Kebanyakkan Universiti dan pusat pengajian dunia semasa telah menawarkan bidang pengajian Ilmu Fekah di universiti masing-masing , samada ianya berniat menyebarkan kefahaman islam ataupun hanya semata-mata sebagai penjana pendapatan hasilan University of Business , ianya adalah hak mereka, namun, perkara asas yang perlu diketahui oleh para pelajar dan mahasiswa dalam setiap pusat pengajian adalah jawapan kepada sebuah persoalan berseloroh ;

“Apakah itu Ilmu Fekah?”

Definasi : Fekah adalah sejenis ilmu tentang hukum hakam syariah dari aspek praktikal, yang diambil berdasarkan hujah-hujah yang terperinci.

SANDARAN ILMU FEKAH

  1. Al-Quran
  2. As-Sunnah / al-Hadith
  3. Al-Ijma`
  4. Al-Qiyas

PERBAHASAN ILMU FEKAH

Ilmu Fekah membincangkan perihal perbuatan orang mukallaf 1 dari perspektif umum dan menyeluruh, ianya bersangkut paut pada hubungan antara manusia dengan tuhannya, dengan dirinya sendiri dan juga masyarakat sejagat yang berada disekelilingnya.

Kaitannya juga tidak lari dari hukum-hakam yang lahir dari kata-kata, perbuatan , perjanjian, dan segala bentuk pengurusan.

Ianya terbahagi kepada dua bahagian.

  • Bahagian pertama : Hukum ibadat seperti solat, puasa haji dan sebagainya
  • Bahagian kedua : Hukum komunikasi (muamalat) seperti perjanjian, penukaran hak milik, hukuman, jenayah, jaminan dan selainnya yang memberi maksud penyusunan hubungan antara sesama mereka.

Dan kita boleh memperincikan sedikit hukum kedua ini seperti berikut:

1- Hukum hakam kekeluargaan daripada permulaan ianya dibentuk sehinggalah penamatnya. Dan ianya meliputi hukum hakam perkahwinan , talak, keturunan, nafkah, pewarisan dan sebagainya.

يوم-الاسرة-العربية

2- Hukum hakam komunikasi kewangan . ianya berkaitan dengan komunikasi beberapa individu dan saling pertukaran antara mereka daripada hal jual beli, sewaan, pensyarikatan dan sebagainya.

3- Hukum hakam jenayah : ianya berhubung kait terhadap perlakuan mukallaf dari aspek jenayah dan keadilan dan apa jua hukum yang berkaitan dengan pengembalian hak dan hukuman.

4- Hukum hakam kehakiman : ianya berkaitan dengan kehakiman dalam salah laku, pendakwaan , jalan untuk menyabitkan sesuatu hukuman dan sebagainya

5- Hukum hakam kenegaraan : ianya berkaitan dengan penyusunan hubungan Negara-negara islam dengan Negara islam yang lain dan Negara yang menentang islam, dan ianya juga berkaitan dengan hubungan rakyat yang bukan islam terhadap kerajaan islam. Juga meliputi hukum jihad dan perjanjian / pakatan.

HASIL ILMU FEKAH

Ilmu Fekah akan membuahkan pengetahuan terhadap hukumdan dapat mengamalkannya dengan baik sehingga akan membentuk mukallaf yang baik – iaitu tepat ibadahnya dan betul jalan hidupnya.

Sekira baiknya seseorang individu, maka akan baik juga masyarakatnya dan akan memberi pulangan keharmonian didunia serta kehidupan yang makmur, dan di akhirat pula akan beroleh keredhaan Allah dan syurga yang diimpikan.

al-quran

KELEBIHAN DAN GALAKKAN MEMPELAJARI SERTA MENDALAMI ILMU FEKAH

Sesungguhnya menambahkan kefahaman fekah merupakan sebaik-baik amalan dalam agama dan kebiasaan yang terbaik. Ianya disokong dengan hujah Al-quran dan Al-Hadith;

Allah SWT berfirman : At-Taubah_122

Tafsirnya :

Tidak seharusnya untuk kesemua orang islam keluar berperang (ada juga mengatakan : keluar menuntut ilmu ), dan meninggalkan kosong bumi Madinah, bahkan seharusnya, hanya sebahagian sahaja dari kelompok setiap kumpulan keluar dan sebahagian yang lain tinggal didalamnya untuk mendalami ilmu agama dan mengajarkan ilmu syariah, serta memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah pulang dari medan perang dari aspek hukum hakam halal dan haram, bagi memberi ancaman kepada mereka terhadap hukuman Allah SWT dengan terus menerus berpegang teguh dengan suruhan-Nya dan larangan-Nya

[ terjemahan dari Kitab Tafsir Al-Wajier, Dr Wahbah Az-Zuhaily]

Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan, maka dia akan difahamkan tentang urusan agama

[ HR Bukhori 81 ] .

Nabi SAW telah memberi susunan kepada kebaikan, iaitu dengan mendapat kefahaman dalam urusan agama maka seseorang itu akan menjadi baik. Ini telah menunjukkan kepentingan ilmu Fekah dan kebesaran urusannya dan ketinggian kedudukannya.

Nabi SAW juga bersabda :

Manusia itu ma`adan , apabila mereka telah menjadi golongan terbaik ketika jahiliah (sebelum memeluk islam), maka mereka juga akan menjadi terbaik setelah memeluk islam sekiranya mereka memahami .

[ HR Bukhori 3383 ]

Tuntasnya, Ilmu fekah mempunyai kedudukan yang besar didalam islam, dan kedudukannya pada imbalan pahala yang besar sekali , kerana muslim, jika mereka memahami urusan agamanya, dia akan mengetahui apa hak-hak yang wajib dia penuhi , dan akan menimbulkan amal ibadah kepada tuhannya dengan pengetahuan dan kejelasan seterusnya akan menghasilkan kejayaan dan kebahagiaan didunia dan Akhirat.

Rujukan Utama : Asy-Syeikh Saleh bin Abdul Aziz bin Muhammad Ali Syaikh, Kitab Al-Feqhul Muyassar, Maktabah Salsabil, 2009

images

1Mukallaf : orang yang telah sampai umur dan dalam keadaan yang baik untuk menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT, orang mukallaf akan mendapat pahala sekiranya melakukan kebaikan dan menerima dosa atas perlakuan mengingkari arajan Allah SWT