Header Ads

test

Dr. Yusuf al-Qaradhawi Meminta Doa Kalian!

Setelah menyiapkan sedikit nota subject Hadis Ahkam, saya melayari laman Dr Yusuf al-Qaradhawi. Seorang Ulama hebat pada kurun ini. Namun, amat menggemparkan apabila melihat berita bahawa beliau sedang menjalani tempoh-tempoh berehat setelah menjalani beberapa pemeriksaan perubatan.

سبحان الله

Berikut adalah berita yang telah saya terjemahkan dalam bahasa ibonda kita:

___________

Prof. Dr.  Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menjalani beberapa ujian perubatan di Hamad Medical Corporation, Doha. Berikutan penyakit yang di alaminya.

Al-Qaradhawi telah menghabiskan beberapa hari di hospital. Dan telah keluar setelah beberapa minggu, dengan nasihat dari para doktor untuk berehat ( beberapa minggu ), sehinggalah  beliau sembuh.

Syeikh sedang berehat di rumah beliau , di Doha. Beliau melintasi beberapa hari di pejabatnya, dengan tempoh yang sangat singkat bagi melihat berita. Akan tetapi, beliau meminta keuzuran dari berjumpa sesiapa, talian talifon, menerima tetamu, kecuali jarang-jarang, bagi menepati nasihat doktor kepada beliau.

Antara perkara yang dinantikan adalah, pembedahan yang akan dilakukan pada tempoh akan datang.

Dr Yusuf al-Qaradhawi meyakinkan penggemar dan murid-muridnya, serta meminta mereka mendoakan kesihatan beliau.

Rujuk : Qaradhawi.net

__________________

Selaku seorang muslim yang baik, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi. Semoga beliau akan cepat sembuh, dan meneruskan perjuangan agama yang mulia ini.

Wallahu Alam.

1 comment:

  1. mashaallah.

    syeikh sakit. mohon doakan yang lain juga.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.