exam Saya pernah menjadi calon peperiksaan SPM pada tahun 2006..memori di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) sentiasa kuat diigatan saya hingga kini..

Bersama-sama berusaha dengan rakan-rakan, saling bantu membantu antara satu sama lain untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, guru-guru tak letih memberi pertolongan dan dorongan dan segala-galanya amat indah bila dikenangkan..

Tetapi, segalanya hanya berlalu tanpa dinilai dengan nilaian sebenar seorang pelajar pada ketika itu..

Saya bukanlah pelajar terbaik ketika disekolah dahulu , bahkan pernah mendapat keputusan ke-2/ke-3 tercorot.. namun saya merupakan seorang pelajar yang kuat semangat dalam "bermimpikan" cita-cita..

Saya dan kawan-kawan berusaha untuk mendapat tempat pertama ataupun A1 diperingkat SPM, bercita-cita menggapai impian dan cita-cita yang tak pasti dan penuh dengan angan-angan…

Namun, apabila keputusan diumumkan, ramai yang tidak mendapat seperti apa yang mereka bayangkan… kemudian saya terdetik bertanya…. "punahkah cita-citaku???"

Cita-cita

Sejak dari kecil lagi, saya telah mula menyimpan cita-cita menjadi seorang Doktor perubatan, sehinggakan saya sanggup mengambil risiko menonton televisyen dengan jarak dekat oleh kerana majority doktor rabun dan memakain cermin mata… akhirnya, saya BERJAYA memakai cermin mata..:)

Kemudian, saya meneruskan lagi usaha, setelah mendapat sedikit keputusan yang melayakkan saya memasuki kelas aliran sains, saya mencuba dengan segala upaya, walaupun saya sedar.. kemampuan saya dalam bidang sains amat lemah namun saya teruskan usaha untuk mencapai cita-cita saya…

Saya berusaha bersungguh-sungguh mendalami ilmu, namun mungkin ianya belum menjadi milik saya… dan keputusan yang saya dapati ktika SPM tidak melayakkan saya menjadi seorang doktor..

Maka, saya mula berfikir…..

Apakah tujuan aku belajar selama 11 tahun?.. jika tujuanku untuk menjadi seorang doktor, maka.. aku sedang berada didalam jurang kegagalan dalam impian……tapi.. apakah tujuanku sebenar….???.. aku perlu berubah dalam menentukan tujuan!!

Kini…

Kini.. saya telah bergelar mahasiswa kuliah syariah islamiah tahun 2, university al-azhar, mesir… agak berbeza dari impian saya sejak kecil.. namun kini saya tidak lagi ghairah kepada kerjaya.. namun saya ghairah kepada keilmuan….oleh itu, saya mempelajari bidang ini dengan bersungguh-sungguh atas nama keihkhlasan menuntuk ilmu.... keihlasan yang terbina atas kefahaman,

"Menuntut ilmu dan menjalani kehidupan sebagai seorang hamba yang sentiasa patuh untuk menjadi Muslim Mukmin yang Berjaya didunia dan akhirat"

Saya masih menaruh impian menjadi seorang doktor, tetapi mungkin ianya telah diubah kepada doktor falsafah (PhD)..:) dan saya merasai lebih bersemangat dengan tujuan yang baru dan saya yakin, inilah tujuang sebenar seorang penuntut ilmu!

Adikku dan anak saudaraku..student

Pada tahun ini, adik saya, Mohd Al-Fateh dan anak saudara saya Siti Nur Hashimah akan menduduki peperiksaan SPM… oleh itu, saya amat mengharapkan mereka tidak salah dalam memilih tujuan, dan pastikan kejayaan berada ditangan kita… usahalah selagimana mampu… jangan sesekali berhenti berusaha dan tawakkal.. kerana tawakkal itulah punca kekuatan kita….

Mungkin kita bukan pelajar terbaik, dan mungkin juga kita pelajar yang tercorot.. tapi kita bukanlah pelajar yang tidak mampu melangkah! Teruskan melangkah! Pecutkanlah usahamu selari dengan mereka yang cerdik pandai…

"Siti dan Fateh, abg mempunyai harapan yang besar untuk anda berdua… ingatlah sejarah kita, kita bukanlah dari keluarga yang kaya raya, kita sering dibantu oleh orang ramai.. oleh itu, kita tidak ada pilihan selain berusaha bersungguh-sungguh… kenanglah ibu dan ayah disetiap langkahmu.. pasti anda berdua akan lebih mampu bangkit untuk terus berjuang..

Mungkin ramai menjanjikan hadiah yang mahal-mahal jika anda Berjaya,, tetapi abang tak mampu menjanjikan apa-apa selain sentiasa akan menjadi pendokong dan penyokong kalian …..

Salam success buat kalian!"

p/s: cadangan bacaan untuk calon SPM;