Definasi Sahabat: Sahabat adalah siapa yang pernah berjumpa Nabi dan beriman dengan baginda, serta mati dalam keadaan seorang Islam.

[Ruj. Ibnu Hajar: al-Ishabah fi Tamyiz Baina Shahabah]

nice-candle

Rasulullah berkata: Akan datang kepada manusia satu zaman yang ketika itu sekumpulan manusia akan berperang. Lalu mereka ditanya: Adakah dikalangan kalian ada orang yang bersahabat dengan Rasulullah? Lalu mereka menjawab: Ya ada! Lantas mereka diberi kemenangan.

Kemudian akan datang pula kepada manusia satu zaman yang ketika itu sekumpulan manusia akan berperang. Lantas mereka ditanya: Adakah dikalangan kamu ada orang yang bersahabat dengan sahabat Rasulullah? Lalu mereka berkata: Ya ada! Lantas mereka diberikan kemenangan.

Kemudian akan datang kepada manusia pada suatu zaman, sekumpulan manusia akan berperang. Lalu mereka ditanya: Adakah dikalangan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat yang bersahabat dengan Rasulullah? Lalu mereka menjawab: Ya ada! Lalu mereka diberikan kemenangan.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 3649]

Rasulullah berkata: Sebaik-baik umatku adalah yang berada dalam kurunku, kemudian orang yang selepas mereka, kemudian orang yang selepas mereka … Kemudian, akan datang suatu kaum selepas kamu ini, yang memberi kesaksiaan sedangkan mereka tidak diminta memberi saksi, Mereka berkhianat dan tidak menunaikan amanah. Mereka bernazar tetapi tidak menunaikan nazar tersebut. Terlihatlah kesan kegemukan pada diri mereka.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 3650]

Rasulullah berkata: Sebaik-baik manusia adalah dari keturunanku, kemudian orang yang datang selepas itu, kemudian orang yang datang selepas itu. Kemudian akan datang satu kaum yang mendahulukan persaksian seseorang dari kamu sebelum sumpahnya. Dan sumpahnya sebelum penyaksiannya.

Ibrahim (seorang Tabiin) berkata: Mereka (para sahabat) akan memukul kami sekiranya kami (senang lenang) bersaksi dan berjanji, ketika itu kami masih kecil.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 3651]