hb Hari ini [ 22/10/2010 ]  merupakan hari ulang tahun kelahiran anak saudara saya dan juga bekas pelajar saya ketika mengajar sementara di sebuah sekolah agama di selagor satu ketika dahulu.

Semoga ulang tahun kelahiran yang mereka raikan pada hari ini membuahkan cinta dan cita-cita yang menggunung dan meninggi.

ECAH

Aisyah Jameelah binti Abdullah Sani merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Ibnu khaldun (SMIK), beliau merupakan seorang pelajar yang proaktif dan mempunyai jiwa yang besar dalam membuka minda mengetahui dan mencari keaslian agama dan menjauhkan diri dari masalah-masalah yang meruncing dalam kehidupan remaja Islam.

ECAH

Masih segar diingatan saya, Ecah (nama manjanya) pernah bertanya kepada saya :

"Ustaz, benarkah adanya Zina hati?"

Pada mulanya saya menjawab "setakat ini ana masih belum lagi jumpa nas yang mengatakan adanya zina hati.." kemudian, setelah saya menjumpai nas tentang adanya masalah zina hati, saya pun menerangkan semula kepada beliau ;

"sebelum ini ana katakan bahwa tiada nas yang mengatakan adanya zina hati tetapi baru-baru ini ana telah menjumpai sebuah hadis yang berbicara tentang soal ini :

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)"

Beliau telah berjaya menyelesaikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini, justeru, saya mengharapkan semoga Allah SWT memberkati usaha beliau dan menggolongkan beliau dalam kalangan senarai orang yang berjaya dan cemerlang didunia dan akhirat.

CT NOOR

Siti Noor Hashimah binti Hishamudin pula merupakan anak saudara saya yang amat saya kasih dan sayangi. Beliau juga merupakan pelajar tingkatan 5 di Maahad At-Tarbiah Al-Islamiah (MATRI), Perlis. Banyak kenangan indah kami kongsikan bersama selaku bapa dan anak saudara.

Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan kakak saya , kak Imah dan Abg Sham. Masih saya ingat, Kak Imah pernah berkata pada saya ketika saya di tingkatan 6 Khassah Matri :

"kak harap, Siti Noor dapat jadi anak yang solehah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya, akak tak dapat harap sapa-sapa lagi,,,"

Ya, sebenarnya, bukan hanya kak imah saja yang mengharapkan kejayaan Siti Noor tetapi saya dan saudara-saudara yang lain juga mengimpikan perkara tersebut.

Sebagai bapa saudara yang mengimpikan yan terbaik untuk anak saudaranya, saya mengharapkan beliau dapat berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan SPM yang akan berlansung tidak lama lagi.ct

CINTA DAN CITA-CITA

Mereka berdua merupakan dua insan yang berkongsi hari lahir yang sama, mempunyai keinginan yang sama…dan juga saya mengharapkan mereka mempunyai cinta dan cita-cita yang sama.

Umur remaja, merupakan umur mentah yang sering disalahgunakan oleh ramai pihak dan golongan. Bagaimana tidak, majoriti remaja islam jatuh kelembah cinta monyet @ cinta pura-pura sedangkan pada umur tersebut para remaja perlu bertukus lumus mengejar cinta Allahu Rabbul Izzati.

Remaja kini semakin hari semakin hilang jati diri muslim yang sebenar, maka kita perlu mengetahui bahwa kita berbeza dengan remaja-remaja lain, kerana apa?????

Kerana kita mendapat tarbiah!

Didikan yang menusuk dikalbu dan diterjemahkan dalam perbuatan.

Bahkan remaja perlu menjadikan cinta itu membuahkan cita-cita yang agung dan besar, cita-cita menjadikan Syurga sebagai tempat kembali dan Allah SWT menjadi aspek terpenting dalam seluruh kehidupan.

Akhirnya, saya mengaharapkan agar Siti Noor dan Ecah dapat Berjaya mencapai cita-cita yang mereka dambakan, bahkan dapat menjuruskan cinta remaja yang sebenar..ingatlah, jadikan ulangtahun kelahiran kalian sebagai permulaan hembusan cinta dan cita-cita agung dan tertinggi.

p/s:tiada hadiah istimewa dapat saya berikan kepada kalian berdua, anggaplah artikel ini sebagai hadiah paling berharga dari saya.