RANCANGAN Adik-Adikku yang bersiaran pada 18 Mac lalu mencetuskan satu fenomena baru dalam penerbitan program realiti TV tempatan.

Paling membanggakan apabila program itu merekodkan jumlah hampir sejuta penonton, sekali gus meletakkan Adik-Adikku sebagai program paling popular di TV1 bagi minggu ke-11 tahun ini. Rancangan ini juga mendapat liputan meluas daripada media, selain pelbagai komen positif daripada penonton.

header

Atas sambutan hangat yang diberikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan pencarian bakat Adik-Adikku bagi musim kedua.

Program ini dilihat sebagai rancangan alternatif kepada kanak-kanak yang tidak hanya menerapkan unsur hiburan semata-mata, tetapi terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepemimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas Adik-Adikku. Generasi muda hari ini sewajarnya dididik dengan sifat Rasulullah s.a.w ketika zaman kanak-kanak dan remaja yang sangat mulia serta berwibawa, sekali gus dijadikan idola kanak-kanak hari ini.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif rancangan ini untuk memaparkan karisma kanak-kanak, mencungkil bakat yang boleh dibina dalam diri kanak-kanak serta dapat mendorong membentuk jati diri dan istiqomah dalam kepimpinan kanak-kanak.

bsr1

Persembahan pidato yang ditugaskan kepada setiap peserta perlulah mempunyai mesej ditetapkan tema, jelas, disampaikan dengan menarik dan terpulang kepada kebijaksanaan setiap Murabbi untuk mengasah bakat setiap peserta dan menggunakan kebolehan yang ada untuk tampil berada di pentas Adik-Adikku. Setiap pertandingan realiti mempunyai penyingkiran peserta dan yang membezakan Adik-Adikku dengan program realiti lain, peserta yang tersingkir dibenarkan untuk mengikuti semua aktiviti sepanjang di akademi sehingga tamat program ini.

bsr5

Bagi aktiviti riadah pula, peserta didedahkan dengan tiga aktiviti yang sering diamalkan Rasulullah iaitu berkuda, memanah dan pada musim kedua ini aktiviti berenang ditampilkan, sekali gus melengkapkan 3 aktiviti amalan Rasulullah.

Peserta juga dibawa melawat tempat tertentu bagi memberi pendedahan kepada peserta.

lawatan

Seperti musim pertama, pertandingan pidato ini akan diadili gandingan juri profesional daripada pelbagai bidang bagi melengkapkan penjurian dan memperoleh keputusan muktamad. Juri akan memberikan komen untuk setiap persembahan mereka ketika pertandingan berlangsung.

rais

Program Diari pula dikendalikan empat peserta Adik-Adikku musim pertama. Adik-Adikku musim kedua ini amat istimewa berbanding musim lalu kerana penonton dapat melihat sendiri pembabitan dan bakat peserta musim pertama kerana mereka terbabit secara langsung dalam program ini.

Segmen Diari Adik-Adikku akan memaparkan aktiviti harian yang berlaku kepada peserta Adik-Adikku daripada aktiviti kurikulum, riadah, lawatan sehingga persiapan menghadapi pertandingan.

[Sumber : myMetro]

PENGUMUMAN : FINAL MUSIM KE-DUA

Pada 21hb mac 2011, final adik-adikku musim ke-2 akan di adakan di PICC, Dewan B,pada jam 9.00mlm.. Majlis ini akan di Rasmikan oleh Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi rancangan realiti ini, serta memberi sokongan kepada finalis yang akan berentap di pentas akhir.


Kemasukan adalah percuma.. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan kehebatan para finalis perserta Rancangan Adik-Adikku Musim 2 kali ini.. Secara keseluruhan, kesemua peserta menyakin para juri yang hadir bahawa mereka semua layak menjadi Pendai'e kecil.
Pada malam itu juga, para penonton juga akan disajikan dengan persembahan hebat daripada artis jemputan. Nak tahu siapakah artis jemputan pada malam itu nanti, sama-samalah kita datang membanjiri Dewan B, di PICC pada 21hhb Mac 2011 .

[laman adik-adikku]

PESERTA

adik2kuadik2ku2

LINK BERKAITAN

1. Senarai nama peserta musim kedua : klik

2. Aktiviti Adik-Adikku : klik

p/s : saya baru sahaja mengetahui adanya program ini, walaupun sudah sampai ke pringkat akhir musim kedua, saya komited memberi sokongan sepenuhnya kepada para daie yang menjadi peserta rancangan rialiti ini. kredit to RTM, JAKIM dan semua yang menjayakan program ini.