Saya tidak merasa terkejut terhadap fakta-fakta yang ditemui dari fail-fail majalah dan akhbar-akhbar lama Ikhwan, dalam zaman 40`an dan 50`an dari kurun-kurung yang lepas. Kebenaran yang mengejutkan ini adalah hubungan yang rapat antara Al-Alamah Al-Muhaddis Al-Marhum Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, dan pertubuhan Al-Ikhwan Al-Muslimin. Hubungan ini membuktikan pertubuhan-pertubuhan Islam yang beroperasi dalam lingkungan dakwah mampu bercampul gaul dan saling menguatkan antara satu sama lain. Dengan diperakui beberapa perselisihan dari kalangan mereka yang dijelaskan, atau besar perbezaan dalam pemikiran. Tetapi, mereka bersatu atas dua perkara : bekerja untuk Islam, dan  berakhlak serta bergaul dengan adab ketika berselisih dan bersepakat.

weak_link

AL-ALBANI DALAM MAJALAH IKHWAN MUSLIMIN

Saya sebutkan kata-kata ini bagi memberitahu kebenaran yang ditemui oleh sekelian pembaca dan dua gerakan : Salafiah dan Ikhwan Muslimin. Saya telah menyemak helaian-helaian sebuah majalah (Al-Muslimun) yang dikelolakan oleh Al-Ustaz Said Ramadhan, menantu Hassan Al-Banna yang paling tua. Majalahnya telah diterbitkan di Mesir selama tiga tahun , dan tiga tahun di Syria, dan tiga tahun di Switzerland. Dalam tahun-tahun ketiga terbitan di Syria, ketika Abdul Nasir melucutkan kerakyatan Mesir nya pada tahun 1954, saya telah menemui beberapa tulisan dari Syeikh Al-Albani. Pengurus majalah  bersama Said Ramadhan : Dr Musthofa As-Sibaii, Muraqib Umum bagi Ikhwan Muslimin di Syria. Dalam majalah tersebut, sebarang persoalan berkaitan hadis akan terus diberikan kepada Syeikh Al-Albani. Begitu juga, Syeikh Al-Albani Rahimahullah telah menulis saranan dan komentar dalam beberapa topik. Dia juga menjawab penulisan dan pemikiran beberapa penulis yang tidak dipersetujuinya di dalam majalah tersebut.

Begitu juga, beliau telah menulis empat artikel dengan tajuk (Kembali Kepada Sunnah) bagi menjawab penulisan sasterawan Al-Qadhi Al-Ustaz Ali Al-Thantawi, yang telah menulis sebuah artikel bertajuk (Musykilah), yang membicarakan permasalahan pendakwah, kekurangan dan kelemahan mereka dalam isu-isu semasa.

srt

Seperti itu juga, Syeikh Al-Albani telah menulis sebuah ulasan ke atas rangkaian artikel Dr Musthofa As-Sibaii, yang kemudiannya dikumpulkan dalam sebuah buku yang dinamakan : (As-Sunnah wa makanatuha fi tasyrik). Beliau telah mengakhiri penulisannya dengan sebuah ibarat yang menunjukkan adab perselisihan diantara dua orang. (Dan akhirnya : aku mengajukan terima kasih kepada Al-Ustaz Al-Fadhil ( As-Sibaii) di atas artikel-artikelnya yang berkhidmat kepada As-Sunnah. Terimalah sambutan Islamiah yang mulia)

Beliau juga menulis sebuah ulasan kepada penulisan Syeikh Muhammad Al-Hamid Al-Hamawi yang dikenali dunia, dalam artikel berkenaan hadis-hadis yang disebutkan pada kelebihan serban. Syeikh Al-Albani bangkit mengkritik dengan memberi komentar dan ulasan. Semua artikel ini dimuatkan dalam majalah ( Al-Muslimun ) yang diterbitkan dan dikelolakan oleh dua simbol besar gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimin : Said Ramadhan dan Dr Musthofa As-Sibaii.

TIGA ARTIKEL YANG MEMBANTU IKHWAN

Saya berhenti setakat ini dalam membicarakan perihal majalah. Saya menyangka hubungan Syeikh Al-Albani bermula dalam peringkat ini, tetapi saya dikejutkan dengan tiga artikel penting yang mendahalui penulisan dalam majalah, ianya memberi kesan yang besar terhadap hubungan Syeikh Al-Albani dengan Ikhwan ketika itu. Kesan dari  apa yang ditulisnya beberapa ketika dahulu dalam gerakan keilmuan sama ada disisi Ikhwan mahupun Salafiyin.

