sukses

Barangsiapa yang menempuh satu perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWT akan mempermudahkan perjalanannya ke syurga..

-Hadis Muslim 2699

Seorang pelajar yang berada didalam ketegori beriman dan berpegang teguh dengan agama Islam sepatutnya menjadikan hadis diatas sebagai motivasi utamanya untuk mencapai sebuah kejayaan yang hakiki. Kejayaan yang dimaksudkan adalah, kejayaan mendapatkan syurga di akhirat kelak.

Para Sahabat Nabi Radhiaallahuanhum dahulu, amat gembira dan teruja apabila mendapat hembusan berita akan dihadiahkan syurga jika melakukan ini dan itu,, bahkan mereka sanggup menyerahkan anak-anak, harta benda bahkan nyawa dan kehidupan mereka hanya semata-mata untuk mencapai ganjaran manis tersebut..oleh itu, tidak hairanlah sejarah menukilkan nama-nama mereka sebagai pejuang hakiki yang gagah dan berani mempertahankan kebenaran tanpa tolak bandingan.

SYURGA berjaya memotivasi dan meransang mereka dengan begitu ajaib sekali!!

Persoalannya, bagaimanakah pula kita? Dimanakah keghairahan kita kepada syurga? Dimana impian kita menuruti generasi pertama yang mendapat pujian Allah dalam ayat 110 surah Ali-Imran?dan apakah kondisi kita bila mendengar ganjaran syurga yang dilaungkan kepada kita berkali-kali?

Sebagai penuntut ilmu, kita semestinya melakukan apa sahaja untuk mendapat syurga, kita sepatutnya menuruti para sahabat kerana kita mendapat janji ganjaran yang sama dengan mereka..

Para ulamak terdahulu, kebanyakan mereka tidak berada didalam medan pertempuran jihad senjata, tiada juga dalam bidang ekonomi dan kemodenan, tetapi mereka cemerlang kerana khazanah keilmuan mereka yang menjadi sumber rujukan dalam mempertahankan agama Allah SWT ini… sehinggakan, kita amat mengangumi mereka bahkan menyanjungi mereka tanpa walau sekali kita pernah melihat susuk tubuh mereka.. mereka amat komited menjadikan syurga sebagai motivasi terbesar dalam perjuangan sehinggakan setiap tinta mereka mempunyai siulan merdu cinta kebun-kebun syurga..

Oleh demikian, penuntut ilmu tidak boleh berlengah dalam menuntut ilmu, kita sepatutnya berusaha dengan bersungguh-sungguh, tekun dan amanah supaya ganjaran syurga itu benar-benar akan kita miliki.. PASTI!

Syurga itu berada didepan mata para penuntut ilmu, maka, adakah kita masih lagi bertegas untuk malas ke sekolah, menghadiri kuliah,mendengar nasihat para guru dan sebagainya?

Tuntasnya, Syurga telah memotivasikan para sahabat, ulamak dan orang yang mendapat cetusan iman.. sekarang, mari kita jadikan syurga sebagai puncak motivasi kita!