“Lau samah, mumkin anta tashih hazihil ayah?”

“Aiwah, fien?, hena?”

“… keda……………”

“Syukran..”

“minal musykilah, al-khurujiah minal azhar min sukbah syariah lam yahfazul quran….”

………………………………………..

Sumpah! Peperiksaan tafsir hari ini sememangnya susah dan diluar sangkaan.. terlalu banyak soalan tentang “I`rab” dan persoalan yang tidak dirasakan penting menjadi antara persoalan utama yang ditanya oleh Dr Majdi Abdullah dan Dr Muhammad Ahmad Ismail.

4G'(1262[7]

Ditambah pula, saya dan beberapa kumpulan mahasiswa luar Negara ditempatkan diluar kelas yang berhadapan dengan kawasan lapang yang meniupkan angin sejuk…yang lebih “hebat” lagi, kawasan tersebut adalah kawasan lalu lalang untuk ke pejabat dan kawasan pengurusan university… sememangnya “Sunyi” dan “tenang”…

Bahkan, soalan pertama yang menanyakan tentang kaitan ayat hukum memberi wala` kepada orang kafir dengan ayat sebelumnya yang tidak diketahui apakah ia , membuatkan otak saya buntu seketika..

Walaupun sudah tahu jawapan tersebut sememangnya tidak sesuai dengan soalan yang ditanyakan, tetapi saya tetap memenuhkan ruangan jawapan dengan jawapan yang dirasakan agak-agak munasab.. yelah.. mana ada soalan A. B. C. D. untuk dibulatkan, semuanya berkaitan karangan yang perlu ditulis dengan tersusun..

Seteleh memenuhkan semua soalan, saya agak keliru dengan sebaris ayat al-quran yang saya jadikan ianya dalil bagi membuktikan sembelihan ahli kitab seperti kristian dan yahudi halal dimakan..

Saya tulis : (الطعام اهل الكتاب حل لكم) ….. macam tak betul jerk….

Lalu saya pon panggillah pengawas yang bertugas ( muraqib ), biasanya yang menjaga adalah Doktor PhD ataupun yang setaraf dengannya..

Lalu berlakulah perbualan diatas..

Dibetulkan ayat seperti ini : ( وطعام الذين أوتوا الكتاب حل لكم )

Dan…..hehehhehe selepas menjawab kemusyikalan saya, lalu beliau pun melontarkan kemusykilannya..

“Menjadi satu kemusykilan, lepasan dari Al-Azhar, bahkan dari fakulti Syariah tidak menghafal Al-Quran (30 juzuk)”

Huhuhuhu.. lepas ni kena berusahalah nampaknya… fighting!!

Doakan saya untuk peperiksaan Tauhid pada hari rabu akan datang!!!

4G'(1259[11]