Artikel pertama, adalah sebuah surat kiritikan pada sebahagian ulasan hadis-hadis dari Syeikh Said Sabiq. Ianya adalah pada tahun 1947 dalam majalah (Al-Ikhwan Al-Muslimin) sebulan dua kali. Syeikh Syed Sabiq telah menulis artikel-artikel dalam Feqh , yang dikumpulkan setelah itu dalam sebuah kitab yang amat dikenali (Feqh Sunnah) , lalu Syeikh Al-Albani telah mengkritik sebahagian ulasan hadis-hadisnya. Al-Ustaz Hasan Al-Banna telah mengizinkan kritikan terhadap Syeikh Said Sabiq. Lalu beliau menulis kritikan demi kritikan dalam sanad hadis-hadisnya, dan dalam hukum fekah berdasarkan hadis-hadis tersebut. Artikel inilah yang menyebabkan beliau menulis sebuah buku ( Tamamul Minnah Fi Ta`liq Ala Feqhus Sunnah).

image

(Klik Gambar Untuk Download Kitab)

Artikel kedua beliau dalam majalah (Al-Ikhwan Al-Muslimin) yang dikelolakan oleh Al-Ustaz Said Qutb Rahimahullah sejak tahun 1954, sebelum beliau menyertai pemberontakan dalam revolusi Mesir. Syeikh Al-Albani telah menulis ulasan terhadap artikel yang ditulis oleh Dr Abdul Aziz Kamil Rahimahullah, Ketua Bahagian Usrah. Kritikan dalam (Metode Usrah) ataupun dikenali sebagai Metode Ikhwan. Beliau telah memberikan beberapa ulasan hadis yang tidak diulas oleh Ustaz Abdul Aziz lantaran hadis bukanlah kepakarannya. Maka Syeikh Al-Albani menulis surat ulasan keatas artikel tersebut dan memuji penulisan itu. Beliau menjelaskan bahawa, ulasannya terhadap hadis-hadis itu tidaklah menambah nilai artikel tersebut. Perkara ini amat releven apabila Ikhwan Muslimin menerima sepucuk surat (Adab-adab Usrah dan Katibah).

Saya telah melihat ulasan dalam surat tersebut, ianya tidak mungkin ditulis oleh orang Ikhwan sendiri, dan saya melihat ulasan-ulasan penting Syeikh Al-Albani dalam nota kaki surat tersebut.Ulasan-ulasan pentingnya terdapat dalam kitab beliau selepas itu ( Sahih At-Targhib Wal- Tarhib). Nampaknya, beliau mula menulis kitab tersebut sejak itu.

Artikel ketiga pula yang ditulis oleh Syeikh Al-Albani dalam peringkat ini, tidak dapat disiarkan kerana majalah itu telah saya hilangkan. Ianya adalah ulasan terhadap fatwa yang ditulis oleh Al-Alamah Al-Faqeh Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah, dalam hal nyanyian dan muzik. Seterusnya, berpanjanganlah artikel Syeikh Al-Albani setelah itu, sehinggalah apa yang telah kita lihat didalam pasar-pasar buku sekarang. Bukunya bertajuk : ( Hukum Alat Al-llahw wat Tarab)

SURAT AL-BANNA KEPADA AL-ALBANI

Pendekatan ini adalah pendekatan yang terpenting dalam semua pandangan saya sebelum ini. Ini akan memulakan ketinggian pada diri Syeikh Al-Albani. Sayangnya, sehingga kini saya masih tidak berjaya dalam kajian saya. Ianya adalah sebuah surat khusus yang dikirim oleh Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna kepada Syeikh Al-Albani pada tahun 1947. Surat itu ditulis selepas Ustaz Hasan Al-Banna membaca ulasan Syeikh Al-Albani terhadap ulasan hadis-hadis Syeikh Syed Sabiq. Al-Banna telah menulis ucapan terima kasih terhadap kritikan yang cukup sopan dan lembut. Dengan kajian ilmu teliti yang ditulis oleh Syeikh Al-Albani. Beliau juga meminta Syeikh Al-Albani untuk berpegang teguh dalam Ilmu-Ilmu Islam (Ilmu Hadith) yang kekosongan. Al-Banna mengetahui nilai ilmu ini, kerana beliau adalah anak kepada pengulas besar bagi Musnad Ahmad ( Syeikh Ahmad Abdur Rahman ). Beliau juga, beliau menggalakkan lagi Syeikh Al-Albani untuk terus maju dalam memperjuangkan ilmu yang penting ini.

al-albani al bana

Saya telah berulangkali menghubungi siapa sahaja yang saya kenali sebagai orang yang hampir dengan Syeikh Al-Albani untuk mendapatkan surat ini, tetapi tidak dijumpai. Syeikh Al-Albani telah menceritakan kandungan surat itu kepada salah seorang anak muridnya, saya ambil dari beliau.

