Saya masih berada di Shah Alam, berkhidmat untuk masyarakat. Namun, dalam benak fikiran saya, masih sibuk memikirkan antara dua kekalutan. Adakah saya perlu balik ke Mesir atau terus tinggal di Malaysia sehingga bulan November?

Mak dan Ayah masih lagi mempunyai kerisauan sekiranya saya pulang sekarang ini. Kerajaan Negeri Perlis pula telah siap sedia untuk menyumbang tiket perjalanan. Sahabat-sahabat dari NGO juga telah memberi kata dua untuk membantu. Tetapi…. Saya masih buntu..

buntu

PERMULAAN KEBUNTUAN

Sebenarnya, kebuntuan saya bermula disebabkan keinginan saya untuk pulang ke Malaysia setelah peperiksaan akhir Jun ini, saya ingin bersama keluarga dan teman-teman selama 3-4 bulan. Tetapi, pergolakkan Negara Mesir yang mencetuskan huru-hara telah menyebabkan saya dibawa pulang awal dari waktu yang sepatutnya.

Sekiranya saya pulang pada bulan ini, mungkin dalam masa 3 tahun lagi, barulah saya akan kembali ke Tanah air, satu tempoh yang cukup panjang jika dibandingkan umur Mak dan Ayah yang terlalu tua..

MASEJ DARI RAJA MUDA

Beberapa hari lepas, saya telah menerima sebuah masej yang di “Forward”kan dari YDP Majlis Kebajikan Pelajar-Pelajar Perlis (Mesir) KPP.

Program Titian Kasih bersama Tuanku Raja Muda pada hari Sabtu,5 Mac hingga 6 Mac 2011. Bermula jam 8 pagi – 9 pagi untuk pendaftaran peserta. (Program 2HARI 1 Malam). Etika Pakaian : Hari Sabtu : Slack hitam, Baju Kemeja dan Berkasut Hitam. Pakaian hari ahad : slack Hitam, Baju Raihan dan Berkasut hitam. Bertempat di Rejimen 504, Bukit Keteri. Sila bawa pakaian sukan, pakaian solat, tuala kelengkapan mandi, buku catatan,alat tulis, satu salianan muka depan passport dan i/c . program ini adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Puteram,Baitulmal dan Rejimen 504. Sijil penyertaan dan WANG SAKU DISEDIAKAN KEPADA PARA PESERTA. Kehadiran adalah WAJIB berdasarkan titah Raja Muda. Yang hadir PENUH PROGRAM SAHAJA akan dapat tiket flight ke Mesir.

-sms asal dari Syed Aisam-

Zaki ,Perlis.”

Ya, titah tuanku saya akan patuh kerana ianya suatu perkara yang baik. Semoga kehadiran saya dalam program tersebut akan merungkaikan kekusutan dan kebuntuan ini..

raja muda

PERTOLONGAN DARI LANGIT

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu ,dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa ,dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui , dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan hajat..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

[Riwayat Al-Bukhari : 1166]

ya rabb