Ramai di kalangan pemuda kini yang lebih bersikap tidak mahu berjanggut. Sekiranya hormon janggut kurang, ia adalah masalah lain. Yang menyedihkan adalah orang yang mempunyai hormon, tetapi tidak mahu berjanggut.

Adapula yang berjanggut, tetapi mengikut trand barat. Sedangkan ini bukanlah peribadi Muslim.

Saya tidak pasti. Tetapi setahu saya, orang arab menyamakan antara jambang dan janggut. Oleh itu, saya membawakan beberapa hujah untuk kita lebih bersemangat menjalankan sunah Nabi s.a.w. ini.

lovelogo

Sebagai Mentaati Allah dan Rasul-Nya

Allah s.w.t. berfirman:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Annur:63]

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.

[Al-Hasyr:7]

Rasulullah s.a.w. bersabda: Nipiskanlah misai dan biarkanlah janggut.

[Sahih Muslim]

keindahan

Ianya adalah norma Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: sebaik-baik bimbingan adalah bimbingan Muhammad

[Sahih Muslim]

Telah sabit dari sifat tubuh badan Rasulullah bahawa baginda mempunyai janggut yang baik sekali. Ianya dipersetujui oleh keseluruhan sahabat.

Allah berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik,

[Al-Ahzab:21]

Fitrah Semulajadi Manusia

Rasulullah bersabda: sepuluh perkara fitrah: memendekkan misai, membiar panjang janggut, siwak, menyedut air ketika wudhuk, memotong kuku, membasuh al-barajim (rujuk gambar dibawah), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan beristinjak.

[Sahih Muslim]

gambar dibawah : al-barajim

Al-Barajim

Ia Adalah karakter semua nabi

Allah berfirman:

قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلا بِرَأْسِي

Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! janganlah Engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku.

[Thaaha:94]

Lambang Kelakian dan Kekuatan

Kejelitaan wanita adalah disebabkan mereka tidak mempunyai janggut, oleh itu lelaki tidak boleh menyerupai wanita. Bahkan, ia adalah lambang kehebatan seorang laki-laki.

Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki.

[Riwayat al-Bukhari]

hensem

Rujukan: Risalah dari Dar ibnu Umar, Kufru Syeikh, Dumyat.