Usamah bin Muhammad Iwad bin Ladin , atau lebih dikenali dengan nama Usamah bin Laden. Dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi . Ibunya seorang wanita Syria dari Damsyiq. Beliau mempunyai 54 adik beradik lelaki dan perempuan. Bapanya adalah seorang kontraktor binaan yang masyhur. Beliau juga mewarisi bidang bapanya. Dalam tahun 1969, bapanya telah mendapat projek membina semula Masjid Al-Aqsa selepas terbakar, begitu juga dia telah terbabit dalam kerja-kerja perluasan kawasan utama Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

osama

Bapanya telah meninggal dalam kemalangan Helikopter melanggar sebuah bukit. Pada ketika itu, umur Usamah baru 9 atau 10 tahun. Muhammad bin Laden meninggalkan harta yang banyak sekali untuk diwariskan kepada anak-anaknya.

Bahkan, Usamah sendiri memiliki lebih kurang USD 300 Milion.

Brian Fyfield Shayler, seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah di Arab Saudi. Juga pernah mengajar Usamah Bin Laden berkata : “ Usamah adalah seorang murid yang pendiam dan pemalu, beliau hanya akan menjawab apabila ditanya” gurunya juga menambah : “Apabila budak ini menjadi orang yang paling dikehendaki dunia, ianya adalah sesuatu yang baik, dan menjadikan seluruh perbuatanya tepat pada waktunya. Dia adalah pelajar yang terbaik antara kawan-kawan di kelas.”

 “Usamah ini agak berbeza dengan rakan-rakannya, kerana dia lebih tinggi, lebih mewah dan tampan berbanding budak-budak lain. Beliau juga seorang yang nampak sangat sopan dan beradab. Beliau mempunyai kadar keboleh percayaan yang tinggi.”

“Perwatakannya agak dingin, tidak pernah di dilihat ketawa berdekah-dekah, kadangkala kelihatan dia tersenyum.”

Beliau menyempurnakan semua sesi pembelajarannya di Jeddah. Dan dia menamatkan Ijazahnya dalam jurusan Pengurusan Umum dan Ekonomi dari Universiti King Abdul Aziz.

Beliau juga pernah menjadi murid Syeikh Dr. Abdullah Yusuf Azzam, Pejuang Islam terkenal dalam menentang Soviet Union.

USAMAH DAN JIHAD

Usamah Bin Laden mula berhubung dengan dunia Jihad di Afghanistan dalam Perang Rusia pada 26 Disember 1979. Beliau telah bersama-sama pejuang Mujahidin Afghanistan dalam memerangi pencerobohan Komunis. Dia juga mengikut banyak peperangan besar  bagi menghalau Rusia di Afghanistan.

PD*26245836

Usamah telah mengasaskan pertubuhan Al-Qaedah pada tahun 1988. Nama itu diambil dari kaedah-kaedah informasi yang meliputi ceraian-ceraian yang sempurna dari pergerakan pejuang Arab yang maju kehadapan.  Pertubuhan itu telah bergerak dengan lancar sekali dan mereka menguruskan latihan untuk pejuang-pejuang islam berjihad. Sehinggakan, nama Usamah dan Al-Qaedah amat sinonim sekali.

Selepas beredarnya tentera Soviet dari Afghanistan, Usamah pulang ke Arab Saudi. Selepas beberapa ketika tiba di Saudi, barulahbeliau mendapat tahu bahawa dia dilarang dari keluar dari Saudi.

saudi_arabia_flag__15619_zoom

Bukan setakat Kementerian Dalaman Arab Saudi melarang dari keluar, bahkan memberi amaran kepadanya dari mengikuti sebarang pertubuhan. Akan tetapi, beliau menulis surat nasihat kepada kerajaan tentang pencerobohan Iraq terhadap Kuwait.

Setelah dia kecewa dengan keadaan yang berlaku dalam peperangan Iraq, ditambah dengan peribadinya yang tidak boleh berdiam diri dengan kewajipan jihad. Beliau meninggalkan Arab Saudi dan pergi ke Afghanistan kemudian ke Khurtum tahun 1992. Kewangannya dibekukan.Kewarganegaraan Arab saudinya juga ditarik.

Beliau didakwa menjadi dalang dalam peristiwa 11 September 2001. Namun, tiada bukti kukuh yang dapat membabitkan beliau dengan tragidi sedih tersebut.

BERITA KEMATIAN

Telah banyak kali pihak Amarika Syarikat mengeluarkan kenyataan kematian Usamah Bin Laden. Namun, selepas beberapa ketika, muncul semula Usamah yang dikatakan mati. Sehinggakan, kebenaran kematiannya sangat-sangatlah diragukan.

osama

APA GUNA USAMAH HIDUP ATAU MATI?

Kita mengenali Usamah sebagai seorang penggerak Jihad. Beliau bukanlah Nabi dan Rasul yang maksum , tidak ada dosa. Beliau hanyalah seorang manusia yang mungkin melakukan kesalahan. Oleh itu, mungkin ada beberapa perkara yang dilakukannya tidak kita senangi. Tapi biarkanlah semua itu, kerana itu adalah kelemahannya selaku seorang manusia.

Tetapi, beliau telah menyuntik dalam jiwa-jiwa kita sejuta semangat perjuangan untuk mendaulatkan agama Allah SWT. Itulah perjuangan yang semakin hilang dan perlu dipupuk dengan gigih.

Apa gunanya Usmah, sekiranya kehadirannya selaku pejuang islam tidak mampu menyemarakkan semangat perjuangan Islam? Itu adalah pertanyaan untuk kita.

Usamah, sekiranya benar beliau telah mati dalam serangan komando tentera Amarika Syarikat. Berdoalah semoga beliau syahid menegakkan agama Allah.

Selaku seorang Muslim, kita tidak perlu sedih, keliru, bingung atau apa sahaja.. apa yang kita perlukan, adalah meneruskan gerakan mendaulatkan agama Allah, memberi kefahaman kepada masyarakat tentang wajah sebenar agama Islam  serta bersungguh-sungguh bekorban untuk agama.

Ingatlah pesan Nabi SAW :

"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati musuh  kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al-wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)