Soalan : Pada suatu hari, saya mendengar anda berbicara soal bulan Rejab. Anda mengatakan bahawa tidak terdapat suatu pun hadis sahih dari Nabi s.a.w. berkenaannya. Oleh itu, apakah hukum berpuasa dalam bulan Rejab? Adakah ianya termasuk perkara sunat ataupun bidaah?

Moon-in-phases

Dr Yusuf al-Qaradhawi menjawab:

Tidak dijumpai pun kenyataan saya berkenaan puasa rejab dalam perbincangan yang didengari oleh saudara. Walau bagaimana pun, saya mengatakan ketika itu bahawa bulan Rejab merupakan sebahagian dari bulan-bulan haram (suci). Berpuasa di bulan-bulan haram adalah diterima dan sunat (Mustahab). Tetapi, tidak terdapat dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berpuasa sebulan penuh. Kecuali Ramadhan. Yang paling banyak puasanya adalah bulan Sya`aban, tetapi beginda tidak berpuasa setiap hari, inilah sunnah nabawiyah dalam perkara itu... baginda berpuasa dan tidak berpuasa pada setiap bulan. Seperti mana terdapat dalam sebuah hadis:

Baginda s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata baginda berpuasa tanpa ada hari baginda tidak berpuasa, lalu baginda tidak berpuasa sehinggalah kami berkata baginda tidak berpuasa.

[Hadis Ibnu Abbas Riwayat Abu Daud: 2079]

Oleh itu, perbuatan sebahagian manusia yang berpuasa di bulan Rejab secara keseluruhannya, sepertimana yang saya lihat di beberapa negeri sebelum ini, begitu juga yang saya lihat sebahagian manusia yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan dan enam hari dalam bulan Syawwal, dan menamakannya dengan “Hari-Hari Putih”, setelah itu barulah mereka tidak berpuasa. Mereka jadikan hari raya pada hari ke lapan dalam bulan Syawwal...  menjadikan puasa pada tiga bulan dicampur dengan enam hari secara bersambungan, hanya tidak berpuasa pada hari raya ( Aidilfitri). Perkara ini tidak terdapat (contohnya) dari Nabi s.a.w. mahupun dari para sahabat dan salaf as-soleh. Maka lebih baik berpuasa satu hari dan tidak pada hari lain, tidak berturutan puasa.

Setiap perkara itu adalah baik sekiranya mengikut orang terdahulu ( Salaf), dan setiap perkara menjadi buruk apabila direka oleh golongan terkemudian (khalaf).

Siapa yang mahu mengikut, dan mengharapkan pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi s.a.w. Tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari , dan juga tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari. Inilah yang lebih utama.

Wabillahi Taufik.

Rujuk Kenyataan Asal : al-Qaradhawi.net