Ramai orang membuat pelbagai tafisran dalam situasi mesir kini,ada yang mengatakan rakyat mesir bodoh, revolusi tidak akan berjaya, tindakan rakyat hanyalah sia-sia dan sebagainya..

keluar mubarak

tetapi adakah segala dakwaan itu benar dan reliven dengan situasi dalaman yang dihadapi sendiri oleh kami (pelajar malaysia di Mesir) ? oleh itu, saya ingin berkongsi tentang pandangan saya terhadap  situasi yang berlaku..

1- MENCARI TITIK PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN

Bukan semua orang islam dalam demonstrasi itu, bukan juga semua mereka adalah ahli Ikhwanul Muslimin, ada juga dikalangan mereka doctor, pensyarah, polis, tentera, penganggur, artkitek, pengemis , lelaki dan kanak-kanak… mereka berbeza dalam banyak segi..

mesir

Agama, rupa bentuk, negeri, bangsa dan sebagainya..semuanya berbeza!!

Tetapi mereka mempunyai satu matlamat..

Jatuhkan pemerintahan Zalim!

bersatu

Lalu mereka bersatu dan membentuk sebuah kelompok manusia yang besar dan kuat!

“Bersatulah ! kamu akan berjaya!”

2-KETAATAN KEPADA ALLAH MENJADI TONGGAK PERJUANGAN

Walaupun bukan semua penunjuk perasaan tergolongan dalam kategori muslim, tetapi, orang islam yang berada di dataran Tahrir dan kawasan-kawasan demonstrasi tidak melupakan solat, bahkan, mereka sentiasa melakukannya di awal waktu dan berjemaah.

demonstrasi.. tapi solat mesti

Kita percaya, apabila pergantungan kepada Allah SWT lebih besar dan tinggi dari perkara yang lain, pastinya kekuatan mental akan menjadi kental dan jitu. Oleh sebab itu , kita dapat melihat kelompok besar Jemaah demonstrasi bersolat..ini seharusnya diamalkan ditempat-tempat dan Negara-negara islam lain yang mahu melakukan perubahan.

solat

3- BILA PILIHAN RAYA KOTOR, RAKYAT MEMBERONTAK

Pilihan raya yang berlansung hujung tahun lepas menyaksikan kekotoran dan penyelewengan besar-besaran yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah dari Parti Kebangsaan (hizbu watani) , sehinggakan, ada dikalangan rakyat yang melihat dengan mata sendiri, polis datang dan menukar peti undi… ada juga yang mengambil video yang menunjukkan penyelewengan ketika proses pengiraan undi..

dihalau

Setelah 30 tahun Presiden Husni Mubarak memerintah Mesir, perkembangan politik dinegara ini tidak begitu memuaskan, bahkan boleh diiktiraf sebagai politik kotor yang memualkan!

Jika anda berada di Mesir, anda akan sedia maklum bahawa, ketibaan musim pilihan raya akan menyaksikan tahanan beramai-ramai pengerak dan wakil rakyat dari parti pembangkang. Bahkan, siapa sahaja yang berkaitan dengan pembangkang akan ditangkap. Jangan lupa! Pelajar Malaysia juga pernah ditangkap beberapa kali kerana didakwa mempunyai hubungan dengan parti pembangkang!

Setelah pilihan raya tidak lagi dipercayai, kemarahan rakyat sudah tidak boleh diredakan lagi, mereka bangkit menyatakan HAK MEREKA!! hak mereka dirampas oleh pemerintah-pemerintah zalim yang saling mewarisi kekayaan kerajaan..

Hati-hatilah wahai pemerintah!!

4- PERANAN ILMUAN

Dr Yusuf al-qaradhawi , Ketua kesatuan ulamak sedunia yang dibuang dari Negara Mesir telah bangkit menyeru rakyat mesir untuk bersatu.

kumpul

Para pensyarah university Al-Azhar juga bertindak demikian.

Ahli politik juga tidak ketinggalan..

kumpul semua

Mudahnya, semua orang yang berilmu dan berpengatahuan telah cerdik dan celik, mereka melihat kesengsaraan rakyat dan diri mereka sendiri.. lalu mereka bangkit meminta Hak mereka dengan cara yang lebih relivan!

Menurut pandangan saya, Presiden Husni Mubarak seolah-olah mahukan rakyatnya bodoh dan tidak berpengatahuan.. bayangkan, satu analisa yang dikeluarkan hasil kajian terhadap penduduk mesir mendapati.. 80% rakyat mesir tidak mampu membaca dan menulis!

