Bila disebutkan Asyura, pasti ada dikalangan pembaca akan terbayangkan sejenis bubur yang dinamakan “Asyura” yang dimasak oleh beberapa orang pak cik atau makcik dan boleh didapti di masjid-masjid berdekatan,..

Ataupun, ada yang membayangkan rakan kelas mereka yang cantik dan jelita bernama “Asyura”…. herm, …asyura

Apakah itu Asyura ?

Asyura : adalah hari kesepuluh didalam bulan Muharram yang terdapat didalam Kalendar umat Islam, pada hari tersebut telah disunatkan oleh umat islam untuk berpuasa.

Ibnu Abbas RHM berkata :

"Nabi SAW tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asyura. Banginda bertanya:"Apa ini?" Mereka menjawab:"Sebuah hari yang baik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itutanda kesyukuran. Maka Rasulullah SAW bersabda :"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (Yahudi)”, maka Rasulullah SAW berpuasa dan menyuruh (umatnya) untuk berpuasa."

[Hadis riwayat Bukhari 2004 , Muslim 127]

Kelebihan puasa Asyura

Puasa asyura adalah adalah puasa yang dilakukan bagi menghormati dan bergembira atas terlepasnya nabi Musa AS dan pengikutnya dari ditangkap oleh musuh mereka (Firaun). Dan orang yang pertama sekali berpuasa pada hari ini adalah Nabi Musa AS sendiri ,sepertimana yang telah dijelaskan hadis diatas.

amat mengembirakan adalah puasa ini mempunyai kelebihan ; pengampunan dari dosa-dosa yang lepas!

Daripada Abi Qatadah RA berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

“Puasa Hari Arafah akan menghapuskan dosa-dosa dua tahun yang lepas dan akan datang, dan puasa hari Asyura pula menghapuskan dosa-dosa setahun yang lepas”

[Hadis Riwayat Muslim 197]

Cara-cara berpuasa

Jika hanya mahu berpuasa pada hari ke-10 sahaja tidak menjadi sebarang masalah, namun umat Islam disunatkan juga untuk berpuasa pada hari kesembilan dan kesebelas.

Hari kesembilan dinamakan Tasua, ianya dilakukan bagi membezakan antara puasa umat islam dengan puasa orang yahudi, kerana orang yahudi juga berpuasa pada hari ini.

Menurut mazhab syafie, jika puasa pada hari kesembilan tidak dapat dilakukan, maka sunat digantikan pada hari kesebelas, bahkan, Imam Syafie sendiri meenganjurkan puasa sebanyak tiga hari(9,10 dan 11) sepertimana yang terdapat didalam kitab ulung beliau Al-um.

Jom berdamping dengan “Asyura”!

Dengan penjelasan ringkas ini, penulis mengajak diri sendiri dan semua umat islam untuk bersama-sama kita berpuasa dan mengajak ramai lagi kenalan kita untuk mengikut sunnah Rasul yang mulia ini . Jom berdamping dengan “Asyura”!

puasa