Ramai orang sering mencemuh.., “Islam sering menindas wanita” , “Wanita tidak ada kebebasan dalam islam!” dan sebagainya, tetapi adakah ianya benar dan menjadi realiti dalam hidup muslimah?

Sebuah peristiwa telah berlaku dizaman Khalifah Umar al-Khattab RA, peristiwa yang membuktikan penafian kepada segala cemuhan dan tohmahan yang dipalitkan kepada Islam..

………………………………….

wanita

KISAH HEBAT!

Peristiwa berlaku Ketika Amirul Mukminin Saidina Umar RA mahu menghadkan bayaran wang mahar dengan tidak melebihi 400 Dirham, dan beliau berucap diatas sebuah minbar :

Janganlah kamu melampau dalam memberikan mahar kepada wanita (yang ingin kamu nikahi), sesungguhnya ianya adalah kemuliaan di dunia ataupun ketakutan di akhirat, adapun Rasulullah SAW telah mendahalui kamu dalam urusan ini, baginda tidak memberi mahar isteri-isterinya dan tidak juga anak-anak perempuannya melebihi dua belas awqiah – nilai dari jenis perak- , oleh itu, barangsiapa yang menambah wang mahar melebihi 400 Dinar, maka lebihan itu akan diberikan kepada Baitul Mal.”

Setelah beliau turun dari mimbar, seorang wanita dari kalangan Quraisy berkata kepadanya;

Bukan demikian wahai Umar..”

Lalu Khalifah bertanya ;

“Kenapa pula tidak?”

Wanita itu menjawab:

“Kerana Allah Ta`ala berfirman ;

Dan kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?-An-Nisa`:20”

Maka Saidina Umar pun berkata :

“Wanita ini benar dan lelaki ini ( Umar RA) tersalah”

Rujukan ; Kitab Taisir al-Mulk al-Allam fi Tafsir Aya al-ahkam, Dr Majdi Muhammad Abdullah

PENGAJARAN

Islam bukanlah agama kuno yang menutup peranan wanita dalam kehidupan, bahkan islam mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai sektori seperti dalam kekeluargaan, ilmuan, kenegaraan bahkan peperangan sekalipun!

Sungguh! islam adalah agama yang hebat! disamping menzahirkan peranan wanita, islam juga melindungi wanita dengan pelbagai cara dan keadaan..

Islam is Love

p/s: masa study tafsir ayat ahkam tajuk kewajipan mahar.. tetiba jumpa plak cerita nie, mmg memberangsangkan jiwa! Smile