Cinta adalah perasaan jiwa, sentuhan jantung hati, dan kebangkitan emosi.

[Abdullah Nasih Ulwan]

Cinta adalah roh yang wujud, perawat jantung hati, dan injap keselamatan bagi umat manusia.

[Yusuf al-Qaradhawi]

love 

Apabila undang-undang dunia telah runtuh, undang-undang cinta bangun menyatukan hati dan mengerakkan tenaga. Kadangkala, pertumpahan darah berlaku hanya kerana cinta.

Cinta adalah kehidupan. Tiada manusia yang dapat dilahir tanpa belas kasihan cinta. Cinta Illahi memberikan kesan penciptaan, manakala cinta ibu melahirkan seorang insan.

Rasulullah berkata:

لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا.

Kamu semua tidak akan memasuki Syurga sehinggalah kamu semua beriman, dan kamu tidak akan dapat beriman sehinggalah kamu semua saling bercinta.

 [Rekod Sahih Muslim: 203]

Cinta adalah perasaan semula jadi yang muncul dalam diri manusia. Ianya bersatu, tidak terpisah. Tanpa menggira faktor usia, suasana dan tamadun, manusia sentiasa dikelilingi dengan cinta.

cinta