannya ke jendela, mengenang nasib diri yang tidak bahagia seperti orang lain.

Semalam, ibunya menasihatkan sesuatu padanya, namun nasihat itu dirasakan tidak patut dan lansung tidak releven dengan trend masa kini.

"siti, mak dah kata.. siti janganlah keluar lagi dengan si mamat tue, dia bukan muhrim siti.. mak tahu, mak tak belajar tinggi-tinggi macam siti, tapi mak sayang anak mak sorang ni, siti… mak malu bila pak ngah , mak long, nenek joyah dan orang-orang kampung bercerita tentang anak harapan mak ni… siti, sitilah harapan terakhir mak, abang long dan kak ngah siti dah kawin, mereka dah berpunya… tapi siti masih dalam jagaan mak,, janganlah siti keluar lagi dengan mamat tu ye…."

"alah mak ni!! Siti bukan buat apa pon dengan mamat! Kami keluar jer, makan satay kajang , bukan kami buat maksiat macam orang lain! Lagipun, baru dua kali kami keluar, mak , zaman mak dulu boleh la, kawin tanpa kenal dahulu, tapi zaman sekarang di berubah mak! Zaman sekarang, orang dah pandai, kena nilai dulu… kami dah tak mahu jadi macam orang dulu-dulu, kuno!! "

"siti…mengucap nak.."

"alah mak pon tahu, kalau ikut cara dulu, semuanya tak betul! Tengoklah keluarga kita ni! Ayah ada bini baru, mak jalan cari kerja, saya pulak kena perap dalam rumah 24 jam! Totally macam neraka! saya nak bahagia dengan hidup ! Bebas!"

Lantas siti masuk kedalam biliknya dan menghempas pintu dengan kuat.

………………………………..

Bersalah,

Emosi,

Sikap siti terhadap nasihat lembut ibunya semalam membuatkan dirinya bersalah apabila tiba masa makan, ibunya memasakkan makanan seperti biasa namun ibunya tidak menyertai keluarga mereka makan bersama…

"……………aku seorang anak, bagaimana aku sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati ibuku..beliau telah bekorban sebanyaknya demiku…"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Itulah sedikit cerita yang ingin saya gambarkan bagaimana keadaan gadis pada masa kini, mereka mengejar mencari kebahagian yang mereka sendiri tak mengerti..

Teguran si ibu adalah sebuah teguran yang menginginkan kebahgiaan si anak, sejauh manakah pengertian "bahagia" yang kita fahami??

Seorang sahabat menulis diruang sosial, ;

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.",,

Ianya bagaikan seorang yang rabun berkaca mata.. dia melihat kereta, gunung, bagunan dan segalanya,, tetapi dia tidak melihat kaca matanya sendiri..

Kebahgiaan itu datang apabila kita sanggup menerima segala yang berada dissekeliling kita dengan positif dan berhati terbuka.

Orang mukmin pula, bukanlah seorang yang lemah dan tidak bermaya, mereka kuat menerima apa jua dugaan dalam kehidupan…

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, seluruh urusan, baik baginya. Hal itu tidak akan dimiliki oleh seseorang, kecuali bagi seorang mukmin. Bila dia memperoleh kegembiraan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya.Namun bila dia tertimpa penderitaan, dia sabar dan itu juga kebaikan baginya”. (HR. Muslim)."

p/s; tajuk ini adalah status FB yang saya pinjam dari kawan saya, diharapkan memberi manfaat.