Header Ads

test

Perginya Seorang Mujahidah

5.00 pagi : Ana mengejut arwah sahur dan kami bersahur dengan makanan (nasi, telur goreng, ayam + kobis masak kicap) yang telah arwah masak pada sebelah malam tersebut sebelum tidur.

5.35 pagi : Ana, amalina (ahli beit), dan arwah solat subuh berjemaah. Arwah mengimamkan solat subuh kami pagi itu.

5.50 pagi : Arwah duduk di sofa di ruang tamu membaca al-quran

6.10 pagi : Suara arwah dah tak kedengaran, tertidur... (arwah memang tidur lambat sejak musim exam ni, sampai pukul 2 lebih kadang-kadang)

6.45 pagi : Arwah masuk ke bilik dan mula untuk study (esoknya kami exam patho)

7.20 pagi : Ana sedang study kat sebelah, perasan arwah dah mula tersengguk-sengguk, tapi masih tahan meneruskan study.

8.00 pagi : Mungkin nak hilangkan mengantuk, arwah pergi berlalu untuk mandi tanpa berkata apa-apa.

8.30 pagi : Iylia (ahli beit), yang berhajat ke tandas pergi mengetuk pintu sambil menjerit "iman, lama lagi ke...? tak sejuk ke dalam tu?" , dan terus berlalu kembali ke bilik tanpa sebaran respon dengan menyangkakan arwah tak dengar.

8.50 pagi: Ana yang berhajat nak ke tandas juga pergi mengetuk sekali dua pintu tandas dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan sebagai isyarat pada arwah, ramai tengah tunggu nak masuk bilik air. (kami biasanya 1 jam normal dalam bilik air kalau basuh baju)

8.55 pagi: Ana pergi sekali lagi mengetuk pintu bilik air. Ana mula memanggil nama arwah sambil menekapkan telinga ke pintu bilik air. Beberapa kali ana ketuk dan memanggil nama arwah tapi tiada jawapan. Ana mula suspen. Amalina yang mendengar dari jauh mula cuak dan datang dan mengetuk lagi dengan ana dengan ketukan dan panggilan yang lebih kuat. Masih tiada jawapan. Kami semakin cuak, dan Iylia yang turut mendengar dari bilik terus datang ke arah kami. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk memecahkan pintu bilik air dengan menggunakan senduk dan gulungan plastik.

9.05 pagi : Pintu berjaya dibuka. Ketika itu, arwah dalam keadaan separuh mengiring di lantai, dengan bilik air berbau dengan gas dan wap air panas. Kami terus meluru masuk, membuka tingkap yang tertutup (biasanya kami akan buka tingkap kalau nak pasang gas) dan cuba menyedarkan arwah dengan memanggil-manggil nama arwah.

Masing-masing ketika itu memang dalam keadaan yang terkejut + takut + blur. Dalam keadaan tersebut, Iylia berlari mengetuk pintu tuan rumah yang berhadapan dengan rumah kami sementara ana dan Amalina cuba membalikkan tubuh arwah. Dalam keadaan cemas, kami berlari mendapatkan telefon, Amalina menghubungi ikhwah terdekat sementara ana men

ghubungi senior. Iylia datang memberitahu baba tiada di rumah dan pergi meluru ke rumah jiran lain di tingkat atas.

9.10 pagi : Ikhwah tiba. Kami terus memanggil mereka segera naik ke atas. Kami segera menutup tubuh arwah dengan selimut dan ikhwah yang masih dala

m keadaan terkejut tidak menyangkakan keadaan segenting itu segera mengangkat arwah sementara seorang lagi ikhwah segera menadapatkan teksi di bawah. Kami berlima terus menaiki teksi memangku arwah ketika itu, sementara Iylia mendapatkan barang-barang penting dan menyusul kami dengan teksi lain. Keadaaan jalan raya yang sesak menyebabkan kami tiba agak lewat.

9.20 pagi : Kami tiba di hospital dan arwah terus dibawa masuk ke 'emergency room'. Kami semua menunggu bersama di dalam ER sementara para doktor berusaha menyelamatkan arwah. Kami menghubungi rakan-rakan memaklumkan kejadian dan mohon berdoa segalanya selamat.

9.25 pagi : Ana ke tandas. Keluar dari tandas, menuju ke arah ER. Ramai sahabat-sahabat tahun 3 dah sampai. Ana nampak Iylia duduk di tangga. Matanya merah. Ana diam. Ismah, salah seorang sahabat membisikkan, "Iman dah xde".

.................................. Ketika itu ana hanya terdiam. Perasaan kosong. Ana berjalan ke luar. Berdiri di situ. Sahabat-sahabat lain semakin ramai yang tiba. Mereka bersalaman. Masuk ke dalam. Semakin lama, ruang Mustaysfa Salamah semakin dipenuhi. Walid, Ustaz Firdaus, Madam Sana', semuanya ada.

Amalina cuba ditenangkan sahabat-sahabat lain.

Iylia kembali ke rumah mendapatkan maklumat-maklumat seterusnya untuk mempercepatkan urusan dengan segala pihak berkenaan.

11.00 pagi : Kami bertiga bersama dengan 2 ikhwah tadi, wali

d dan ustz Firdaus dibawa ke balai polis berhampiran hospital.

12.00 tgh hari : Kami berjalan pula ke Balai Polis besar,

10 minit berjalan dari balai polis tadi.

12.20 tgh hari : Kami dibawa pula ke mahkamah. Memberi keterangan, bersumpah di bilik peguam khas, semuanya kami lakukan dengan pertolongan Walid, Ustaz Firdaus, Ammu Hamdi, dan beberapa Pak cik arab.

2.00 petang : Peguam bertugas, keluar dan selepas beberapa ketika, masuk semula, dan memulakan kembali prosedur yang sebelumnya. (kami difahamkan pihak pendakwa raya tidak berpuas hati dan mahukan 'post-moterm' dijalankan.

4.00 petang : Kami tiba di rumah.

Hening..........

Sunyi.............


mansourah 2009


Hari Graduasi KIBA IKIP 2008



Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan

memberi sokongan sama ada secara fizikal atau mental.


Kepada keluarga arwah, takziah daripada kami semua.


Sama-sama kita doakan arwah Iman ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.


Dia telah pergi.

Kita?


Kematian semakin hari, semakin menghampiri...

Bekalan kita...?

Adakah semakin hari semakin dipenuhi....?


Berita lanjut : http://iskandariah.perubatan.org/v1/

Sumber :http://drhymki.blogspot.com/2011/01/perginya-seorang-mujahidah.html

2 comments:

Powered by Blogger.