Mereka kekal dengan cara berfikir yang kolot! ~ Asalkan ada pemerintah, itu sudah terlalu baik.. mereka tidak tahu bahawa pemerintah sedang menindas mereka, sedang memakan harta mereka, pemerintah tidur nyenyak sedangkan rakyat tidur beralaskan kotak dimusim dingin!!

Apabila rakyat telah mula bijak melihat dunia dan perkembangannya, mereka mula mengetahui akan kejahatan pemerintah.. lalu mereka menjadi pelopor kepada PERUBAHAN!

5-PERANAN AHLI POLITIK

Dr Yusuf al-qaradhawi ada menasihati ahli politik:

“Mereka adalah pemuda, dan kamu adalah penentu, oleh itu, wajib bagi ahli politik untuk turun menurut pendapat mereka, kerana mereka merasakan bahawa kamu semua adalah ketua dengan darah kamu, bukan hanya sekadar kata-kata kamu!!”

Seruan untuk ahli politik ini lebih menjurus kepada perlaksanaan momorendum.

Ahli politik adalah wakil kepada rakyat, mereka membawa persoalan rakyat kepada pihak berkuasa.. mereka bukan hanya menanam jagung ditepi bibir.. tetapi mereka melaksanakan tindakan!

Jika melihat situasi di Mesir, rakyat amat sukar mendekati wakil rakyat, mereka seolah tidak dihiraukan dibumi ini! Mereka hidup melarat! Hidup dengan belas kasihan orang awam setiap masa! Budaya pengemis telah merebak seperti racun bisa yang bertindak ketika dipatuk ular tedung sela!

“Ahli politik yang petah berkata-kata dan menabur janji manis hanya mampu menidurkan orang bodoh dan bangang! Tetapi TIDAK kepada rakyat yang sudah celik dan berpelajaran!”

6-PERANAN PEMUDA

Orang selalu mengatakan Pemuda penentu masa depan, tetapi adakah ianya benar?!!

Ya! benar!pemuda ini

Para pemudalah yang memulakan demonstrasi revolusi mesir ini, mereka menamakan hari ini sebagai Hari Kemarahan.. jika anda melihat bagaimana mereka bergerak dalam satu kesatuan.. anda akan melihat, seolah-olah semua mereka adalah pemuda! Kerana pemuda telah menjadi majority dalam demonstrasi tersebut!

pemuda

Setelah kerajaan mesir menjadi huru hara.. para pemuda-pemuda inilah yang menjadi “polis” . mereka menjaga lalu lintas, menjaga keamanan penduduk, menjadi perawat , dan mereka adalah tunjang utama dalam revolusi ini!

Jika anda adalah seorang pemuda yang melihat situasi ini di Mesir, anda akan merasa malu dengan pemuda mesir! mereka seolah-olah sedang memerintah Mesir!

 

7-PERANAN MEDIA PERHUBUNGAN

Facebook dan twitter seolah-olahnya telah menjadi media penggerak pertama dalam revolusi ini.. penyebaran maklumat melalui facebook amat berkesan kepada rakyat mesir.. ianya seumpama perkongsian mudah, cepat dan terbuka!

Kerajaan mesir mengetahui situasi buruk ini, disebabkan itulah media perhubungan dihentikan buat sementara..

Mula-mula Twitter disekat..

Kemudian Facebook pula tak boleh bukak..

facebook

Selepas itu, seluruh media perhubungan seperti internet dan talifon telah ditutup!

Walaupun begitu, rakyat yang bijak tidak akan tertipu dengan permainan poitik pemerintah yang kejam.. para pemuda telah bertindak menyebarkan maklumat melalui kertas yang ditulis!! Saiapa mampu menghalang!!!???

MELIHAT DENGAN MATA HATI

Inilah situasi yang dapat saya kongsikan ketika masih lagi di Mesir , mungkin esok atau lusa, saya akan bertolak ke Jeddah dan pulang ke Malaysia.. pandangan mata ketika berada didalam negara dan diluar negara mungkin berbeza.. tetapi saya pasti! Revolusi yang berlaku didepan mata saya ini memberikan ribuan pengalaman dan pengajaran kepada sebarang tindakan yang bakal dilakukan di Negara Malaysia..

mesir

Kita mengharapkan negara kita tidak akan berlaku DEMONSTRASI sebegini.. kerana ianya sungguh perit dan menyeksakan.. oleh itu, kita mengharapkan parti pemerintah dan seluruh rakyat Malaysia mengambil iktibar dari peristiwa ini..

 

al-jazeera

Wallahu Alam