Setiap manusia akan kembali kepangkuan Tuhannya jua pada suatu hari nanti. hari yang telah ditentukan tarikh, masa, dan harinya.

Cuma kita manusia sahaja yang tidak tahu bilakah perkara tersebut akan kita hadapi. namun, Allah telah menjanjikan kebaikan bagi orang yang bersabar, apabila perkara tersebut berada didepan mata:

Allah berfirman: (maksudnya)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

[Rekod al-Quran:al-Baqarah,155-157]

Begitulah kehidupan manusia yang beriman dan bertaqwa, mereka sabar dengan setiapketentuan illahi. mereka pasti bahawa rancangan Illahi adalah rancangan yang terbaik.

32213_103609906354418_100001162286076_30725_7738844_n

Mak saya, Monah bin Rahim telah pergi menghadap Allah pada jam 9.55 malam, 20 Julai 2011. Penyebab kematiannya adalah Kanser Perut. namun Allah jualah yang mentaqdirkan kematian itu. 

Sebagai seorang anak, pastinya tumpah setitis dua air mata kesayuan. namun bagi diri saya, kegembiraan itu lebih banyak menyelimuti jiwa raga. 

Bayangkan, mak terpaksa menahan kesakitan kansernya beberapa bulan..dan tubuhnya begitu tidak bermaya..lalu Allah hilangkan kesakitan itu dengan ubat sembuh yang maling mujarab, Kematian.

Ibu Angkat saya, Pn Roslina menceritakan keadaan kematian mak sepertimana yang dia dengar dari Kak Ah:

"Hanya kalimah La ilahailla Allah sentiasa dibirnya selepas arwah dah tak boleh bercakap dan tak makan dan minum sejak tiga hari. ummi kagum tengok keluarga cik, keakraban amat kuat.mandikan mak pun anak-anak yang mandi dan solatkan, mak telah selamat disemadikan selepas solat zohor sebentar tadi"

Subhanallah...bukankah hadis Rasulullah berkata:

"Siapa yang mati dari kalangan umatku dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, nescaya akan memasuki syurga."

[Rekod Sahih al-Bukhari: 1237]

Oleh itu, apa lagi yang dirisaukan? janji syurga untuk mak!

Secara peribadi..saya amat kagum dengan mak.. walaupun beliau tidak pandai membaca dan menulis.. tetapi, dia berusaha juga sehingga berjaya membaca al-Quran setelah berusaha lebih dari puluhan tahun.

Kenangan indah saya bersama mak adalah: setiap kali pulang ke kampung, mak akan meminta saya mengajarkan al-Quran untuknya...alangkah bahagianya ketika itu...

Allah berfirman:

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

[Rekod al-Quran: 216]