sedih

Setelah mendengar berita perjalanan dari Jeddah ke Malaysia adalah tanggungan sendiri,,, ramai sahabat telah membuat keputusan untuk tinggal di Mesir , ataupun tinggal sementara dibumi Jeddah..

adakah itu keputusan yang cukup tepat??

شهاب1354

Sahabat..

tatkala ini mungkin antum sedang dalam keadaan aman, mungkin disebabkan antum tidak berada di Kaherah ataupun tempat-tempat kuning…tapi.. nun merentas laut biru.. ada sekumpulan manusia yang sedang merisaui keadaan antum disini..mereka tidak tahu bahawa antum sedang aman , makanan cukup, hidup senang, tidak ada pecah rumah, tidak ada kematian, tidak ada rompakan, tidak ada pemerkosaan.... apa yang mereka tahu???

ribuan

ancaman

makan rotiMereka hanya tahu bahawa anda dalam bahaya!!

Sahabat..

Mungkin antum tidak merasa perlu untuk pulang ke tanah air.. mungkin antum berat hati meninggalkan bumi ilmuan ini , atau risau memikirkan kuliah akan bermula minggu hadapan.. mungkin juga, antum belum merasa rindu dengan kampung halaman …

jika itu keadaan antum.. maka antum aadalah seorang yang…

“PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!”

Sahabat..

kelompok mereka yang menunggu antum di Malaysia , mereka mahukan antum pulang,mereka mahu menatap wajah antum, mereka terlalu risaukan antum …mereka mahukan antum berada disisi mereka untuk menguatkan keyakinan mereka bahawa antum benar-benar selamat..

Ada seorang blogger malaysia menulis ,..

“Ibu bapa mana yang tidak risau mendengar dan melihat berita mengenai kekecohan di Mesir?”

[rujuk : Ahmad talib ]

Sahabat..

Mereka memelihara antum sejak dari sebesar tapak tangan sehinggalah sebesar gajah ini… tak mampukah antum menuruti jiwa dan perasaan halus mereka buat seketika??

Sahabat… ini hanyalah nasihat sederhana dari ku…

Buatlah keputusan untuk pulang ke Malaysia

jangan biarkan mereka gelisah kerana antum…

bukankah kerisauan mereka adalah kerisauan kita??

risau

wasalam…