Islam adalah agama yang mengiktiraf sesuatu yang telah ada secara semula jadi dalam diri manusia. Cinta adalah sebahagian darinya. Ianya bersatu, tidak terpisah. Dengan itu, Islam mengiktiraf cinta dalam kehidupan manusia.

Seandainya wujud manusia yang tidak mengiktiraf cinta dalam kehidupan, nescaya orang jenis ini telah menjadi gila dan tidak waras.

love

Namun, setiap perkara yang cantik mempunyai karakter dan sifat yang tertentu. Oleh itu, Islam telah membahagikan cinta kepada tiga bahagian:

Allah Taala berfirman:

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika nenek moyang kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, Isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbangi kemerosotannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara yang lebih kamu cintai berbanding Allah, RasulNya dan Jihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan perintahnya. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang derhaka.

[at-Taubah: 24]

Berdasarkan ayat al-Quran diatas, Cinta mempunyai tiga peringkat utama:

1-     Cinta Tertinggi : Cinta kepada Allah, RasulNya dan Jihad di jalan Allah.

2-     Cinta Pertengahan: Cinta kepada ahli keluarga dan keturunan

3-     Cinta Terendah: Cinta kepada keluarga, dan harta melebihi cinta kepada Allah, RasulNya dan Jihad di jalanNya.

Tiga peringkat ini akan dibincangkan dengan teliti dalam tajuk berikutnya. Insyaallah.