Ketua kesatuan ulamak sedunia, Dr yusuf Al-Qaradhawi telah menyeru seluruh rakyat Negara Mesir untuk bersama-sama menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah supaya dapat membalut luka-luka para peserta demonstrasi (menghalang mereka dari disakiti), beliau juga menyeru tentera untuk bersama-sama rakyat yang diserang.. Al-Qaradhawi juga telah mendakwa Presiden Negara Mesir dengan kata-kata :

 

VIDEO PENUH TEMURAH AL-JAZEERA BERSAMA DR YUSOF AL-QARADHAWI

 

“Dia sedang MENYEMBELIH rakyatnya sendiri!”

Al-Qaradhawi telah mengajak pemuda - melalui temuramah Al-Jazeera - untuk bersama-sama berdemonstrasi dan terus kekal begitu tanpa berganjak dari tempat tersebut. Beliau juga menggalakkan mereka untuk berterusan begitu, beliau berkata :

“Samada kamu akan hidup bahagia dan dihormati,

ataupun mati selaku Syuhada`!”

HAPPY R DEAD

Begitu juga, Qaradhawi menggesa parti-parti politik kuat di mesir untuk turun bersama-sama dalam satu barisan bagi membantu rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa, perbezaan politik bukanlah penghalang untuk para ahli politik bersatu, bahkan wajib mereka untuk bersatu, sepertimana katanya :

“Mereka adalah pemuda, dan kamu adalah penentu, oleh itu, wajib bagi ahli politik untuk turun menurut pendapat mereka, kerana mereka merasakan bahawa kamu semua adalah ketua dengan darah kamu, bukan hanya sekadar kata-kata kamu”

egypt

Beliau berkata ketika memberi pendapat tentang pertembungan antara penyokong dan penentang Mubrak di Dataran Tahrir :

“Sesungguhnya, Presiden Mesir telah mula menyembelih rakyatnya”..

Beliau memberi persoalan :

“bagaimana mungkin Mubarak menyayangi rakyatnya sedangkan dia sedang menyembelih rakyatnya sendiri, menyebabkan peperangan antara rakyatnya, sebagaimana yang dilakukan firaun kepada kaum Nabi Musa, dia menghantar satu golongan dari kaum musa untuk melemahkan mereka”

Al-Qaradhawi juga berkata kepada Mubarak :

“Haram bagi kamu membunuh rakyat kamu!” *rujuk bawah

Sebagai satu ancaman kepadanya kerana perbuatan zalim yang telah dia lakukan.

rakyat dan tentera mubarak

Beliau juga menyeru badan-badan islam, Arab dan Antarabangsa untuk membantu rakyat Mesir dari sebarang serangan dan kezaliman.

Al-Qaradhawi juga telah mengajak para Khatib, Imam, Doktor, Wartawan dan lain-lain untuk bersama membantu para pemuda yang berdemonstrasi di Mesir, dan bersama-sama turun menyertai mereka di jalan-jalan pada hari jumaat (selepas solat jumaat).

Beliau mengakhiri sesi temu ramah dengan memohon kepada Allah SWT :

“semoga Allah memberi kekuatan kepada para pemuda (yang menyertai demonstrasi) dan membantu mereka dari ancaman orang yang menentang mereka, dan semoga Allah mencengkam musuh-musuh mereka dengan cengkaman yang amat dahsyat”

Sumber : Al-Jazeera.net

Penterjemah : Syihabudin Ahmad

* : ucapan sebenar Qaradhawi dalam bahasa arab adalah :

"حرام عليك يا مبارك أن تقتل شعبتك زي كنت راعيا و مسؤول عن رعيتك"

Bahasa lembut : haram kepada kamu wahai Mubarak dari membunuh rakyat kamu kerana kamu adalah pemimpin dan akan ditanya oleh Allah terhadap kepimpinan kamu..

p/s : perkataan haram alaik digunakan oleh orang arab untuk memarahi seseorang atau menegaskan bahawa perbuatan itu sememangnya salah..

demonstrasi.. tapi solat mesti

inilah mesir yang ku cintai.. walaupun berdemonstrasi.. solat jemaah tak pernah dilupakan…

Wallahualam.