Tujuh keajaiban baru dunia telah diumumkan pada 07/07/07 untuk menggantikan senarai 7 'wonders of the world' yang lama.Ia telah diumumkan di Lisbon, Portugal. Pemilihan telah dilakukan oleh New Open World Corporation (NOWC) berdasarkan undian internet dan telefon. Menurut mereka ia melibatkan undian melebihi 100 juta undian dari seluruh pelusuk dunia. Walaubagaimanapun senarai baru ini tidak diiktiraf oleh UNESCO kerana menurut mereka pemilihan adalah berdasarkan undian semata-mata; bukan berdasarkan artifak sejarah.
Senarai baru adalah seperti berikut:

 Taj Mahal
1. Taj Mahal - malambangkan 'Passion' (semangat/keghairahan)

colosseum
2. Colosseum - melambangkan 'Joy' (kegembiraan)

Christ_the_Redeemer-lge
3. Statue of Christ Redeemer - Melambangkan 'Openness' (keterbukaan)

RuinsChichenitza
4. Chichén Itzá - melambangkan 'Knowledge' (pengetahuan)

machu-picchu-peru
5. Machu Picchu - melambangkan 'Dedication' (dedikasi)

great-wall-of-china-beijing
6. Tembok Besar China - melambangkan 'Perseverance' (ketabahan/keteguhan)

petra
7. Petra - melambangkan 'Protection' (perlindungan)

Kalau nak baca lebih lanjut berkenaan senarai baru ini boleh ke sini: Click
Kalau nak tahu senarai yang lama boleh pegi thread ni: Click
 
inilah kelebihan akal manusia yang perlu dihayati dan diteliti…
 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

[Al-A`raf:179]

KEAJAIBAN KE-LAPAN!

selepas kita melihat keajaiban akal manusia ciptaan Allah SWT, mari kita melihat sebuah lagi keajaiban yang mungkin tidak terdapat dalam rekod New Open World Corporation (NOWC), tetapi ianya terdapat dalam rekod-rekod umat islam. Apakah itu??

Saban tahun kita menyaksikan kutipan zakat setiap negeri meningkat berjuta-juta ringgit, tetapi dalam masa yang sama, pelbagai permasalahan ekonomi umat islam masih dalam keadaan yang menyedihkan.. mungkin benar ini yang dikatakan, “biarpun banyak wang tetapi tidak menjamin kebahgiaan hidup manusia”.

merempat

Bahkan, lebih “Ajaib” lagi adalah, ketika umat islam di Malaysia dilaporkan dengan pelbagai masalah kemiskinan harta benda, tiada pekerjaan, tiada pergantungan, tiada bantuan sara hidup yang selesa , tiada bantuan pengajian yang terbaik untuk anak-anak orang islam dan sebagainya,  gaji-gaji pengurusan jabatan zakat meningkat, kereta-kereta mereka bertukar baru dan mewah, bahkan, ramai pula dikalangan yang terlibat mendapat “tiket percuma” melancong ke luar negara.

Tidak terkejutkah kita dengan kenyataan Saidina Umar RA?

“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.

Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)

Jangan sempitkan pemikiran zakat!

Pasangan yang ingin berkahwin, tetapi tidak mampu menampung kos perkahwinan, mereka boleh meminta bantuan zakat dalam kategori miskin, kerana perkahwinan adalah sebahagian dari keperluan hidup manusia. jika ini difahami, maka pasti ramai dikalangan muda mudi yang berpelesaran secara haram akan dapat menjalinkan hubungan yang halal disisi agama.

Justeru itu , pada zaman ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz beliau memerintahkan agar diiklankan setiap hari:

“Sesiapa di kalangan orang yang miskin, yang berhutang dan yang ingin berkahwin sila dapatkan peruntukan dari Baitul Mal” (ibid, 2/569).

bahkan, Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menjelaskan situasi zakat di Malaysia yang terlalu sempit..

malaysia-flag

“Aku masih teringat, beberapa tahun dahulu aku telah melawat negera-negara Asia Tenggara. Antaranya Indonesia dan Malaysia. Di sana antara soalan penting yang berulang kali ditanyakan kepadaku, khas di Malaysia, oleh Canselor Universiti Malaya, para pensyarah dan pelajarnya ialah: “Adakah wajar siasah ekonomi Islam yang tidak mewajibkan zakat kepada peladang-peladang besar yang memiliki ratusan, bahkan ribuan hektar tanaman getah, atau teh, atau kelapa, atau mangga dan lain-lain, dalam masa yang sama mewajibkan zakat ke atas petani-petani kecil yang bertani gandum atau padi dalam kawasan yang kecil? Mereka mungkin juga tidak memiliki tanah pertanian tersebut, sebaliknya hanya menyewa?!!.Bentuk dan cara soalan ini bukan sekadar khayalan atau rekaan. Bahkan ia menggambarkan keadaan yang berlaku di sana. Keadaan yang digunakan kesempatan tersebut oleh golongan komunis dan seumpamanya untuk memburukkan gambaran dan hakikat zakat bagi mempengaruhi golongan muslim yang berpendidikan…sebab hal ini berlaku ialah kerana majlis-majlis agama Islam mereka terikat dengan mazhab yang diamalkan di sana iaitu mazhab al-Syafi’i r.a. Ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam mewajibkan zakat tumbuhan dari bumi. Mazhab al-Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini untuk di bincangkan pandangan tersebut. Aku telah bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila rujuk. Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya pendapat al-Imam al-Syafi’i atau imam-imam yang lain (r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya diberikan pahala, samada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita untuk meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata kepada kita ia lemah dan selainnya lebih kuat” (Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al-Risalah 1994).

mari berfikir,,,, kerana ianya ke-Ajaiban dunia ke-lapan!

“Zakat orang Islam banyak, Namun Umat Islam Papa Kedana!”

feqh zakat