Soalan : Apakah salah sekiranya beberapa kumpulan manusia memukul pencuri yang telah membunuh seorang perempuan mengandung dengan sengaja? Berikan ulasan…

Sebelum saya memberikan ulasan kepada permasalahan yang diberikan, saya akan menjawab soalan yang diberikan secara ringkas.

Perbuatan kumpulan tersebut adalah salah dari segi undang-undang syariah dan juga dari segi undang-undang keadilan sesama manusia. Dan perbuatan tersebut akan mengakibatkan setiap ahli kumpulan tersebut dikenakan hukuman dari pemerintah, kerana islam mementingkan keadilan dalam setiap hukuman yang dijalankan, bukan sahaja mangsa yang perlu menerima pembelaan keadilan , tetapi juga pelaku jenayah.

"islam tidak ditegakkan dengan emosi dan perasaan tidak berpuas hati, tetapi ditegakkan atas nama keadilan "

Ulasan :

Fighting_lDisiplin Mencegah Kemungkaran

Kemungkaran yang berleluasa dimuka bumi ini wajib dicegah dengan disiplin yang ketat, agar keadilan kepada semua pihak tercapai. Manusia sememangnya mempunyai nilai sensitiviti terhadap permasalahan yang mengakibatkan perasaan, seorang ibu yang sedang sarat mengandung sangat lemah dan tidak berdaya, namun diperlakukan teruk oleh seorang pencuri sehingga mengakibatkan nyawanya melayang.. Nampak tragis bukan? Namun islam tidak hanya memandang dengan sebelah mata, keadilan adalah segalanya didalam islam. Oleh itu, mangsa akan dibela oleh islam,bahkan pembunuh juga akan dipastikan menerima hukuman yang setimpalnya, tanpa menzalimi beliau sedikitpun.

"Sesungguhnya keadilan itu adalah antara nilai-nilai tertinggi dalam islam, kerana menegakkan kebenaran dan keadilan akan membawa kepada ketenangan , menyebarkan keamanan, dan memperkuatkan hubungan sesama manusia. Bahkan memperkuatkan lagi kepercayaan antara penghukum dan pesalah…"

(Said Sabiq RH ; Feqhus Sunnah)

Justeru, kita sebagai anggota masyarakat yang berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam perlu menjadikan diri kita berdisplin dalam mencegah kemungkaran..

Lihat hadis yang biasa diperdengar pada kita ini..

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم

Daripada Abi Said Al-Khudri RA berkata : aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka wajib baginya untuk mencegah dengan tangannya, jika beliau tidak mampu, maka cegahlah dengan kata-katanya, jika beliau tidak mampu juga, maka cegahlah dengan hatinya(membenci), sesungguhnya mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman.

[Hadis riwayat Imam Muslim ; kitabul iman ]

Hadis ini menunjukkan bukti bahawa , dengan apa cara sekalipun, kemungkaran perlu dicegah dan kebenaran perlu ditegakkan! , namun adakah kita hanya mendengar hadis ini tanpa mendengar ulasan terhadap hadis yang digembar-gemburkan?

Tugasan mencegah kemungkaran dengan hati/ perasaan benci dan ucapan lisan/ kata-kata seperti berunding dengan orang berkaitan, menulis dengan menyatakan kebenaran tanpa diselaputi fitnah dan pembohongan tidak menjadi masalah jika dilakukan oleh individu mahupun kumpulan tertentu..

Tetapi masalah yang besar akan berlaku apabila pencegahan yang hendak dilakukan melibatkan anggota badan seperti tangan atau anggota zahir yang lain, kerana ianya diterjemahkan sebagai "kuasa pemerintahan", justeru, seorang yang hendak membela dengan melibatkan anggota badan perlu menerima tauliah / kebenaran dari pemerintah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Oleh itu, hukuman kepada pesalah tidak boleh dijatuhkah dengan sewenang-wenangnya, ianya perlu melalui perantaraan pemerintah, ianya adalah urusan khusus pemerintah.

Said Sabiq RH berkata :

Barangsiapa yang bukan dari kalangan ahli hukum maka diharamkan baginya untuk menjalankan hukuman, jika beliau mejalankan juga hukuman tersebut, beliau akan mendapat dosa, tanpa mengira status hukuman tersebut tepat dari hukum syarak ataupun tidak.

(Feqh Sunnah : bab Qudha` )

Begitu juga dengan hal pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut, mereka menjalankan hukuman , sedangkan mereka tidak layak menjalankkannnya, bahkan, mereka telah mendapat dosa dari perlakuan tersebut.

Tuntasnya, kita perlu berdisiplin dalam melakukan sebarang tindakan, samada tindakan tersebut berkaitan dengan individu mahupun kumpulan tertentu. Semoga, dengan usaha kita berusaha memahami islam dengan kefahaman yang betul dan tepat, Islam dapat disebarkan dengan seluas-luasnya keseluruh pelusuk alam.