Kadangkala.. kita seringkali menggungkapkan kata kasih dan sayang, bahkan mungkin juga ada yang pernah mengucapkan kata-kata setia hingga ke mati!! Namun adakah ianya benar-benar berlaku dalam dunia reality kini?? Bart-and-his-friend-Milhouse

Mungkin kata-kata indah tersebut hanya dirasakan layak di “jual beli” kepada pasangan couple, persoalannya…., adakah kata2 indah itu pernah terlontar kepada sesusuk tubuh bernama sahabat?

Sahabat-sahabat.. Aku tertarik untuk berkongsi satu kata-kata indah bersama kalian,..sebuah sedutan Khutbah yang disampaikan oleh Dr Aid` Al-Qarni , penulis buku “La Tahzan” :

“Wahai manusia…Sesungguhnya daripada matlamat islam adalah, islam mahu menyatukan hati-hati kita,menyatukan barisan-barisan kita, dan mahu membuang penghalang diantara kita, jika kita tidak menyempurnakan matlamat tersebut, ketahuilah bahawa kita hanya memakai “nama” islam sedangkan kita tidak berada dijalannya, kita tidak merasa bangga dengannya .. Allah SWT bersabda : dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati-hati mereka (yang beriman itu). walaupun engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati-hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.-Al Anfal ;63 “

Mungkin ada dikalangan kita yang sedang membaca artikel ini pernah terluka atas pengkhianatan sebentuk objek bernama “kawan”.. dan mungkin juga pernah terluka kerana tertimpa beberapa kemalangan yang membuatkan dirinya derit dan sebagainya…. Apakah imbalan yang diterima dek kemalangan?

Sakit.

Ya! Sahabat-sahabatku.. Itulah yang kini dideritai oleh seorang sahabat yang amat kita kasih dan sayang, Nur Arina Muhammad Shapii.. setelah 5 bulan menderitai kesakitan tulang belakang,kini beliau telah mula mengalami kesukaran untuk berjalan..

Ketika artikel ini ditulis, aku masih lagi berbual dengan arina, sejak pada jam 8;17 malam lagi waktu Mesir , dan pukul 2;17 pagi waktu Malaysia-(sekarang dah pukul 10:00 malam) , kerana dia tak boleh tidur sebab sedang menahan kesakitan…

Budin: “ko pernah jumpa doctor?”

Arina: “aku dah g hospital pakar, tapi doctor kata xda pape”

Budin: “habis tue…., apa aku boleh buat?”

Arina: “aku nk mintk tlg ko n kwn2 len doakn aku cpt sembuh”

Sayu.

Perlahan aku menjawap…. “Arina, teruskan usaha mencari jalan penyembuhan! Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT dan tingkatkan motivasi ko! Aku dan kawan-kawan sentiasa akan mendoakan kesihatan ko..dan akan sentiasa berdiri membantu ko selagimana kami mampu!!”

arina

Mungkin kita berada jauh dihujung dunia, dan bertahun-tahun tak ketemu beliau.. tapi kita perlu sedar satu perkara :

Nun disatu dimensi alam….., ada seseorang yang sedang menderita dan memohon pertolongan kita untuk mendoakannya…..maka, adakah kita hanya akan membatu?

p/s:ini adalah artikel saya di blog ; WISESA