hari ini merupakan Hari Sambutan AidilAdha bagi tahun 2010 di tanah arab, kalau kat Malaysia pula, mereka akan mula meraikannya pada hari esok.. disini, saya hanya ingin berkongsi gambaran beraya AidilAdha dibumi mesir…

sekitar jam 6.30 pagi, solat Aidil adha telah mula didirikan, memang agak awal, sekitar satu jam selepas waktu syuruk… kemudian , masing-masing mula mencari unta, lembu, kambing atau khuruf untuk dikorbankan…

Tahun ini, warga dumyat sungguh ceria sekali sebab ada seekor unta, 4 ekor kambing dan 2 ekor khuruf akan dikorbankan… memang sakan la..haha.. unta itu adalah sumbangan dari rakyat malaysia…sumbangan akikah, dan seekor kambing pula atas nama nazar dan yang lain-lain pula sememangnya untuk dikorbankan..

شهاب1183

segak bergaya bersama unta yang menanti masa untuk dikorbankan..

شهاب1181 شهاب1180 inilah kambing dan khuruf yang nakal-nakal belaka.. hahaشهاب1177

inilah rakan-rakan warga dumyat yang mengambil kesempatan bergambar bersama unta..haha

شهاب1191

proses menanggalkan baju kambing…

sebenarnya, banyak lagi gambar-gambar yang saya mahu kongsikan.. seperti masa melapah unta ,kambing dan lain-lain…tapi memandangkan warga dumyat tidaklah ramai, sekitar 50 orang sahaja yang tinggal , oleh itu,datas kesibukkan,,maka gambar-gambar lain tidak sempat diambil :)

dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Salam AidilAdha kepada ahli keluarga di Malaysia, kawan-kawan dan siapa sahaja yang mengenali diri ini.. semoga sambutan AidilAdha pada kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih hebat berkorban demi Agama Islam tercinta..

p/s; sekadar berkongsi, maaf jika tidak ada apa-apa perkongsian tarbawi yang menarik:)