fantasy-planets-1024x768 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam  (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

Tanggal 1 september merupakan sebuah titik pemula sebuah sejarah kelahiran seorang sahabat yang amat aku senangi dan amat rapat sejak dahulu lagi..

Kami bersahabat sejak dari sekolah rendah lagi, selalu stady bersama-sama, kelas juga sama namun dia lebih pandai , lebih cerdik dan cerdas berbanding aku.

Kehidupan keluarga kami berdua amat berbeza,,, keluargaku kadang-kadang terpaksa mengikat perut akibat ketiadaan makanan dirumah, namun keluarganya sentiasa berada dalam keadaan kesenangan..

Tapi, dia bukanlah seorang yang berbangga dengan kesenangan.. bahkan keluarganya juga begitu..

Banyak kali juga keluarganya menolong dan membantuku dalam soal kewangan.. masih aku ingat ,, boleh dikatakan setiap kali aku keluar belajar bersamanya pasti aku akan dapat makan sesuatu yang tak mampu aku beli..

Pernah Sekali ketika stady untuk UPSR, kami belajar dipelantar rumahku bersama rakan-rakan lain, datang mak cik jual kueh mueh.. lalu aku pun menelan air liur kelaparan akibat teringin mengecapi nikmat ais krim kacang 20sen, tapi aku tak mampu nak beli sebab memang tiada duit dikocek mahupun ditabungan tapi tiba-tiba rahmat tuhan datang apabila dia mengeluarkan wangnya untuk membelanjaku …

Pernah juga kali yang lain, ketika kami belajar bersama sebelum mengambil peperiksaan SPM,, di perpustakaan desa seberang ramai, aku dibelanja makan pasembor yang enak dan lazat sekali.. harganya mungkin RM2.50 tetapi ianya terlalu mahal buatku..

Keluarganya juga baik,,, setiapkali aku dapat peluang bercuti dikampung, pastinya mereka akan memanggilku berkunjung kerumah mereka dan akan diberi zakat…

Kebaikan mereka berterusan sehingga aku mendapat keputusan yang agak baik dan bercadang melanjutkan pelajaran ke mesir..

2 hari sebelum bertolak ke mesir, aku berkunjung kerumah mereka bagi menyatakan hasrat ke mesir dan sebenarnya.. perkara lebih besar ingin aku nyatakan adalah .. ucapan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku ,,,, khususnya ibunya yang banyak memberi bantuan kewangan dan motivasi dalam diriku.. jujur, kedatangan aku pada hari tersebut adalah semata-mata untuk mengucapkan terima kasih…

Namun hari berikutnya, mereka datang kerumahku dengan membawa sedikit bantuan kewangan dan nyataan sokongan yang hebat padaku…

Siapalah aku jika tidak terharu dengan usaha mereka tersebut?

Kenangan ketika bersama-sama di kelas 6 Bestari juga telah membuatku tersenyum panjang..

Aku punya seorang kawan yang lain bernama Hafifi, dia agak nakal di sekolah dahulu namun sekarang amat baik sekali..

Ketika aku belajar dikelas , hafifi menunjukkan muka tidak berpuas hati diluar kelas kerana kelasnya bersebelahan dengan kelasku, setelah pulang dari sekolah, dia mencabarku untuk bertumbuk dengannya kerana tidak berpuas hati dengan kelakuanku yang terlalu rapat dengan sahabatku ..

Bahkan, aku pernah mendapat ancaman dari seorang senior ketika aku darjah lima supaya tidak lagi mendekati dan belajar bersama-sama dengan sahabatku itu..

Kenangan ketika sama-sama stady untuk PMR juga mengamit hatiku apabila terkenang bondaku memberitahu bahawa kami mempunyai hubungan dua pupu … sungguh indah persahabatan itu..

Sahabatku..

Aku masih ingat dan simpan tulisanmu tentang lagu memori perpisahan…

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Ya.. sahabat, kau telah menjadi sebahagian dari doa-doaku dan juga telah menjadi sebahagian dari diriku…

Aku sedar, hubungan kita adalah hubungan sahabat yang tak akan pernah bertukar dan berubah.. kau mengajarku bagaimana bersahabat dan berpegang teguh dengan persahabatan..

1 september telah menggenapkan usiamu 21 tahun, semoga dengan panjangnya umurmu, tertingkat juga amalan dan taqwamu kepada Allah SWT..

Sahabat.. jangan pernah sekalipun kau berduka dan bersedih dengan apa yang menimpamu, mungkin ianya adalah ujian yang Allah berikan padamu untuk mengujimu sebelum diberi sebuah perkara yang lebih baik..

Sahabat.. aku sering bertanya soal cita-cita padamu, tapi kau masih kabur dengan cita-citamu…

Aku berharap, kau lebih bercita-cita setelah menjangkau usia 21 tahun ini..

Dan ingatlah sahabat.. cita-cita itu bukan hanya untuk dirimu, tetapi tetapkanlah ia juga untuk keluarga, agama dan umah ini..

Sahabat, sungguh engkau amat aku hargai….