dream 4 misr

Tuan, saya mempunyai impian, ketika saya keluar dari rumah saya pada waktu pagi, saya akan melihat jalan raya yang BERSIH, kemudian saya menuju ke tempat kerja tanpa ada bunyi BISING disekitar kereta saya, kemudian, saya bertemu dengan para pelajar dan guru-guru saya di universiti ,dan mereka semua berada dalam keadaan BERSUNGGUH-SUNGGUH…dalam perjalanan pulang pula, saya akan dapat membeli beberapa barang yang menunjukkan ianya BAIK untuk kesihatan, dan BERPATUTAN pula harganya…

Saya pulang ke rumah dan saya dapati, air yang terdapat dirumah juga ELOK untuk diminum dan TIDAK memudaratkan.. ketika saya melihat siaran tempatan, saya dapati mesir adalah Negara yang MAJU dimata dunia!

misr

Tuan, saya impikan… sekiranya saya ditimpa kesakitan, saya akan pergi ke hospital yang telah BERSEDIA dengan peralatan yang CANGGIH dan saya akan merasa selamat dan MEMPERCAYAI bahawa peralatan tersebut dapat menyembuhkan saya..doktor juga akan memberikan harga bayaran yang berpatutan tanpa pening memikirkan kerja-kerja berat berbulan-bulan yang terpaksa saya lakukan untuk membayar yuran tersebut, dan hospital tersebut telah DIJAMIN oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)!!

…….tuan,,,inilah impian saya…

berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menjadikan impian ini suatu yang reality??!!

Penulis : Jalal Umar ,Penolong Profesor, Jurusan Farmasi, Universiti Iskandariah

Penterjemah : Syihabudin Ahmad

Sumber : Al-Misri Al-Yaum

p/s: maaf jika ada salah terjemahan .. hehehe Smile