AL-ALBANI : PENGUMPUL ARTIKEL AL-BANNA YANG PERTAMA

Syeikh Al-Albani telah mengajak untuk mengumpulkan dua artikel Hasan Al-Banna dalam majalah (Al-Mannar) yang diuruskan oleh penerbitannya, Allamah Al-Majid Al-Syeikh Muhammad Rasyid Redha ,dengan tajuk : (Al-Mar`ah Al-Muslimah). Al-Albani telah mengumpulkan dua artikel tersebut dalam sepucuk surat. Beliau telah selidik dan memberi sedikit ulasan. Dengan itu, pengumpulan itu dianggap pengumpulan terawal terhadap artikel Hasan Al-Bana selepas kematiannya, sama ada dalam Ikhwan mahupun dari luar.

PENGAJARAN DARI SEJARAH

Saya tidak menghendaki pengisahan sejarah ini dihabiskan dengan meninggalkan pengajaran yang terpenting. Bagaimana mereka itu, pakar dalam ilmu mereka, beradab, berakhlak, saling membantu, faham dengan garisan musuh dalam perbezaan mereka, bersatu. Dengan itu, mereka mendahulukan keilmuan dan akhlak dalam menangani perselisihan. Saya tidak tahu bilakah berakhirnya kesepakatan dan bermulanya perpecahan antara dua pertubuhan besar ini, dan seluruh pertubuhan dunia.

AL-BANNA DAN SYEIKH ABDUL SALAM AL-SYUQAITY

Anda sekarang membaca pelbagai majalah dari pelbagai pertubuhan, anda tidak menemui sebarang pemikiran yang berbeza dengan Ustaz Hassan Al-Banna. Anda tidak melihat seorang penulis pun yang berbeza dengan pemikirannya. Hasan Al-Banna Rahimahullah yang membawa masuk Syeikh Muhammad Abdul Salam Al-Syuqairy. Penulis ( Al-Sunan wal Mubtadaat ). Beliau merupakan antara ilmuan dari pertubuhan Ansarul Sunnah , dan merupakan “orang ketiga” pertubuhan tersebut. Beliau dimasukkan selepas dua orang ilmuan besar : Al-Alamah Ahmad Syakir, dan Al-Syeikh Hamid Al-Feqi. Beliau dimasukkan dengan sebuah artikelnya pada suatu hari dalam majalah ( An-Nazir) Ikhwani pada tahun 1940. Ditanda dengan namanya. Dibawah namanya, ada pengenalan yang cukup mengejutkan! : Muhammad Abdul Salam Al-Syuqairy, Ketua Fakulti Al-Hawamidah bagi pertubuhan Ikhwan Muslimin di Aljeria. Begitu juga Hasan Al-Banna, sebelum menjadi rijal, beliau merupakan seorang salafi sejati, dan kader pertubuhan Ansarul Sunnah, sebelum menjadi seorang ketua besar dalam pertubuhannya.

الإمام-الشهيد-حسن-البنا_جديدة

PENUTUP

Setelah kita melihat teladan dalam kesepakatan, dan kerjasama dalam perkara-perkara baik , keilmuan, dan lebih dari itu, juga menyempitkan ruang syaitan yang bersifat memecahkan dan menyekik. Adakah kita mahu membuang kesempatan yang ada kepada musush-mush yang melihat kita?

Sumber : KLIK

Penulis : image

              Syeikh `Isam Tallimah, (Klik)

-Anggota Sektor Al-Azhar Al-Syarif (1997)

-Anggota Jamiyah Syariyah ,Mesir

-Anggota Pendiri Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

-Setiausaha Khas, dan Pengurus Maktab Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi  (1998-2004)

Penterjemah :

                  Syihabudin Ahmad

-email : abudujanah_89@yahoo.com

Pesanan : jika terdapat sebarang kekeliruan dalam penterjemahan, sila rujuk artikel asal dalam bahasa arab. Tajuk-tajuk kecil adalah dari penterjemah, supaya memudahkan pembacaan.

Download Artikel