Header Ads

test

Mari Membentuk Senyuman :)

Setiap orang dalam kehidupannya mahu menjadikan seseorang tersenyum. Senyuman, mempunyai pelbagai kebaikan dan kesan positif yang baik. Senyuman membuatkan diri kita dalam “mood” yang lebih baik, bahkan ianya sesuatu yang cukup mudah!. Ia boleh meningkatkan harga diri dan membawa orang lain bersama kita. insyaAllah, Artikel ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk menghiburkan orang dan juga menerangkan, mengapa perbuatan itu amat penting.

senyum
LANGKAH-LANGKAH
 
1- Katakan mereka nampak bagus dan baik.

Setiap orang menyukai pujian, tambahan pula mereka amat suka apabila penampilan mereka dipuji. Ianya betul-betul mudah dilakukan!

2- Katakan kepada keluarga anda , betapa anda mencintai mereka.

Ini boleh menjadikan semua orang gembira dan menjadikan keluarga anda bersatu padu.

3- Libatkan diri dengan masyarakat.

Jadilah sukarelawan , ianya perbuatan yang menakjubkan, seiring dengan kesan positif yang banyak sekali. Bukan hanya mampu membuatkan diri anda gembira, tetapi, ianya juga dapat membuat orang disekeliling anda juga gembira. Yang amat penting, anda akan merasa lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

4- Berikan hadiah.

Tidak perlulah bersusah-susah mencari hadiah yang mahal-mahal, ianya hanya perlu mempunyai nilai moral!

5- Sebarkan salam dan senyuman.

Selain ianya adalah sunnah, ia membawa kepada ikatan silaturahim yang kuat dan kukuh.
Daripada Abdullah bin Al-Haris, beliau berkata : Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak tersenyum selain Rasulullah SAW.
[Sunan At-Turmizi, Bab Manaqib Rasul] 

smile








1 comment:

  1. like da pic! really meaningfull...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.