Usai solat subuh pagi tadi, sempat saya mengambil sedikit kesempatan bersembang di ruangan chat facebook bersama-sama beberapa rakan-rakan yang pernah menjadi murid saya pada satu ketika dahulu.

Tidak ada banyak perkara yang dibincangkan, ya.. sekadar perkongsian santai , bertanya khabar dan perkembangan terbaru masing-masing…

Diakhir perbualan, ada salah seorang dari mereka menyarankan saya untuk mendengar sebuah lagu nasyid baru…diberikan link, lalu saya pun kliklah…

~hohoho…. lagu arab rupanya..~

permulaannya agak teruja kerana dikatakan ianya nasyid terbaru , tetapi bila ditanya pada encik “Google”, rupanya lagu lama, tahun 2009. sw_1291147596_473

bagaimanapun, lagu tersebut memang lunak bila didengar dan menyentuh semangat muda apabila menghayati makna-maknanya!

AYUH PEMUDA!!

itulah tajuknya… يلا يا شباب  …… mengajak pemuda untuk bersemangat menjadi medium perubah !

sebenarnya video klip asal tidak berjaya dijumpai, tetapi ada 2 versi klip video yang berjaya saya jumpa..

1. Versi sentimental

versi 1.0

versi ini tidak banyak bancground muzik yang dimainkan.. dan pendengar pastinya akan menumpukan kepada suara-suara lunak yang dihasilkan oleh semua ahli kumpulan Al-Bara` al-Fanniah ini..

2. Versi Rancak!!

versi 2.0

rasanya, versi ini yang paling diminati oleh pemuda sekarang, rancak dan bersemangat! bunyi bass yang menggegarkan jiwa dapat melonjakkan jiwa pemuda untuk menyertai rentak-rentak semangat bersama para penyanyi.

LIRIK

Sebenarnya, penat juga mencari lirik untuk lagu-lagu arab, tapi, alhamdulillah… selepas beberapa minit pencarian dibuat , bertemu juga dihalaman ini (klik)

Bahkan, dengan senang hatinya, saya menterjemah lirik lagu tersebut kepada bahasa melayu supaya orang melayu yang mendengarnya tidaklah terkial-kial untuk mencari makna lirik lagu tersebut. Smile

( Maaflah kalau ada yang tersalah terjemah, ada beberapa bahasa ammi dalam lagu ini Smile )

يلا يا شبابالبراء

يلا يلا يلا يا شباب
يلا شباب يلا
خلوا الدنيا أحلى
قال النبي ووصى
نصرت بالشباب

Ayuh, Ayuh, Ayuhlah pemuda,

Tanpamu dunia tidak merasa manis,

Berkata nabi dan berwasiat,

Aku dibantu oleh pemuda.

 

يلا نرسم بكرة الأحلى
نزرع أرض الوطن الأغلى
ونخلي رايتنا تعلى
والبركة بالشباب

Mari kita melakar pagi ini dengan kemanisan,

Kita bercucuk tanak dibumi kita yang kaya,

dan biarkan bendera kita berada puncak

Demi berkat pemuda!


والإيمان بيكبر فينا
والنجاح بخطاوينا
والمستقبل بإيدينا
والبركة بالشباب

Demi imanlah yang membesarkan kita,

Demi kejayaan yang kita cipta

Demi masa depan ditangan kita

Demi keberkatan pemuda!

 

وإحنا إحنا الجيل الصاعد
وإحنا إحنا الأمل الواعد
وإحنا أشبالك يا أمتنا
وإحنا نواصل مسيرتنا
إحنا إحنا إحنا للمعالي طلاب

Dan kami, kami generasi yang sedang mendaki,

Dan kami , kami harapan yang dijanjikan,

Dan kami , anak-anakmu wahai ummah,

Dan kami sampaikan perjalanan kami,

Kami, kami, kami pelajar-pelajar yang mulia


وإحنا شبابك يا أمتنا
بالعلم بنبني حضارتنا
ونرجع ماضي عزتنا
والبركة بالشباب

Dan kami pemuda kamu wahai umat,

Dengan ilmu kami membina ketamadunan,

Dan kami mengenang silam sebagai kebanggaan kami,

Demi keberkatan pemuda!


إيد بإيد وشدوا الهمة
تنغير واقع هالأمة
خلينا نعلى للقمة
والبركة بالشباب
tangan-tangan yang penuh dengan semangat kencang

Merubah keadaan ummah,

Biarkan kami bangkit dengan penuh moral

Demi keberkatan pemuda!

DETAIL

Kumpulan ini dinamakan : Al-baraa al-Fanniah @ Baraa band, mereka merupakan gabungan beberapa anak muda yang bergerak menghiasa dunia hiburan di bumi jordan. bahkan, album Yalla Ya Syabab merupakan album pertama nasyid yang berjaya dipasarkan di Jordan.

Klip Video Yalla Ya Syabab menggambarkan peranan pemuda dalam pembangunan masyarakat disambing menggambarkan bagaimana mereka boleh berkhidmat untuk negara , ummah dan agama mereka dengan jalan pantas!

YallaYaShabab_Banner

Lirik : Khalil Abid

Lagu : Aiman Ramadhan

Anggota Kumpulan :

  1. Aiman Ramadhan
  2. Muhammad Abu Halqah
  3. Umar al-Laham
  4. Muhammad Hammidh
  5. Kamal Dabbas
  6. Muhammad Ibrahim
  7. Muhannad al-Jabari

Komposer : Yazin Nusaibah

rujuk: (klik)

Wasiat Rasulullah

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]