Januari 2011 akan menemukan saya dan sahabat-sahabat Mahasiswa Universiti Al-Azhar dengan sebuah medan ujian yang amat mencabar ( Imtihan Tilmiz Awal ) … jika dibanding dengan ujian yang telah berlansung awal tahun ini dan pertengahannya, saya mendapati, peperiksaan universiti Al-Azhar bukanlah peperiksaan yang biasa, bahkan ianya penuh luar biasa!! exam

Sesiapa yang bermain-main dengan ujian ini, pastinya akan menanggung bahana “Mengulang Tahun”..pastinya memeritkan…

BERBEZA?

Ada dikalangan temat-teman saya mengatakan, peperiksaan universiti Al-Azhar tak sama dengan peperiksaan di Malaysia, sebab di Malaysia, kita dapat menjangka masa kita akan menghabiskan tempoh pengajian.. jika tempoh untuk suatu kos adalah 4tahun, nescaya akan tamat pada tempoh yang telah dijangkakan,..namun, ianya tidak berlaku di Al-Azhar, disamping terpaksa menempuh peperiksaan totally dalam bahasa arab, kami juga terpaksa menempuhi soalan peperiksaan yang amat mencabar, adakalanya, soalan yang dikeluarkan tidak terdapat didalam silibus buku kuliah. kpt

Saya tidak pasti dengan keadaan di Malaysia, adakah benar ataupun sebaliknya, hanya orang yang belajar disana sahaja yang mengetahuinya, namun.. saya merasakan sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam pemikiran mahasiswa, iaitu; membanding-bandingkan tempat pengajian.

Pada saya, walaupun anda belajar dimana-mana sahaja, anda akan tetap berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh.. kenapa? kerana Allah tidak akan mendiskrimasikan mana-mana pihak. bahkan,

Mungkinlah kurikulum berbeza, namun, dasar usaha tidak harus dibezakan…

RINTANGAN DITEMPUHI, TIADA PERUBAHAN

Amat tidak wajar apabila  kita merentasi benua, menyeberangI lautan melalui ruangan angkasa yang berkilo-kilometer jauhnya , mengharungi ribut pasir apabila musim berubah panas, dan menggigil-gigil  dek kerana kesejukan musim yang melampaui batas ketahanan fizikal rakyat nusantara .. aleh-aleh!!! mendapat pendidikan yang lansung tiada bezanya dengan negeri halaman kita…. !! cukup-cukup tidak wajar!!

Perbezaan itu pasti ada.. mahasiswa Al-Azhar, berhadapan 4 mata dengan penulis-penulis kitab dan pakar rujuk diseluruh dunia, Mahasiswa Al-Azhar perlu lebih berkualiti!! maka, kualiti menagih ribuan pengorbanan!!

camels_egypt

Bukannya berniat membezakan .. tetapi ianya sekadar pencerahan realiti.. mungkin saja, mahasiswa di Malaysia lebih berkualiti jika mereka mempunyai azam yang lebih tinggi dari pelajar Al-Azhar yang mempunyai “jiwa yang kecil ” walaupun bertubuh besar…

Bahkan, Setiap para duat perlu menjadi yang terbaik di institusi masing-masing!!

MOTIVASI DARI RASULULLAH SAW

sedarkah kita, didalam kitab yang teramat masyhur ; At-Targhib wat Tarhib , mempunyai sebuah bab yang dinamakan: Galakkan untuk mengembara dalam usaha menuntut ilmu .. didalam bab tersebut, ada sebuah hadis sahih yang disebutkan ;

Daripada Zir bin Hubaisy berkata ; aku telah datang kepada Sofwan bin Assal al-Murady RA, lalu dia bertanya : Apa yang membuatkan engkau datang kesini?, aku menjawab : untuk mencari ilmu, dia berkata : aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak ada orang yang keluar dari rumahnya demi mencari ilmu, kecuali malaikat menaunginya dengan sayapnya, kerana redha dengan apa yang dia lakukan”

[Diriwayatkan Oleh At-Turmizi dan disahihkan olehnya]

OTAK MELAYU

Persoalan yang boleh diujarkan adalah; kenapa realiti ini berlaku?

munkinkah ianya masalah penyakit OTAK! orang melayu yang beranggapan ; buatlah apa kaedah pon, orang melayu tetap sukar untuk berjaya?

owh !! ianya pemikiran kolot yang perlu dibuang jauh-jauh!!jika pemikiran begini masih beku difikiran kita, mak cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor dan katakan kepadanya ;

“Doktor! tolong tukarkan otak saya! saya tidak mahu berfikiran sebegini! saya tak mahu jadi kolot”

kita berjaya adalah atas usaha susah payah dan tawakal kita! oleh itu! gembelingkanlah usaha!!!

TERIMA KASIH

insyaAllah, saya akan menjalani peperiksaan fasa pertama pada 9 januari 2011, oleh itu, saya memohon doa dari para pembaca sekalian untuk mendoakan kejayaan saya,,, khususnya doa dari mak , ayah, keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan..

Hari ini, saya amat berterima kasih kepada Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana telah memberikan  saya sumbangan zakat fitrah bagi tahun 1431 H.. sesungguhnya , sumbangan tersebut amat bermakna dan memudahkan banyak urusan saya disini.. terima kasih banyak-banyak… Winking smile PMRAM

PESANAN

Kepada semua yang akan menjalani peperiksaan, saya menyeru, marilah sama-sama kita satukan hati, betulkan niat, dan perkasakan usaha, semoga kita semua akan menjengah pintu kejayaan dengan cemerlang.!