Header Ads

test

Berita Bergambar : Suasana Master al-Azhar

Ijazah Sarjana, Master!,

Ya, itulah impian saya yang ingin saya capai samada di Mesir ataupun di Malaysia… impian yang saya simpan sejak pertama kali menjejakkan kaki di Ma`ahad at-Tarbiah al-Islamiah (MATRI-PERLIS) 4 tahun lepas,

Mungkin ada yang mengatakan MUSTAHIL!!!, namun bagi saya, tiada yang mustahil jika kita mempunyai azam dan tekad yang tinggi dan besar, bahkan usaha ke-arah menggapai cita-cita itu berjalan dengan penuh kesungguhan..

Dua hari lepas, saya telah menghadiri sebuah Diskusi tesis terakhir ijazah sarjana (master) Universiti Al-Azhar di dewan Al-Azhar cawangan Dumyat..justeru, saya ingin berkongsi beberapa berita bergambar tentang hari berkenaan..

شهاب1140

tajuk tesis adalah ; Pegaruh syair Dr Jabir Qumaihah dalam kemajuan dunia Islam

شهاب1118 

Diskusi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof Dr Habib Asid Abu Jum`ahwakil Universiti Al-Azhar

 

شهاب1120

seterusnya Ustaz Amru Abdul Maula Ahmad Al-Haj Ali membuka tesisnya untuk didiskusikan para pendiskusi

شهاب1123

pendiskusi (pengkritik) pertama, Prof Dr Ahmad Fahmi Isa mula memberikan kritikan-kritikan tajam..beliau adalah pakar Pengajian Kesusasteraan Arab…oleh itu, tidak hairanlah kritikan beliau amat tajam dan tidak disangka-sangka, sehinggakan pemilik tesis kadangkala terkesima dengan kritikan Prof Dr Isa..sesi kritikan bersama beliau berlansung selama 2jam!,

شهاب1138

pendiskusi kedua, Prof Dr Muhammad Hamid Syarif yang merupakan pakar dalam kesusteraan arab dan kritikan memulakan sesi diskusinya selama 1jam, beliau merupakan Rektor Kuliah Al-Azhar  cawangan Dumyat. kritikan beliau  nampak lembut dan bersahaja, tapi jika dilihat dari konteks kritikan, beliau mengkritik perkara yang sememangnya diabaikan oleh orang yang tidak pakar dalam bidang kritikan.

شهاب1119

ini pula Dr Umar Abdul Aziz al-Husaini yang merupakan musyrif/guru pembantu kepada Ustaz Amru, beliau juga merupakan antara pakar dalam bidang kesusteraan dan kritikan.

شهاب1122

suasana ketika diskusi, wa….siap ada rekod !!

شهاب1130

Ahli keluarga ustaz Amru ramai yang datang, dari bayi sampailah datuk nenek beliau:) ----macammanalah kalau saya yang sedang membahas yer.. hehehe bawak sekampung!

شهاب1144

ketua pendiskusi sedang mengumumkan keputusan…..masing-masing hadirin dan ustaz amru nampak berdebar….شهاب1145

dan keputusannya…MUMTAZ!!!

شهاب1153 شهاب1152

seluruh hadiri berbangga.. walaupun bukan mereka yang dapat MUMTAZ tu..hehehe

 

itulah sedikit lintas lansung pada hari berkenaan.. memang best! kalau nak lagi best,bercita-citalah untuk menjadi pembahas:)

1 comment:

  1. Anonymous5/16/2012

    assalamualaikum..bagaimana utk menyambung master ke azhar sedangkan sarjana muda di jordan?adakah layak?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.