Setelah 3 hari mendiamkan diri dari dunia maya (bagi memberi laluan kepada persediaan peperiksaan fasa pertama 2011), hari ini saya mula membuka semula laman-laman utama Facebook. klik sana, klik sini… tiba-tiba terlihat sebuah paparan dihalaman rakan saya ketika disekolah dulu…

41780_342518339669_3793_n

Wah.. Kadet Bomba….

MENGIMBAS KENANGAN SILAM

Ketika ditingkatan satu, kekerdilan dan kecomelan saya amat terserlah ( hahahaha yerlah tue..) , tetapi semangat saya yang membara (fuh..berapi ayat..), telah melonjakkan keinginan saya untuk menyertai pasukan Kadet Polis, disebabkan terlalu ramai yang memohon untuk menjadi ahli pasukan kadet tersebut, maka sebuah latihan pemilihan telah dijalankan, dan tertanya saya amat bertuah sekali, kerana berjaya GAGAL dalam pemilihan tersebut Annoyed, dan terus diserap kedalam pasukan Kadet Bomba..

Permulaannya memang terasa amat-amat bengang, tapi… mengenangkan saya berada di Sekolah Menengah Agama.. maka, saya TERPAKSA-lah mengikhlaskan diri..

Syukur . Alhamdulillah.. setelah kemasukan saya dalam kadet bomba seawal tingkatan 1, saya telah bergerak aktif dengan penuh semangat sehingga ke tingkatan 5! dibawah kelolaan Ust Mohd Saadon Bin Dolah, sehingga ada yang menggosipkan.. ( cewah! )..

~ Budin Anak Ustaz Saadon! ~

hahahhaha, xkisahlah apa yang orang nak kata, tapi saya telah melakukan yang terbaik dalam kadet bomba… bayangkan!

  • Tingkatan 1:    Pemegang Sijil Asas  Kadet Bomba ( Tahap Cemerlang )
  • Tingkatan 2:    Pemegang Sijil Menengah  Kadet Bomba ( Tahap Cemerlang )
  • Tingkatan 3:    Pemegang Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
  • Tingkatan 4:    Pengerusi Kadet Bomba dan Penyelamat SMAKJ
  • Tingkatan 4 dan 5 :    Juara Kawad Hos Campuran Daerah Kluang

Bukan setakat itu sahaja, boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan oleh Bomba dan Penyelamat Malaysia, tak kiralah anjuran sekolah, Bomba cawangan Kluang mahupun cawangan negeri Johor.

163134_176165015737560_100000321893139_468046_5887319_n

Berbagai nostalgia yang tersimpan dalam kadet bomba…

Berkumpul dan mengumpulkan ahli setiap jam 4.30 untuk berkawad, makan malam lewat kerana asyik berprogram, dimarahi cikgu-cikgu @ ahli bomba kerana suara yang serak dan tersekat-sekat , berkawad ditengah terik mentari, memanjat gunung ganang dihujung minggu, berkemah bersama pelajar sekolah-sekolah lain ( dan hampir-hampir di takel oleh seorang budak pompuan sekolah sains kluang ..hehehe ), dan macam-macam lagi..

huhu sememang melayankan..  kui kui kui.. Smile 

SEMANGAT

Walaupun saya dipecat dari menjadi ketua pasukan kadet bomba pada tahun 2006, disebabkan tidak dapat menghadiri mensyuarat agung tahunan ..

~huhuhu tiket balik Perlis dah habis daa…~

saya tetap meneruskan komitmen saya terhadap kadet bomba. Walaupun pada permulaannnya agak kekok kerana selalunya saya yang mengarahkan orang, namun setelah dipecat, saya pula yang diarahkan…. tapi, saya mula memberikan kepatuhan kepada setiap arahan yang keluar dari ketua pasukan ..kerana saya ahli kadet bomba tegar!!

pride

setelah meninggalkan SMAKJ pada tahun 2006, saya telah menyertai PLKN pada tahun berikutnya, disana, sedikit kekekokkan pon tidak menggangu saya….

PLKNbomba-dscn5081

Pertengahan latihan, ( kira-kira bulan Februari 2007 ) , selaku ahli dalam pasukan ALPHA, kami diarahkan untuk melawat balai bomba kangar bagi memenuhi aturcara program kemasyarakatan.. disana, tangan saya mula gatal-gatal disebabkan telah lama tidak menyentuh peralatan kebombaan khususnya HOS!

didalam sesi penerangan, ketua unit bomba cawangan tersebut telah melontarkan pertanyaan :

“Siapa yang berminat menyertai Bomba?”

lantas saya mengangkat tangan!

~ tubuh saya masih comel dan kenit pada ketika itu, lalu diperlinya saya~

Tapi saya tidak menghiraukannya.. saya mencapai hos, dan mula mengetat-ngetatkannya…

Ketua Cawangan tadi datang dan mencabar saya.

fire-hose-assembly_l

“Hos ni beratnya 15 kg (agak jerk) , kalau awak berani, cuba bukak..Angry smile

saya panggil rakan saya untuk pegang “male” ..

angkat hos ke peha kemudian ke bahu.. “Coupling!!” lalu berlari membuka hos… 

dan..

jeng jeng jeng!!!

siap dibuka dengan selamat!

tercengang pakcik bomba tadi….

hahahhaha selepas itu barulah dimula mendekati saya dan bertanya profil saya…

hahahahhaha macam-macam..

KINI

Saya bukan lagi ahli kadet bomba kini.. tidak lagi berkawat mahupun melakukan sebarang aktiviti fizikal kebombaan.. bahkan, jika diarahkan untuk saya memanjat gunug sekalipun kini, saya mungkin akan semput dan termengah-mengah dipertengahan jalan…

mungkin jika ditanya tentang nama-nama peralatan bomba juga saya sudah tidak ingat lagi…

tapi, saya masih seorang ahli kadet bomba tegar! kerana nilai semangat dan komitmen dalam berjuang ketika menjadi ahli kadet bomba dahulu masih belum hilang dan terus kekal didalam kehidupan saya.

jika dulu saya penat mengangkat hos, kini saya penat memikirkan apa pula kitab yang perlu dibaca,

jika dulu saya sentiasa bersedia menunggu arahan , kini saya telah bersedia menjalankan gerak kerja yang bersesuaian tanpa dipinta..

jika dulu saya tergesa-gesa bergegas ke medan kawad, kini saya tergesa-gesa bergegas ke kelas pengajian..

dahulu dan kini.. terlalu banyak perbezaan namun..,

“ kenangan dahulu memberikan kematangan dalam kehidupan hari ini…”

BEGITULAH ..

ya, begitulah hidup manusia… apabila mereka melihat sesuatu yang mengingatkan mereka kepada memori silam, mereka akan mengambil masa untuk memikirkannya, mungkin saja termenung dan sebagainya…

jika memori  itu indah, mereka akan tersenyum.. tapi, jika memori itu duka.. ia akan membuatkan mereka sedih dan gundah gulana…chair

oleh itu, marilah kita membina memori silam yang indah, supaya kita dapat mengenangnya keesokan hari dengan senyuman yang melebar Smile, pastinya tidak ada memori yang lebih indah dari memori memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya..sehingga disebutkan kepada kita..

“Masuklah ke dalamnya (Syurga )dengan sejahtera lagi aman”

Al-Hajr : 42